Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 22 Jun 2010

Wakaf dan Pondok Buruk

Memori lama ku buka lagi..langsir kenangan silam kuselak satu persatu...Sesungguhnya banyak memori yang sentiasa bermain dan segar diingatan..Mungkin sejarah dulu yang menjadikan aku kini seorang insan.
Pondok burukku antara khazanah yang masih ku sayang..kerana di sinilah pelbagai suka duka yang mengajar aku nilai sebuah kehidupan..Permulaan hidup dengan seribu keperitan dan di perjalanan hidup yang kutempuhi kini memberikan satu kebahagiaan..Nilai ketabahan menempuh onak dan ranjau terbayar kini..Walau aku tidak lagi menjadi penghuninya di situ tapi jauh di sudut hati aku masih menghargai setiap inci pondokku itu..Kerana setiap ruang dan sudut penuh dengan memori suka mahupun duka...

Isnin, 21 Jun 2010

Aimy Love Kucing

Anak ku yang sorang ni sememangnya suka sungguh dengan kucing..Pantang nampak kelibat kucing pasti dikejar dan ditangkapnya..yang bising aku dan ayahnya..Risau takut digigit kucing tapi anakku ini selamba je...
Mentang-mentanglah Aimy lahir di Kuching,minatpun kat kucing jugak...Elok sangatlah tu..

Syahbandar...

Terasa begitu lama aku tidak berkesempatan ke Taman Syahbandar,Kuala Terengganu..Apatah lagi pergi dengan insan-insan di bawah ini tanpa membawa anak-anak..Kalau lah tidak mengejar masa malam tu pasti aku ingin lepak lama lagi di situ...
Bersama Kak Long, Ida, Ja dan Kak Jan.
Lain kali kita lepak lagi ya...Sayang kalian semua.

Ahad, 20 Jun 2010

Album Keluarga

Bahagia rasanya balik kampung kali ini...berjumpa dengan semua keluarga dan segala yang kuhajati masa di Kuching dulu semua dapat kualami..Kenangan bersama kalian pastinya amat berharga dan tiada nilainya.
Alya dan Adam bermain pasir
Cheksu bersama Mak dan Sha
Mak yang kusayangi.
Bersama dengan Kak Long.
Suami tercinta.
Kak Jan bersama Aimy,Adam dan Fatin
Kak Long bersama anak-anaknya.
Kenangan tercipta antara kita.

Sejenak Di Jeram Pasu,Pasir Putih

Balik kampung kali ini,sempat juga aku sekeluarga bersama mertua dan adik ipar serta anak buah menghirup udara nyaman di Jeram Pasu..Walaupun hujan renyai-renyai menemani perkelahan ini,tapi telah menghiburkan hati anak-anakku yang gembira dapat mandi air terjun kat situ..Tapi malang pulak bagi anak lelakiku Alif yang demam tiba-tiba..
Sempat Posing Untuk Kenangan
Anis,Alya ,Armin dan Aimy
Aimy paling happy sampai terketar-ketar kesejukan.namun tetap nak mandi jugak.
Lagi gambar Aimy.

Kenangan Di Pantai Pagar Besi

Sememangnya aku dan pantai tidak dapat dipisahkan...Jiwa dah sebati dengan bunyi ombak yang menderu dan angin sepoi-sepoi bahasa yang mendamaikan...Pantai Pagar Besi ..Kini dirimu aku takluki..
Pantai yang bersih dengan ombak yang sungguh tenang...
Mandi manda antara aktiviti yang tidak aku lepaskan...sesekali mencari remis dan etak yang ada di dasar laut...
Senja hampit tiba.
Merakam kenangan bersama Aimy
Alya dan Adam
Bersembang di tepi pantai memang aktiviti wajib keluarga.
Kelihatan Pulau Bidong tersergam indah.
Di tepi pantai antara aktiviti  boleh dilakukan antara menulis  di pasir pantai dan main bola.
Mencari etak.
Mengamit hati untukku pulang.
Pulau Bidong dan Pulau Redang...
Mandilah sepuashati....Seronoknya rasa tak nak berhenti.
Pantai Pagar Besi dulu hati ini tak pernah terlintas akan datang menjadi penghuni.....Namun Pantai Batu Rakit tetap aku sayangi...

