Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 8 November 2014

Resepi Jeruk





Jeruk Mangga Rangup dan Sedap

Bahan-Bahan

3-4 sudu besar garam kasar
air secukupnya
1-2 cawan gula pasir
1 sudu besar kapur makan
8-10 biji mangga muda

Cara Buat

1. Kupas kulit mangga dan belah 4 @ 6 dan cuci bersih.

2. Rendamkan mangga tadi ke dalam bekas berisi air dan kapur masakan selama 15 minit. Kemudian toskan dan cuci.

3. Masukkan mangga tadi ke dalam bekas tambahkan air sehingga menutupi semua mangga dan tambahkan garam. Tutup bekas dan peram selama 2 hari.

4. Masak air gula di dalam periuk. Setelah 2 hari di peram toskan mangga tadi dan masukkan ke dalam bekas yang bersih. Masukkan air gula yang telah sejuk, tutup bekas dan biar selama 3-4 jam baru masuk ke dalam peti sejuk. Setelah 3 hari keluarkan dari peti sejuk dan boleh makan. Sedap, rangup. Boleh simpan selama 1-2 minggu di dalam peti sejuk tapi buang air gula tadi untuk mengelakkan mangga lembik.


Jeruk Betik Pedas

BAHAN2
2 biji betik mengkal (anggaran 1½ kg ) ~ pastikan masih keras isinya

1 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau taknak manis sangat)

1 cawan cuka (boleh lebihkan ikut selera sendiri)

1 cawan air MASAK

2 sudu kecil garam

12 biji asam boi warna merah

4 ~ 5 biji cili padi ~ belah 2

CARA2
1. Kupas betik, buang bijinya & dicuci bersih.

2. Potong betik saiz kesukaan anda. Anggaran 1 inci lebar setiap keping dan dihiris berlapis2 tetapi jangan putus!! (Hiris ala2 mcm jeruk betik terjual kat kedai tu ler )

3. Cuci lagi dan toskan betik tadi.

4. Masukkan isi betik dalam bekas yg sesuai utk menjeruk.

5. Campurkan gula, garam, cili padi, asam boi dan gaul rata.

6. Tuangkan cuka & air masak agak2 separas/setinggi setengah isi betik dlm bekas tadi. Tak perlu tenggelam betiknya kerana betik akan mengeluarkan airnya sendiri selepas sehari dijeruk.

7. Kacau2 sedikit dan tutup bekas dan bolehlah disimpan selama 2 malam sebelum boleh dimakan.

8. Untuk jeruk lebih bertahan lama.. boleh disimpan dlm peti ais selepas dijeruk 2 malam


Jeruk Kedondong Mudah .

Cara-cara

1. Kupas, basuh dan tuskan buah kedondong - 
2. Rendam dalam air garam semalaman. 
3. Bilas buah kedondong dan tuskan.
4. Masak air - masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus.
5. Kemudian sekali masukkan cili padi (Jika mahu).
6. Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum langkah ke 2 supaya bila kita dah siap toskan buah maka air gula dah cukup sejuk
7. Simpan dalam peti sejuk - seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati. 


tq kepada https://www.facebook.com/koleksijerukmanggaasamboi?hc_location=timeline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!