Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 30 Januari 2010

Gaya ceria Aimy

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-8

Tahun nie diri ini telah dipertanggungjawabkan untuk jadi ketua AJK Perhiasan Pentas.Risau jugak sebab peruntukan takde...Hanya RM100.00 diberikan untuk bayar kos pengangkutan.Mesyuarat kali nie diadakan di Dewan Hikmah.Apapun inilah hasilnya.
Bunga yang tengah nie terpaksalah beli guna duit sendiri...tapi demi kepuasan berhabis sikitpun takpelah kan.

 
Bunga putih dan karpet tu pun terpaksa beli guna duit sendiri jugak....lepas majlis angkut balik.Jadi hiasan kat rumah lah pulak.

 
Bunga -bunga yang lain pinjam dari bilik mesyuarat Pendidikan Khas .Nasib baik penyelaras bagi pinjam.Kalau tak tak taulah bagaimana rupa pentas tu....

 
  
 
Suasana ketika mesyuarat diadakan...Semuanya berjalan lancar.Alhamdulillah......

Lawatan Daripada Guru dan Pelajar PKBP SMK Cochrane Perkasa

Terima kasih kerana di atas kehadiran semua.Semoga kita berjumpa lagi....

Khamis, 28 Januari 2010

Undangan Rindu

Andainya ditakdirkan kau bukan milikku ....kau tetap kurindu.

Cuba engkau dengarkan 
sesuatu dari hati
semoga engkau tahu
tujuanku...
kedatanganku ini....
atas undangan rindu
yang memaksa diriku mencarimu....
hanya dirimu yang dapat membalut lukaku
bagi diriku kau masihku kenang
biarpun engkau 
sudahpun hidup bahagia
tapi salahkah ku melepas rindu
menatapmu....
sekadar waktu....
biarpun kita merancang tapi....segalanya telah ditakdirkan untuk kita......

 

Khamis, 21 Januari 2010

Bagaimana menjadi guru yang berkesan

 Menjadi guru yang berkesan mungkin kita rasakan amat sukar dilakukan .Sebenarnya tidaklah sesukar yang kita gambarkan sekiranya kita sentiasa menggunakan kreativiti dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.Adakala kita terpaksa ketepikan akademik dan tumpukan pada pembetukan sahsiahnya.Menguatkan motor halus dan motor kasar mereka.
 kita juga perlu bijak melakukan pengolahan semasa mengajar dan tidak bergantung pada rancangan yang telah ditetapkan.Kita harus mengubah rancangan tersebut mengikut mood murid pada hari itu.


Saya ada menebual beberapa orang murid PKBP untuk mencirikan guru yang baik bagi pandangan mata mereka

 Guru yang baik adalah:

boleh belajar
boleh tulis
boleh baca
boleh jumpa kawan
(Adik Riduan Azani -Bermasalah Emosi dan Tingkahlaku)

guru baik hati
(Adik Mohamad Rahmat-Autisme)

guru yang tegas
guru yang lembut
guru yang ada pegangan agama
(Adik Najmi dan Nazmi -Pasangan kembar)

guru yang boleh membantu dalam akademik,sosial dan kemahiran
guru yang boleh mendengar masalah murid
(Adik Zulhelmi-Perkembangan lambat)




guru yang mengajar dengan jelas
suka mengajar murid lemah dalam pelajaran
guru yang baik hati
peramah
(Adik Qamarul Izzat-Perkembangan lambat)

Sesungguhnya murid khas juga seperti murid perdana yang ada perasaan dan citarasa.

Perjuangan hampir berjaya

Lama jugak tidak  menitipkan apa-apa cerita kat  bloq ni...Sesungguhnya kesibukan menghalang diri ini untuk membaitkan beberapa bingkisan untuk dikongsi.Apa yang ingin kuluahkan,sesungguhnya perasaan ini begitu tenang ketika ini.Alhamdulillah perjuangan untuk menubuhkan Kadet  Pertahanan Awam Pendidikan telahpun tercapai. Tanggal 19 Jan 2010 telahpun bermula aktiviti pertunjukan Daripada JPA .Perdedahan pada murid Pendidikan Khas dan jugak untuk pelajar perdana....
Kepuasan ku yang kedua impianku bersama dengan beberapa kawan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kemahiran untuk pelajar PKBP berjaya jua. Mesyuarat semalam idea diri ini diterima.Jadual waktu akan dirombak kembali...Mata pelajaran kemahiran hidup akan diperbanyakkan.
Aktiviti kemahiran itu seperti
  • Jahitan baju kurung  
  • Masakan
  • Perkebunan (sayur-sayuran,tanaman herba ,tanaman jangka panjang yang bersesuaian)
  • Pertukangan
  • mencuci kereta