Kasih Adam Pada Aimy

Gelagat Adam sempat kurakam ketika penerbangan ke Kuching..Betapa sayangnya Adam pada adiknya walau apapun yang Aimy lakukan hingga menyakitkan dirinya tetap dia tersenyum menahan kesakitan dan langsung tidak memarahi adiknya yang semakin nakal..
Aimy dan Adam

Kg Halaman Kita terpisah Lagi

Pejam celik cuti persekolahan akhinya sampai ke penghujung..Esok bermula kembali alam pekerjaan yang penuh kesibukan...2 minggu dikampung terasa cepat benar masa berlalu walau pada awalnya hati tak sabar untuk melangkah pergi tapi di saat hari-hari terakhir ada keceriaan yang menghiasi membuatkan diri ini jua anak-anak serta suami aku sendiri menitiskan airmata dikala kaki melangkah meninggalkan insan-insan tersayang...
Anakku Alif yang dulu menitiskan airmata kerana sedih nak berpisah dengan neneknya..Sepanjang cuti di kampung dialah yang sentiasa tidur dengan nenek setiap malam..Raut wajah kesedihan dari rumah dan sampailah ke airport tak dapat disembunyikan..Akhirnya airmata mengalir laju membuatkan ayahnya dan kami terharu...Memang sedih tinggalkan kampung kerana bila kembali pasti ada yang berubah..
Merakamkan kenangan bersama Kak Long,Kak Jan,Ida,Mak,Fatin, Sha dan Amy...sebelum meninggalkan Terengganu..
Aimy bersama Cheksu dan Athirah..Mula menunjukkan kenakalan bila dah nak balik...
                                                               Senyum dalam tanggisan.....
Semoga kita bersua kembali....Memori bersama abadi di hati...

Sabtu, 12 Jun 2010

Duri Hampa - Syed Sobrie



Sememangnya lagu -lagu dulu memang indah didengar walau berulang kali..telinga tetap tak jemu..Terdengar lagu ni..terbayang kembali masa dulu..Suasana kat kg bersama kakak -kakak dan abang..Terbayang bagaimana meriahnya suasana kat rumah.Terbayang jugak segala aktiviti aku masa tu...pepagi lagi sebelum matahari terbit aku dah menyapu di halaman rumah..Yang lucunya menyapu nie macam hobi aku lak waktu tu..Bayangkan bukan pagi je aku sapu ..petang pun aku sapu lagi lagi...Bak kata macam tak lengkap atau serba tak kena kalau aku tak buat aktiviti tu..Mata aku ni entahlah..teramat lemah melihat kalau ada daun-daun yang berteraburan kat tanah...rasa macam tak tenang..Sesekali malu pun ada dengan orang kampung kerana menyapu 2 kali sehari kat tanah tu ..takde orang buat .Ha..hahaha..hobi nak buat camana...Apa yang aku tahu masa tu masa amat penting sekali rasa macam tak cukup masa lagi..Macam dalam hidup sehari-hari dah ada jadual untuk aku...Perkara yang sama kulakukan setiap hari..Selalunya rutin harian aku pukul 5.oo pagi dah bangun,satu perkara yang aku buat dulu bangun dan buka pintu.Aku akan ambil berapa minit merenung pantai melihat fajar yang mula menyinsing..Tenang je rasa saat melihat kebesaran tuhan ni..Biasanya sebelum solat kukemas dan bersihkan dulu pinggang mangkuk yang belum sempat dicuci malam tadi..Selepas itu mandi dan solat subuh Mandi awal bukannya apa...telaga tempat aku mandi tu kawasan terbuka Malu jugak kalau ada orang memerhati....Selepas solat aku dah kat tanah menyapu sampah..Lepas menyapu aku sidai pulak baju kat ampaian..Tabiaat aku pulak suka sidai baju sebelum jiran-jiran lain sidai baju..Kiranya macam akulah pemenang tempat pertama sidai baju masa tu..

