Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Layan

Tanpamu di sisi  tak bermakna
SMKDB dalam kenangan!!

Indahnya Hidup ini

Sunflower
Indahnya hidup ini
Andai kejujuran dan keikhlasan sentiasa ada..
bukan kepuraan semata-mata.
Indahnya hidup ini
Andai kasih sayang serta pengorbanan di hargai
tidak perlu memuji atau mengeji
jua memerli
sekadar cukup memahami
hati ini..
perjalanaan seorang insani
yang juga punya harga diri 
untuk dimengerti..
-Anak Pantai-

Mak...Maafkan kami kerana terpaksa..

Today I am sad
Mak..
Semalam pastinya kau terluka
jua detik ini pastinya rasa tetap sama
Entah tidurkah dirimu malam tadi
atau..
Mata terpejam tapi mindamu berjaga..
resah..gelisah
sedih ..
antara sanggup dan terpaksa..
kerana diri ini jua seorang ibu ..
Semua yang lahir itu adalah permata..
walaupun kilauan nya tidak sama.
kasih sayang tiada beza.

Mak..
Maafkan kami kerana terpaksa
Demi sebuah kehidupan seterusnya...
Tindakan seharusnya diambil. 
Bukan benci tapi..pengajaran buat "Dia" Mak..
Biar "dia' dapat berfikir
Biar "dia " beringat sebelum melakukan perkara.
Kerana kami sayang Mak..
Fahamilah Mak..
Jangan berprasangka kebencian kami semua pada "dia"
sebaliknya tanda sayang kami pada Mak 
Dan
Darah daging kami sendiri..
Jangan kita menyesal dikemudian hari..
Mak..
Bukalah minda ..fikirkan jalan hadapan
"dia" dan kehidupan ...
Akhirkata..
Dalam doa kudus
Mak sentiasa diberikan ketenangan,kesabaran,
Kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..

Selasa, 18 Oktober 2011

Layan lagu

Tertiba teringat pada lagu ni..suka benar dengar lagu ni dulu.. SABARLAH SAYANG...

Isnin, 17 Oktober 2011

puaskah wali band lirik

Sinar mu Mentari


Tika sang mentari bercahaya
Nikmatilah sinar terang olehnya
Kerana pasti
Sinar itu belum tentu kemana
Terkadang
cahayanya hilang dek hujan ditengahari
Hargailah ketika ianya masih bersinar.
Namun sinarnya itu
ada perbezaannya
terkadang bercahaya
terkadang sinarnya pudar
tapi masih juga dapat merasa 
bahang sinarnya menyentuh deria rasa.
.


Sekadar Renungan

http://www.desicomments.com/dc1/09/140930/140930.jpg

Ahad, 16 Oktober 2011

Tekanan cepatlah pergi


Hello, How are you 
Pagi yang begitu mendamaikan...Tenang setelah semalam rasa sedikit tekanan.Entah kenapa karenah anak-anak buat diri rasa tercabar.darah  mungkin  naik secara tiba-tiba.Alhamdulillah pagi ini dapat merasakan ada ketenangan di hati.Sayu bila menatap wajah Aimy kerana semalam aku begitu garang dengannya.entah kenapa sikap Aimy sekarang semakin menjadi -jadi. Terkejut tengok Azib ,rupanya tidur malam tadi tidak berbaju.Kesian dia.Satu malam ayahnya sahaja yang melayannya tanpa aku.Kenapalah aku buat tunjuk perasaan pulak..Kesian dengan anak-anak dan suami.Sesekali datang juga angin ribut barat nasib baik bukan puting beliung.Sebenarnya aku ni yang salah..Takde kesabaran.Nasib baiklah ada suami yang faham dengan sikap aku ni..
Pada suami dan anak-anakku..Maafkan mak ya!!

Selamat hari jadi Adikku Tinah Juki

Happy Birthday 
Istimewa buat adikku Tinah Juki.
Hari ini pastinya hari yang begitu istimewa buatmu.Semoga hari ini dirimu akan tersenyum riang menikmati perjalanan hidup di samping insan-insan tersayang...Di blog usang ini pasti nya tidak lupa untuk mengucapkan
birthday bear 
Semoga dipanjangkan umur,murah rezeki ,menjadi pendidik insan istimewa yang cemerlang dan disayangi semua.Menjadi isteri dan ibu yang dibanggakan oleh suami dan anak-anaknya.