Perlaksanaan pembahagian murid nanti adalah berdasarkan kebolehan dan kecenderungan murid dalam sesuatu kemahiran.Ini bermakna murid PKBP yang akan keluar telah mahir dalam  kemahiran apa yang mereka telah pelajari.InsyaAllah selepas ini akan ada murid yang tau membuat baju kurung yang cantik,yang tau menanam sayur untuk dijual dan yang boleh menjual bakul hasil anyaman sendiri .Begitu juga dengan membuat kek lapis yang sedap.


Tapi pastilah bukan mudah untuk orang terima idea kita kerana sesuatu perubahan yang ingin dilakukan akan pastilah menuntut banyak usaha dan tenaga...


ingatlah bukan perkara sukar menjadi aktif sekiranya kita ingin bekerja kuat.dan hidup tidak akan bermakna jika kita tidak mengenal erti kehidupan.janganlah kita mengaku kita sebagai seorang guru kepada pelajar khas sekiranya kita tidak pernah berusaha memikirkan dan berbuat sesuatu untuk  masa depan mereka walau hakikatnya kita mengajar mereka seperti melepaskan batuk di tangga.
Ramai yang ingin mengajar Pendidikan Khas tetapi ramai yang tidak menghayati apa yang harus dilakukan untuk masa depan mereka... 

Rabu, 13 Januari 2010

Impian Menjadi Nyata

Akhirnya impian menjadi nyata..Puas rasa hati perjuanganku untuk mewujudkan Kadet Pertahanan Awam (JPA3) untuk murid pendidikan khas ini menjadi kenyataan..Mungkin ini Kadet JPA3 yang pertama di Sarawak untuk Pend.Khas dan mungkin juga pertama di Malaysia.Aku tak pasti pulak...yang penting impian ku untuk melihat mereka pandai berkawat,mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri murid khas ini akan membuahkan hasil....

Alhamdulillah...Usaha selama ini tercapai jua....PKBP SMK Demak Baru akan terus cemerlang..

Rabu, 6 Januari 2010

Latihan 2 (Sejarah Bab 2)-PKBP 8

Jawab soalan di bawah.

1.Penduduk zaman Air Batu dikenali juga sebagai orang
A. Zaman Besi                      C. Neolitik
B. Mesolitik                          D. Paleolitik 

2.'Tulang Mawas'dipercayai digunakan oleh penduduk awal untuk
A. membajak sawah             C. melombong 
B. dijadikan senjata              D. upacara keagamaan

3.Pelabuhan awal yang terletak di Sarawak ialah
A. Bau                                  C. Pangkalan Bujang
B. Kuala Selinsing                  D. Santubong 

4. Pada masa dahulu,penduduk di Gugusan Kepulauan Melayu boleh berpindah dengan mudah kerana
A. kawasan laut tidak berombak besar
B. mereka tahan lasak
C. mereka berpindah secara berkumpulan
D. kawasan dataran Pentas Sunda lebih luas daripada laut 

5. Orang Mesolitik juga dikenal sebagai orang
A. Hoabinh                            C. Zaman Batu Air
B. Dongson                            D. Sakai

6. Berikut ialah faktor faktor yang menggalakkan orang Paleolitik membuat petempatan di gua gua batu kapur dan di tebing sungai KECUALI
A. mudah untuk mengadakan upacara keagamaan 
B. terlindung daripada pancaran cahaya matahari dan hujan
C. dapat dijadikan kubu pertahanan daripada serangan musuh
D. mudah untuk mendapat bekalan air

Petempatan awal orang Zaman Paleolitik di Tanah Melayu.
Terletak di tepi sungai
Artifak artifak diperbuat daripada batu
Kesan petempatan ditemui di kawasan kebun kelapa sawit

7. Maklumatdi atas merujuk kepada petempatan awal di
A. Gua Kepah                      C. Lembah Bujang
B. Kota Tampan                   D. Kuala Selinsing

8. Berikut ialah ciri ciri zaman Mesolitik
I.  Masyarakatnya sudah pandai mengukir
II. Masyarakatnya menggunakan logam besi dan gangsa
III.Pentas Sunda sudah ditenggelami oleh air laut
IV.Telah wujud perhubungan dengan penduduk di hutan.