Selepas itu ,mulalah aku mengangkut air, simpan dalam baldi-baldi yang banyak kat rumah..Maklum rumah takde pili air..Kerana angkut air ni tanganku lembut macam kayu...segan nak bersalam dengan orang..Dulu rasanya badanku kurus sebab aku jarang makan..Bila dah buat kerja soal makan ku tolak ketepi..Terkadang tengahari barulah terfikir nak makan..Tapi nasi memang bukan kegemaran aku dulu...Terkadang seminggu aku tak jamah nasi....Rasa biasa je..Kini...nasi pulak yang jadi kegemaran aku pagi dan petang...Sebab tu berat badan dah naik bagai di pam-pam.Aku tak tahu apa yang aku makan,yang pasti aku suka sangat makan buah.Tak kiralah buah apapun, asalkan buah..Aku jadi lemah kalau tak dapat makan buah dalam satu hari..Makanan lain boleh kuabaikan tetapi makan buah itu seakan wajib pada aku..
lepas angkut air..kena potong kayu pulak..kapak pulak Ya Rabbi besar giler...sekali ku ayung memang sudah membuatkan bahu rasa nak tercabut..Tapi itulah..terpaksa kulakukan..kerana kalau tak buat susah pulak bila mak nak goreng pisang nanti takde pulang kayu api..Pernah aku rasa malas satu hari tu..aku tak buat kerja potong kayu,kesannya terpaksa tahan telinga dengar leteran mak mengatakan aku malas...Masa tu rasa jugak kecil hati kat mak..yelah gadis sesunti aku ni terkadang penat jugak nak buat semua kerja..Aku bukan robotkan...Lepas potong kayu tu..aku angkut pulak kayu yang dipotong tadi letak di satu bahagian tempat mak mengoreng pisang...Aku selalunya akan mastikan kayu api itu ku angkut banyak-banyak supaya aku tidak acap kali melakukan perkara yang sama.Selepas kerja di tanah selesai..kusambung lagi kerja di atas rumah.. Kemas rumah satu hal..Masa pelita ayam je yang menemani kami sekeluarga..hari-hari lantai mesti di mop kerana debu-debu asap pelita malam tadi gugur di lantai..hitam semua tapak kaki..Lantai rumah lak boleh dikatakan selang sehari aku mesti berus..Suka tengok lantai yang bersih dan merah..Kalau lantai tu warna hitam mulalah hati aku dah tak tenang...Lepas mengemas rumah...mulah fikir lauk apa yang perlu di masak.Boleh dikatakan setiap hari sakit kepala ni memikirkan apa menu masakan hari itu..Terkadang sebelum mata terlelappun aku dah fikir apa yang perlu aku masakkan untuk esok..Sebenarnya segala aktiviti aku di atas, aku akan pastikan siap semuanya sebelum pukul 9.00 pagi..Kerana selepas tu aku mesti buka kedai sebelum mak aku balik dari pasar..kalau tak kena lenterlah lagi aku oleh mak..Kat kedai tu buka je banyak jugak perlu dikemaskan...Sayur-sayur semalam yang daunnya kuning perlu dibuangkan,begitu juga jika ada cili kecil yang dah rosak perlu juga dipilih...Pisang yang busuk perlu dibuang..barang yang berdebu perlu dilapkan..Lepas tu pulak ..aku cari pisang putar untuk dileceh dan diadun dengan tepung untuk jualan cucur mak tengahari nanti..Ni jugak mesti aku buat kalau tak mahu dimarah mak..Lepas buat cucur pulak kupas pulak ubi keledek sampai sebesen..itu belum lagi bila tiba musim jual jagung rebus atau kacang rebus lagi bertambahlah kerja aku...Selesai semua kerja kat kedai tu,dan sementara menanti mak pulang dari pasar..masa inilah aku ambil untuk berehat seketika..baca paper yang lama-lama satu persatu..Yang paling aku suka baca Pancainderalah...Lepastu..mulalah termenung di pintu kedai memerhati kereta ,motor atau orang yang lalu lalang depan kedai..Terkadang mata memerhati jugak orang-orang tua dan orang-orang muda yang lepak kat wakaf depan rumah aku...Sesekali aku tidak terlepas daripada usikan mereka..Waktu itu rasanya aku cukup pemalu...hanya senyum je yang sentiasa meniti dibibir...Selepas membantu mak mengemas barang-barang yang dibeli dari pasar..dan selepas memastikan tiada masalah di kedai..aku akan duduk dalam rumah ,sambil mendengar radio mas tulah tangan laju melipat baju yang telah disidai pagi tadi..Sesekali sambil melipat baju itu,aku ditemani oleh jiran sebelah rumah aku..Walau pun dia keturunan Cina,tapi dia seperti sedara aku sendiri..Mulalah berborak bermacam-macam perkara.masa tu..Tapi kini rasanya terlalu lama aku tak bersua dengannya..Sejak merantau ni memang akan menjarakkan kita pada sesiapa sahaja..lepas lipat baju..biasanya aku akan ke dapur pulak..Hobi aku lagi satu suka buat kuih..Aku suka mencuba resepi-resepi yang ada dalam buku..Tukang yang merasa pulak adalah ayah aku...Hihi biasanya ayah akan suka apa yang aku masak...Pernah sekali kuih yang aku buat tidak menjadi..Apa lagi tong samaphlah yang jadi mangsa sebelum mak tahu..Selepas asar biasanya aku akan duduk di muka pintu lepak seketika sambil telinga mendengar lagu-lagu yang diputarkan di corong radio..Dengar radio ni memang hobi aku lah..Sebab tulah banyak lagu-lagu yang kini bila didengar akan mengingatkan aku pada memori semalam..Lepak depan pintupun bukannya apa,biasalah jiwa remaja...pasti semua ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi..Apatah lagi jika kita tahu ada yang prihatin pada kita..Begitu juga aku...sentiasa ternanti-nanti jugak kelibat seseorang yang lalu depan rumah...

