Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 30 Mac 2010

Malam Itu Milik Kita....

You Are My Last Thought At Night 
Buat teman yang ada pada malam ini...yang baca bloq nie...tq.Semoga tidur kalian selepas ini diulit mimpi yang indah..Begitu juga pada teman yang masih berjaga sesungguhnya malam itu amat indah bila dihayati....
If I Was There Tonight 
Andai ada bulan,pastinya kita akan memandang bulan yang sama
Good Night Graphic #85

Selamat Menempuh Exam Buat Ieda (Adik Bongsuku)

My best wishes are with you 
Selamat Menghadapi peperiksaan untuk IDA ...Buat yang terbaik okey...Semoga tenang menjawab soalan .Jangan stress sangat..tempuhinya dengan tabah , usaha serta tawakal .
Good Luck 
Good Luck

Hari Selasa Yang Indah..

Never Stop SharingHari ini terpaksa cuti sakit lagi..memang sukar untuk bergerak..Mungkin berubahnya usia berubah jua lah kesihatan yang ada..Dah tua rupanya aku ni....
Pepagi lagi aktiviti hari ini terbuka facebook. kebetulan lina kawan lama masa kompleks dulu ada sama..apa lagi chatting lah aktiviti kami...Lina ...Tak sangka Facebook mendekatkan kita kan..Apa yang kita kongsi pastilah hanya kita je yang tau...Sesungguhnya memori silam datang silih  berganti kini...Terkenang saat kita di SMK Kompleks dulu..Tapi kan Na....kenangan antara kita sejak di sekolah rendah lagikan..Yang pasti kini antara kita menyulam satu kehidupan keluarga yang amat indah.Syukur kita kepada Allah kerana memberikan insan tersayang yang tahu menghormati hati kita dan amat menyayangi kita walau seringkali diri teruji dengan rencah hidup ini...Buat zu...aku terlalu sayang padamu zu...walaupun dimana aku berada tak akan aku lupa insan yang banyak di sisiku tika ku susah dan senang dulu.....

Sajak Buat Teman

Tuesday Graphic #4...
Teman
Bicara ini buatmu...
Yang seringkali ada
Biarpun masa sentiasa beralih..
Keadaan sentiasa berubah..
Tapi dirimu tak pernah berubah....
Teman...
Sesekali masa silam kusingkap
Terasa semalam segarnya berlaku
Memori kau dan aku tercipta
Dalam gurau senda kita
Ada jua lagu duka
Kita alunkan bersama
Mengikut tari kehidupan....
Teman...
Memang rencah hidup kita
Pertemuan,perpisahan....
Silih berganti...
Tapi dirimu tetap abadi 
Di sudut hati...
Kerana dirimu insan yang sentiasa ku sayangi........
I sure miss you a lot...

Isnin, 29 Mac 2010

Persahabatan bertaut kembali.

Friends Are Always There
Tak sangka buat facebook tak sampai seminggu dah jupe balik teman-teman masa Sek Men Kompleks dulu..Memang tak terduga langsungpun dapat bercerita balik dengan Zue,Lina ,Emi, Mus dan Zulsyam..
Sesungguhnya zaman persekolahan kita banyak memori indah waktu persekolahan..Kini bila dah masing-masing jadi isteri dan suami...dan juga punya anak-anak baru bertemu balik.tu pun di alam maya je...Apapun Tq pada kalian semua kerana masih ingat diri ini...

Khamis, 25 Mac 2010

Aktiviti Hari ini.

Thursday Graphic #6
Aktiviti sepanjang hari Khamis(PKBP SMK Demak Baru)
  • Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
  • Sambutan Hari Jadi pelajar PKBP 8 (Ridzuan Azani).
  • Latihan Bowling di BDC,Tabuan Jaya.
  • Persedian Pameran Antarabangsa.

Rabu, 24 Mac 2010

Buat Cikgu Deana

A loyal friend
Semoga sentiasa berjaya di sana...Tabahkan hati dengan segala cabaran yang mendatang.

Rindu kat kalian

Miss U 
Rasanya setiap hari nak bagi tau diri ini sentiasa rindu pada insan-insan yang paling aku sayangi.....Moga kalian semua sentiasa dirahmati Allah..
Tengok gambar kat atas nie...sebenarnya ada kenangan jugak...Dulu masa kat kg aku sentiasa menyusuri gigi air dan pasti tangan tak akan lupa menitipkan beberapa ayat kat pasir tu.Bila ombak tu datang, catatan itu akan hilang,Bila hilang aku tulis lagi...Segala perasaan yang terpendam semuanya aku curah kat pasir tu...Kini dah ada bloq sendiri...pasir tidak kutinggalkan tetapi kerana bloq ada,curah kat bloq jelah..tetapi sesekali ke pantai pasti tangan tetap akan menari-nari menuliskan bait kata..Anak pantailah katakan.

Kau Tetap Abadi

Your friendship
Waktu yang berlalu........
Meninggalkan banyak memori
Cerita kita
Menjadi kenangan kini
Telah pun kusimpan
Dalam ingatan ini.
Segar di sudut hati
Kerana apa yang terjadi
Seperti mimpi-mimpi
Datang dan pergi
Suka duka kita silih berganti
Kita harungi dengan berani
Keranamu teman...
Tak terupaya untuk kutinggalkan
Walau memori baru sentiasa bertandang...
Kerana Memori bersamamu....
Abadi di hati...

Aktiviti Hari Ini

Happy Wednesday 
Aktiviti hari nie..pepagi sibuk dah buat kraftangan dengan kelas PKBP 2.Buat alat muzik maracas .Tak boleh nak tunjuk lagi.Minggu depan baru boleh tunjuk kat sini.Yang paling buat aku sibuk duk melayan murid-murid kelas perdana yang buat hal.Banyak jugak surat-surat pertuduhan perlu ditaip untuk mereka.Budak nie satu,dahlah tak pandai dan miskin lak tu,tapi miskin jugak budi pekerti...terharu aku ingat kesusahan mak bapak mereka tapi anak tak menghargainya..bila aku kenangkan sememangnya aku bertuah kerana Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh cabaran kemiskinan...Disamping tu jugak perlu kemaskinikan bloq PKBP jugak..Semua guru sibuk sekarang nie kerana persediaan pameran pendidikan antarabangsa di Kuching ,nanti.

Selasa, 23 Mac 2010

Hari Selasa Yang Sibuk

Tuesday Graphic #9Hari ini perjalanan pekerjaan sedikit kelam kabut.Apatahnya terpaksa uruskan surat-surat pertuduhan murid yang ponteng semalam...Tak dapat dielak terpaksalah suruh PPM Nilip untuk menjaga kelas..Tq deh atas kerjasama.
Hari nie ada satu perkara jauh di sudut hati ,aku terlalu pilu bila dengar khabar berita murid buta iaitu Farid akan diberhentikan dari PKBP...Nak buat camana aku kena ikut pihak yang lebih berkuasa..Kalau lah aku ,rasanya aku cuba memejam mata untuk biar kan saja dia di situ.Yang paling terasa tadi PPM Pauziah yang terus menanggis apabila kukhabarkan berita sedih nie...Mungkin hati kita berdua mudah tersentuh ...Tapi dalam hati terfikir jugak adakah orang lain berfikir macam yang aku fikirkan.....