A.I,II dan III             C. I, III dan IV
B.I, II dan IV            D. II, III dan IV

9.Antara berikut, manakah kegunaan batu kawi?
I  Untuk mewarnakan tembikar
II Untuk upacara kelahiran
III Untuk upacara kematian
IV Untuk upacara perkahwinan.

A.I, II, dan III           C. I, III, dan IV
B.I, II dan IV            D.II, III, dan IV


Buat muri-muridku PKBP 8...berusahalah tanpa rasa jemu....pasti kejayaan akan kita capai...terima kasih kerana menjadi anak-anak murid cikgu yang paling baik...

Selasa, 5 Januari 2010

Belajarlah untuk berubah

Sekadar renungan.....


Cikgu-cikgu PKBP yang baik hati.....

Tahun baru 2010 masih baru bersama kita .2009 telah kita tinggalkan.Pastinya banyak suka duka antara kita yang berlaku akan menjadi memori kini...Sedih bila terpisah dengan anak murid yang telah lama bersama kita telah menamatkan alam persekolahan.Hanya doa mengiringi mereka agar mereka sentiasa bahagia di luar sana..

Hadirnya 2010 sebenarnya memberi kita peluang sebagai guru istimewa ini untuk terus memperkasakan minda kita dan tenaga agar kejayaan mendidik anak-anak istimewa kita dapat kita nikmati hasilnya...janganlah hanya melepaskan batuk di tangga semata-mata mereka tidak mampu..Buanglah perasaan yang negatif terhadap mereka.Hanya kita yang dapat membantu mereka selain ibubapa mereka.Percayalah..dalam hati mereka sentiasa mereka mendoakan kerahmatan buat kita sebagai guru mereka.Ini sebenarnya pengalaman saya semasa di SMK Pandan Jaya..menitis air mata saya apabila anak murid saya mendoakan saya agar panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.Murid itu bernama Nur Aufa..rupanya dia pandai menilai keikhalasan kita mengajar mereka.Kalau sebelum ini ,pesyarah UKM pernah memberitahu murid -murid Istimewa akan sentiasa mendoakan kita dan benarlah rupanya kata-kata pesyarah itu tadi.Perkara ini terjadi kerana murid itu tadi membandingkan saya dengan seorang guru lelaki yang sedang mengajar dia ketika itu..dan sehingga kini di Smk Demak Baru ini,saya sentiasa mendengar murid-murid mendoakan untuk saya agar saya sentiasa dimurahkan rezeki...Alhamdullilah saya sentiasa di berikan Allah rezeki yang tidak disangka.sangka...Justeru itu..saya sedarkan diri saya dan kawan-kawan guru seperjuangan yang mengajar anak-anak istimewa ini agar sentiasa berfikiran positif dan majukan diri kita sebagai seorang guru khas yang mampu mendidik dan melahirkan anak istimewa yang berjaya...