Waktu petang pulak..lepas menyapu di halaman dan selepas memastikan semua baldi telah terisi dengan air...tolong pulak mak tutup kedai..Kemaskan semua barang yang dah digunakan, lepas tu kaki mula melangkah menyusuri pantai..Terkadang aku pergi dengan kakak,terkadang aku keseorangan je berjalan menyusuri ombak di tepi pantai..Terkadang berhenti seketika menulis kata-kata meluahkan perasaan..Syok tahu curahkan apa yang kita rasa pada pantai ni seolah dia memahami...apa yang kita lalui tika tu..Apatah lagi menulis pada ketika matahari terbenam...lepas Maghrib pulak mengemas apa yang patut sebelum tidur...selalu nya membantu mak membuat ais krim potong...buatnya bukan sedikit banyak pulak tu..dan adalah lagi kerja-kerja yang aku buat masa tu..Selalunya aku masa betul-betul lapang pada pukul 10.00 malam ke atas..Waktu tu barulah mula berangan-angan.sambil ditemani lagu di radio..hinggalah mata aku terlelap di buai mimpi yang indah terkadang jua mimpi yang menakutkan....

Jumaat, 11 Jun 2010

Maaf....

1.jpg 
Hanya itu yang mampu kutuliskan... maafkan diri ini yang melukakan perasaanmu.

