Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Sabtu, 8 November 2014

Resepi Mee dan Bee Hoo Sup udang Yang Simple

Lepas makam mee goreng kita makan mee dan bee hoon sup udang pulok...lupakan nasi dulu
BAHAN-BAHANNYA 
6 ekor udang sederhana besar
kicap cair 
sos tiram
sedikit cuka
1 kiub pati ayam "MAGGI"
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang
1 liter air
1 bungkus sawi
1 cawan taugeh
1 biji tomato belah 8
beberapa potong ayam
1 pokok daun bawang potong kasar
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
1/4 camca teh minyak bijan
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN LAIN 
500 g mee kuning, dan bee hoon cuci dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cili jeruk atau sambal kicap
CARA MEMBUATNYA 
Udang dibersihkan, kerat hujung kepalanya, lumur dengan garam dan jus lemon, perap sekajap, cuci kembali dan toskan.
Dalam periuk, panaskan minyak masak + minyak bijan, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan hingga kekuningan. Tuang air dan masukkan kiub ayam maggi, biar mendidih.
Tambah udang, sawi ,taugeh dan lada hitam, kacau dan biar masak perlahan. Masukkan daun bawang, dan juga tomato. Tambah garam ,sedikit gula dan cuka secukup rasa, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Mee kuning dialih kedalam bekas yang sesuai. Tuang kuah tadi atas mee, hias dengan taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!