Cadangan Saya
  • Ajarlah mereka dengan seikhlas hati..amanah yang diberikan kepada kita jangan kita persiakan..InsyaAllah kita dapat mengharungi diri kita sebagai seorang guru khas yang ceria sepanjang masa.
  • Seandainya kita hanya sebagai seorang guru,ikutlah dan hormatlah penyelaras dan siapa yang lebih berkuasa kerana berjayanya sesuatu program itu apabila kita sama-sama sealiran pendapat dan apa sahaja kecuali perkara-perkara yang menyalahi peraturan.Kalau A cakap boss kita.A jugaklah kita.
  • Buatlah perancangan yang baik dan berkesan agar bakat mereka dapat kita cungkil..Anak istimewa ini kalau kita yang tidak mencungkil bakat mereka siapa lagikan...
  • Seandainya anak -anak murid cikgu berupaya untuk menghadapi peperiksaan UPSR,PMR atau SPM,bantulah mereka jangan kita rosakkan masa depan mereka dengan membiarkan mereka belajar di kelas khas tanpa diberi pendedahan yang sepatutnya.Bincanglah dengan pengetua atau guru besar untuk menempatkan mereka belajar secara inklusif dengan murid-murid biasa seperti tempatkan mereka sepenuhnya masa atau masukkan mereka ketika matapelajaran tertentu.Matapelajaran tertentu seharusnya diambil perhatian seperti Sains,Matematik atau Kemahiran Hidup.Minta persetujuan ibu bapa mereka sebelum kita tempatkan mereka ke kelas inklusif dengan membuat surat kebenaran. Di samping itu juga sedarkan guru-guru biasa agar dapat menerima budak khas kita dalam kelas mereka.Kita boleh kempen dan sedarkan mereka ini ketika kita bersembang di bilik guru,kantin dan sebagainya agar mereka tidak terkejut dengan anak istimewa kita.Berikan tempoh paling lama 3 bulan sama ada murid kita dapat menerima pengajaran di kelas biasa.Belum cuba belum tau..ya cikgu..pengalaman saya di SMK Pandan Jaya..Alhamdullillah saya tidak tersalah arah .Anak murid yang saya tempatkan di SMK Pandan Jaya telah mendapat 5A dalam PMR..kita juga yang banggakan kalau anak murid kita berjaya..
  • Sentiasalah buat perubahan dari masa ke semasa...jangan kita seperti kura-kura tapi jadilah kita seperti seekor kancil yang pantas dan bijak.Seharusnya kita sentiasa berlumba-lumba untuk bersaing antara kita sekolah mana yang lebih hebatkan.Persaingan yang macam ini amat bagus...dan yang merasa nikmat serta keberuntungnnya adalah kita sebagai seorang guru ,ibu bapa ,pengetua dan murid kita sendiri..Jangan tunggu orang lain buat baru kita buat.Sesungguhnya amat bahagia kalau apa  yang kita buat dapat diikuti oleh orang lain.Kita perintis kepada sesuatu program...sapa tak bangga.Itu dah satu nikmat yang Allah bagikan.
  • Kalau saya diberi peluang...saya akan lakukan
  1. Saya nak tubuh kadet Pertahanan Awam.saya nak tengok anak murid saya pandai kemahiran berkawad,pertolongan cermas sebab bila berlaku apa-apa kecemasan kita mampu menanganinya..
  2. Kalau saya guru MPV masakan setiap hari saya nak ajar anak murid saya masak .Saya nak panggil pakar-pakar masakan setiap minggu datang ke sekolah ajar anak murid saya..kalau kena bayar.insyaAllah saya sanggup guna duit sendiri kalau sekolah tak nak bayar...malangnya saya tidak diberikan matapelajaran ini....
  3. Kalau saya kena ajar Kemahiran Hidup saya nak buat tanaman herba.saya nak tanam apa sahaja pokok herba.Saya akan labelkan nama-nama pokok dan kegunaanya.Lepas tu wujudkan nurseri jual anak -anak pokok herba pada yang sudi.Setiap Lanskap di sekolah dihiasi dengan pokok-pokok herba ini. 
  4. Saya jugak nak bekerjasama dengan pihak pertanian agar dapat menghulurkan khidmat nasihat dan perkidmatan bagi merealisasikan impian saya.
  5. Kalau boleh saya nak buat tempat mencuci kereta untuk cikgu-cikgi dengan sedikit bayaran.Duit itu separuh diberikan kepada murid dan separuh lagi saya masuk tabung... 
  6. Untuk murid-murid PKBP yang tahap paling rendah..ajarlah kemahiran yang boleh membantu mereka untuk mengharungi kehidupan ini..Dalam BM pun saya ajar KH contohnya saya mengajar perkataan baju.Selepas ajar mereka membaca dan mengeja masa yang separuh lagi saya ajar mereka bagaimana melipat baju...itu sahaja lah cara saya untuk memberi kemahiran kepada mereka.(nanti bersambung ya ...saya nak pergi meeting)

Nota Sejarah Ting 1-Bab 2 (sambungan)

Zaman Logam

1.Zaman Logam dipercayai bermula kira-kira 2500 tahun dahulu.Logam gangsa dan besi mula digunakan dalam pembuatan besi untuk menggali ,memburu,menebang,menebas dan sebagainya.

2.Masyarakat Zaman Logam mempunyai adat dan kepercayaan tertentu

3.Kubur kepingan batu dijumpai di Sungai Lang,Selangor.

4.Kegiatan utama mereka berburu,bercucuk tanam,menangkap ikan, menternak binatang dan berdagang.

5.Alat-alat gangsa dipercayai berasal dari Dongson di Vietnam. Gendang dan loceng gangsa digunakan di Pulau jawa Bali, Sumatera dan Negara Thai.

6.Pusat membuat alat-alat gangsa di negara Thai terletak di Ban Chiang.

7.Petempatan utama orang Zaman Logam terletak di
  • Batu Buruk di Terengganu
  • Sungai Lang dan Sungai Langat di Selangor
  • Sungai Tembeling di Pahang
  • Sungai Muar di Johor
  • Sungai Terengganu di Terengganu.
Pelabuhan Awal di Malaysia

1.Pelabuhan-pelabuhan yang terawal di Malaysia terletak di Kuala Selinsing di Perak,Sungain Emas dan Pangkalan Bujang di Kedah,Jenderam Hilir di selangor dan Santubong di Sarawak.