Hati Terusik Lagi

 


Menulis dan terus menulis...itu sahaja yang dapat kulakukan ...Menghilangkan segala jiwa yang resah..Mengapa aku resah...Entahlah...aku sendiri tidak memahami apa yang aku rasakan apatah lagi untuk aku menceritakan pada insan lain...
Celaru ke aku ni...sepatutnya kini aku gembira di samping insan-insan yang lama tidak bersua,sepatutnya aku ceria melihat tingkah anak-anakku bermain dengan sepupu -sepupu mereka,berlari-lari berkejaran di tepi pantai..dan ada ketika mengejar lembu dan kambing yang singgah untuk meragut rumput..Sesekali tangan Aimy tidak lepas mencekik anak kuncing,maka akan bertempiklah suara mak agar Aimy segera meleraikannya...Terkenangkan kegembiraan mereka ..aku tersenyum sendiri,betapa anak-anak ini belum mengerti apa -apa yang berlaku...Hanya yang mereka tau bermain dan terus bermain sehinggalah ditegur..barulah berhenti seketika..Andai  dapat ku putarkan putaran waktu ingin rasanya ku ulangi saat alam kanak-kanak ku...
Kali ini terasa kg halamanku sendiri seolah jauh walau pada hakikatnya aku kini di desa halaman sendiri..Entah kenapa aku tak sabar untuk kembali ke Bumi Kenyalang..tempat aku mencari rezeki..Entahlah mungkin aku lebih tenang di sana..Melihat telatah-telatah insan istimewa yang sentiasa memerlukan perhatian daripada aku seorang guru mereka..kalau sebelum ini aku menghitung hari untuk pulang tapi kini sebaliknya aku menghitung hari untuk aku tak sabar pergi...pergi dari kg halaman yang aku rindukan selama ini..Mungkin pergiku ini membawa bersama satu perasaan terkilan dengan apa yang berlaku...
Mak. dan ayah..maafkan diri ini kerana telah membuatkan dirimu di hina atas tindakan yang aku lakukan....Kerana perbuatan dirimu yang menjadi mangsa kemarahan orang...Sesungguhnya mak..mereka perlu disedarkan...Saya juga masih ingat mak..tanah yang sepatutnya mak dapat kerana atas nama ayah,insan yang saya katakan itu telah menyembunyikan surat itu pada ayah,dan mulutnya sendiri telah berjanji untuk memberikan surat itu pada mak..tapi hingga kini surat itu hilang entah kemana..sedangkan insan-insan yang lain yang tidak berhakpun mendapatnya telah dapat sewenang-wenangnya..Malah ada yang menjualnya....Arr byk lagi yang diri ini tidak setuju apa yang berlaku di kampung itu...
Mak..walau zahir diri ini nampak seperti seorang yang kuat dan tabah tapi disebaliknya diri ini tak mampu untuk menghadapi masalah yang menimpa..Terlalu lemah dengan dugaan yang melanda..Ku akui dulu aku cukup tabah menghadapi segala dugaan yang datang silih berganti..Tapi kini aku tewas mak....terasa amat lemahnya diri ini untuk melawan ujian yang datang..Sesungguhnya jauh di sudut hati aku tidak ingin lagi melihat kau menitiskan air mata kerana perbuatan orang lain..Tiap kali airmata yang kau titiskan seakan hati ini diragut oleh pisau yang amat tajam..Dan telinga ini juga tidak sanggup andai anak mu sendiri yang mengata dirimu yang bukan-bukan....Andainya mak tahu dalam hati ini penuh kasih sayang untuk mak..tapi tak mampu kuzahirkan melalui raut wajahku..Satu yang Allh tarikkan nikmat padaku adalah nikmat untuk sentiasa bersamamu mak dan ayah berbanding dengan darah sedagingku yang lain yang nikmat bersamamu sepanjang m asa...tapi aku hanya beberapa hari sahaja  bersamamu dalam setahun...Diri ini hanya mampu mengirimkan doa hanya dari kejauhan dan hanya mampu memberikan dirimu sedikit kesenangan tapi mak...diri ini tak dapat menjaga mak ketika mak sakit...kerana diri ini teramat jauh darimu...Pernah dulu kusuarakan pada mak untuk tinggal bersamaku,tapi mak menolak kerana memikirkan anak-anak mak yang lain...Kerana diri ini seorang ibu ,perasaan ini cukup faham apa yang dirimu fikirkan...
Buat ayah..kenangan manis pastinya ku bawa pergi adalah aku dapat mengucapkan dengan mulutku sendiri ucapan selamat hari bapa buatmu...mungkinkan ini yang petama atau ada lagi peluang untuk aku ucapkan selepas ini...Semoga ada keindahan yang tercipta untuk kita dan kita tinggalkan segala kesedihan dulu.
Pada sedarah sedagingku yang amat-amat kusayangi..peliharalah hubungan kekeluargaan ini..kerana harta kita hanya itu..Jangan cuba musnahkan benteng yang kita bina..Apal agi yang kita ada kalau bukan itu,..Andai di antara kita yang tidak mampu dari segi wang ringgit tidak bermakna kita tidak dapat membantu...Bukan wang yang diperlukan oleh mak ayah kita tapi perhatian dan kasih sayang jua pengertian daripada kita sebagai anak mereka..Begitu juga sekiranya selama hidup kita mak tidak menjaga kita,tapi ingatlah lahirnya kita dari rahim ibu kita....Bukan ibu lain yang melahirkan kita..