Thank You 
Terima kasih atas sebuah persahabatan yang tulus ikhlas..
Friends Forever-N-Ever

Lagu untuk Tinah...Layan!!
Friends Graphic #40

Sabtu, 15 Oktober 2011

Lumrah kehidupan

Roses 
Seribu pengalaman mengajar kita pahit getir 
mematangkan usia..
Suka duka datang tanpa dipinta
kerana
KetentuanNya yang tidak boleh dipinda-pinda
Merah,putih ,biru 
aneka warna
aneka peristiwa
kehidupan perjalanan manusia..
Kita insan yang mampu berusaha
Serahkan segala padaNya
Pasti!!!
Kebahagiaan  milik kita.
Hari ini,esok dan selamanya...
Tercipta buat kita 

Jumaat, 14 Oktober 2011

Alif..Selamat Ulang tahun sayang..

happybirthday.gif 
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 10 buat anakku Muhammad Alif bin Mohd  Faisal.Doa dan harapan mak..Alif menjadi anak yang solehah.Yang sentiasa cemerlang dalam hidup.Berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.Mak ingin Alif tahu bahawa tiada kebencian pada hati seorang ibu terhadap anaknya tetapi penuh dengan buih-buih kasih dan sayang.Marah seorang ibu bukan kerana kebencian tapi tanda sayang.
Lagu untuk Alif..
Birthday Cake
Kek ini untuk Alif

Khamis, 13 Oktober 2011

Mintalah selalu dariNya

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Hujan yang lebat di tengahari

Good Afternoon
Hujan yang lebat  pula tika jemari ini menulis.Ingatkan panas hari ini akan sampai ke petang. Alhamdulillah kerja untuk hari ini berjalan lancar ..Cuma masih ada sisa-sisa kerja yang masih berbaki antaranya:
  • Perlu siapkan borang LNPT..
  • Buku rekod mengajar dah seminggu tidak terusik
  • Siapkan surat kepada PIBG mohon sumbangan komputer dan printer untuk pengurusan Disiplin.TadiPK HEM dah arahkan suruh buat..
  • Rancangan pengurusan HEM PPKI untuk 2012 mesti juga diambil perhatian
  • Fikirkan aktiviti untuk pengurusan disiplin tahun depan.
  • Sijil,trofi dan cenderamata untuk Anugerah Kecemerlangan pelajar mengganggu fikiran..
PPKI hari ini buat bacaan tahlil untuk arwah bapa kepada PPM PPKI PnNorahimah yang meninggal dunia beberapa hari yang lepas..Sakitnya sebuah kehilangan..saya sebenarnya takut hadapi saat ini..Takut kehilangan insan-insan tersayang .
Lega hari ini semua guru dapat balik awal.biasanya setiap khamis pasti ada taklimat atau mesyuarat ..Indahnya rasa dapat balik awal tanpa termangu kat bilik mesyuarat tu.
Tengahari ni berkira-kira nak belikan barang-barang jualan Kedai Keusahawanan.Pastinya Kedai Bujang sudah tidak asing lagi dengan diri ini.Ada yang salah sangka ingat diri ini peniaga juga.Hakikatnya aku cuma seorang guru yang ingin membantu murid berdikari.Mahir dalam selok belok berniaga.Biasanya selepas kedai bujang,Pasaraya Supermall menjadi destinasi seterusnya..mencari barang-barang yang tidak terdapat di kedai Bujang..
Hari ini Alif dan Alya ada sukan di stadium..kesian dia orang sebab hujan yang turun mencurah.Rasanya pasti dalam kebasahan.
masih mencari sebuah kebenaran yang dalam kesamaran...!!

Rabu, 12 Oktober 2011

Setelah 27 Tahun terpisah..akhirnya bersua.

 Rasanya macam mimpi je hari Ahad baru ini  dapat bertemu balik dengan member sekelas saya masa di darjah 5 di Sk Batu Rakit.Setelah 27 tahun terpisah akhirnya saya bertemu beliau (Ruzilawati Abdul Ghani)Dah punya anak 3 tapi saya jugak yang menang kerana saya punya 5cahayamata.Terima kasih pada facebook ni kerana dapat menemukan saya kembali dengan rakan-rakan.Sayangnya pertemuan itu berlaku terlalu singkat kerana kawan saya sekeluarga mengejar masa untuk ke rumah rakan suaminya.Apapun ini menjadi memori indah dalam hidup saya.


 Saya dan Ruzilawati





PeLeNgKaP HiDuPkU - eReN FeAt RoMi


layan lagu nie..hayati segala baris lirik lagu tersebut...