2.Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang -pedagang kerana lokasinya di pertengahan jalan perdagangan antara India dan China.
3. Semenanjung Malaysia mempunyai hasil bumi seperti damar,rotan,bijih timah dan emas.

4.Mata wang dalam bentuk kulit siput cowrie digunakan untuk urusan perdagangan.

5.Pedagang India menamakan Semenanjung Malaysia sebagai Suvarnabumi atau Bumi Emas kerana terdapat banyak emas.

6.Ahli geografi Yunani,Ptolemy menamakan Semenanjung Malaysia sebagai Golden cheronese yang bermaksud Semenanjung Emas.

Untuk PKBP 8(najmi,nazmi rizduan,farah,wanie,sinthia,maxwell,qamarul,arina)belajarlah jangan putus asa...kalian mampu berjaya kalau rajin k...

Nota sejarah Ting 1-Bab 2 (PKBP 8)

Gugusan Kepulauan Melayu Zaman Pra-Sejarah

1.Gugusan Kepulauan Melayu merujuk kepada kawasan-kawasan Semenanjung Malaysia ,Borneo,Sumatera,Pulau Jawa dan pulau-pulau yang berhampiran.

2.Gugusan Kepulauan Melayu Zaman Pra-sejarah melalui empat tahap perubahan iaitu
  • Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
  • Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah)
  • Zaman Neolitik (Zaman Batu)
  • Zaman Logam (Zaman Gangsa -Besi)
Zaman Paleolitik
1. Penduduk terawal di Malaysia dipercayai terdiri daripada orang Paleolitik  atau Zaman Batu Awal.
2.Mereka menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada batu untuk memburu binatang,mengetuk,melicin,menumbuk dan mempertahankan diri.

3.Gua Batu kapur dan tebing sungai menjadi tempat tinggal mereka
4.Mereka mengamalkan cara hidup sara diri.
5.Petempatan orang Paleolitik di Malaysia terdapat di
  • Kota Tampan, Perak
  • Gua Niah, Sarawak
  • Tingayu, Sabah
Zaman Mesolitik

1.Zaman Mesolitik atau Zaman Batu Tengah dipercayai bermula sejak 11 000 tahun dahulu.

2.Air laut yang membanjiri daratan di Pentas Sunda seperti Selat Melaka,Selat Sunda, Laut Jawa,dan lautan lain mula mempengaruhi cara hidup masyarakat di Gugusan Kepulauan Melayu.
3.Mereka tinggal di gua batu kapur dan tebing sungai .Mereka memburu binatang,memungut hasil  hutan ,menangkap ikan,dan bercucuk tanam.

4.Mereka mula membuat tembikar daripada tanah liat .Tembikar ini digunakan daripada tanah liat.Tembikar ini digunakan untuk memasak.

5.Mereka mula berhubung dan bertukar barangan dengan penduduk di kawasan lain.Ini terbukti dengan penemuan kulit siput di gua.

6.Petempatan utama orang Mesolitik terletak di
  • Gua Cah di Kelantan
  • Gua Kecil di Pahang
  • Gua Niah di Sarawak
  • Gua Gomantong di Sabah
  • Gua Kepah di Kedah
  • Jenderam Hilir di Selangor.
Zaman Neolitik

1.Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru bermula sejak 5000 tahun dahulu.

2.Kehidupan mereka lebih teratur dengan penggunaan batu yang lebih halus buatannya dan cantik berbanding dengan zaman Mesolitik.

3.Mereka telah mencipta kapak,beliung dan pisau untuk bercucuk tanam, menggali,mengupas ,memotong dan berburu.

4.Orang Neolitik menetap berdekatan dengan sungai .Mereka pandai membuat perahu.

5.Mereka menggunakan pewarnabatu kawi untuk menghias diri dan mengecat tembikar.

6.Orang Neolitik memulakan perdagangan di Kepulauan Melayu dengan memperdagangkan hasil-hasil laut,hasil-hasil hutan,manik dan tembikar.

7. Petempatan utama orangNeolitik terletak di
  • Gua Cha di Kelantan
  • Gua Kecil di Pahang
  • Gua Kepah di Kedah
  • Gua Gomantong dan Gua Madai di Sabah
  • Gua Tengkorak dan Gua Madai di Sabah
  • Jenderam Hilir di Selangor.
Sambungan nanti ya...

kepada murid-murid kelas pkbp 8 ni baca dulu ya ..nanti minggu depan cikgu nak ajar..cikgu sayang kamu semua.