Khamis, 10 Jun 2010

Pergi Tak Kembali..


Terasa tersentak seketika apabila mendengar khabar berita pagi tadi,sesungguhnya segala yang terjadi itu adalah kehendak Dia Yang Maha Berkuasa..Al fatihah sahaja yang dapat mengiringi pemergiannya buat selama-lamanya..Pastinya di saat ini kesedihan menyelubungi diri mu teman..Semoga kau tabah dengan apa yang berlaku ini...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...AlFatihah...

Rabu, 9 Jun 2010

Hanya Sebuah Catatan

 
Entah bagaimana untukku mulakan catatan sepiku kali ini,tak tahu di mana permulaannya...terasa bagai ada satu perasaan yang bermukim di hati...adakah perasaan sedih,gembira atau hiba...mungkin jua kesemua perasaan itu datang bersilih ganti..
Balikku ke kg halaman kali ini seakan tiada serinya..sedih memerhati sikap sesetengah insan-insan yang aku sayangi seakan cuba untuk menjarakkan diri antara satu sama lain,terkilan kerana ada yang terasa hati dengan sikap kedua ibu bapaku pada mereka..Mengapa ini yang sengaja kita ciptakan??? Sepatutnya kita boleh mengusir perasaan yang merosakkan hubungan kasih sayang itu pergi...dan pergi jauh...jauh..Terkadang hati ini tertanya-tanya mengapa kita tidak merenungi pengorbanan mereka berdua selama ini..Carilah kebaikan yang pernah mereka buat pada kita..Dan andai kata kita yang terguris hati...biarlah...jangan hati  mereka berdua kita hiriskan...Mengapa di antara kita lebih mempercayai orang lain daripada darah daging kita sendiri..Sedangkan kita sedia maklum orang itu sengaja merosakkan fikiran,meracuni kita dengan cerita yang tidak betul...Masih belum terlambat untuk kita membetulkan kesilapan...Hati ini memang tak sanggup melihat airmata kalian titiskan ketika mereka memejamkan mata sekiranya ada perasaan kalian yang kecil hati dengan sikap mereka berdua..Tapi aku ingin melihat kalian bertepuk tangan kerana insan itu telah tiada...
Aku pernah menulis catatan demi catatan luahan rasa buat ayahku..dan masihku ingat catatanku itu pernah menyatakan ayah pastinya tiak akan membaca catatanku ini..Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..Petang itu,ketika aku berehat bersama keluarga,,kelihatan kelibat ayah datang ke rumah dengan membawa beberapa ekor ikan..Ayah lantas meminta adik bongsuku membahagikan kepada beberapa bahagian untuk diberikan pada anak-anaknya..Ayah sempat jua bertanyakan nasi untuk dia makan,Malangnya ketika itu nasi telahpun masak tetapi lauknya belum lagi tersedia..Ayah sabar menunggu...Dalam ayah sabar menunggu itu,aku mendapat sedikit kekuatan untuk menunjukkan blog yang kutulis selama ini pada ayah...Ayat yang pertama aku tunjukkan dan kubaca dihadapannya ialah ucapan selamat hari bapa yang aku dedikasikan padanya..Ketika itu,airmata ini hampir menitis tapi cepat-cepat kutahan dan airmata ini hampi gugur apabila aku sampai ke ayat-ayat"Doa dan harapanku semoga Allah memberkatimu"..Aku meneruskan lagi  untuk membaca "Diari Untuk Ayah"..Ayah dengan tekun mendengar apa yang aku baca.Kutoleh di belakang,kulihat kakakku Aya menitiskan airmata ..Dalam hati ini Tuhan saja yang tahu,airmata ku menitis jua apabila tiba ayat terakhir "Selamat Hari BaPa , ayah" kuucapkan padanya..Kerana selama ini itulah yang pertama kuucapkan padanya..Selepas itu aku tak mampu meneruskannya,lalu kubangun menyapu airmata yang gugur ini sebelun ayah melihatnya..
Tengahari sebelum itu,perasaan ku telahpun dikongsi dengan kakakku yang kedua..Kutunjukkan padanya blog yang aku tulis selama ni..Aku biarkan dia membacanya satu persatu..airmatanya gugur satu persatu..Aku katakan padanya aku tulis ini semata-mata melepaskan perasaanku selama ini..Hati ku cukup tenang apabila aku dapat menulisnya..Aku katakan jua padanya blog ini sampai bila-bila pun tetap ada walau aku telah memejamkan mata.Mungkin akan menjadi renungan atau pengajaran pada anak-anak dan cucu-cucuku nanti...
Angan-anganku bila pulang ke kampung nanti,aku ingin memeluk anak sedara ku yang baru..Sememangnya itu yang kulakukan apabila terpandang dirinya,,kupeluk dan kucium dirinya sepuas hati..
Pagi Ahad yang damai...aku dan beberapa orang adik beradik dan anak buah telah pergi ke pantai..Hajat hati mencari etak yang banyak sekarang ni..Suasana kat tepi pantai memang meriah dengan orang ramai yang mencari etak dan mandi manda..Apa yang ingin kukongsikan perasaan ku ketika itu ialah,inilah kali pertama aku mandi ombak dengan mak bersama dengan adik beradikku yang lain..Terharu dan mula aku fikir yang bukan-bukan...Ya Allah apakah pertanda yang kau berikan padaku ini...
Aku juga telah kutunaikan hajatku apabila pulang ke kampung nanti iaitu menjejakkan kakiku di pondok buruk itu..Sebelum pergi ke pagar besi iaitu rumah baru ku sekarang,malam itu,aku singgah dahulu di Batu Rakit..Sayu kulihat rumahku itu ,pelbagai kenangan datang silih berganti dan mataku jua tak lepas memandang di belakang....Arr kenangan lama mengusik kembali...

Semoga Kau Tabah...Teman

Buat teman yang kini jauh...semoga kau tabah menghadapi ujian yang amat berat ini..Betapa berat mata memandang,telinga yang mendengar manakan sama bahu yang memikul..Aku tahu tika dan saat ini..kau melewati masa-masa yang amat getir untuk menanti bila-bila masa saja saat perginya insan yang tersayang dalam hidupmu yang pastinya tidak boleh diganti dengan insan lain..Kerana insan itu yang banyak berkorban membesarkanmu hingga menjadi insan berguna..Doaku..dari kejauhan semoga tabah dan tenang dengan segala dugaan yang Allah berikan..dan doaku jua agar ada satu keajaiban dalam situasi ini...Sabarlah..sebagai antara sahabat dan temanmu sentiasa berada disisi tika suka dan duka..