Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 4 April 2012

Meraih perhatian Pengetua??Ada Caranya


Those who try to do something...

Kali ini jemari terasa ingin menulis bagaimana nak menarik perhatian pengetua pada kita..
Biarlah orang kata kita " kaki kipas" ke atau " Pembodek" ke yang penting
cara yang kita lakukan itu profesional.
Nak tau tak..
Jom nak bagitau..bolehlah praktiks kat sekolah nanti ya
1)Kerjakan tugas dengan maksimum
Buatlah betul-betul terbaik waktu kat sekolah.Ikut waktu dan buat ikut apa yang pengetua nak.Jangan tunjuk kita cikgu yang tidak mampu buat kerja .
2)Sesuaikan diri Cikgu dengan kepentingan pengetua.
Contohnya jika pengetua panggil untuk berjumpa,segerakanlah berjumpa .Tunjuk kita mengutamakan dia sebagai majikan kita.
3)Menjaga Penampilan
Ingat ya cikgu,penampilan sangat penting bukan sahaja pada Pengetua juga amat penting untuk kita berjumpa dengan anak-anak murid kita..
Benda ni paling senang nak buat.
4)Selalu Bersikap tenang
Sebagai cikgu kita selalu berdepan dengan pelbagai situasi,Karenah murid-murid,ibu bapa,rakan-rakan dan perkerjaan kita sebagai guru itu sendiri.Biasakan bersikap tenang dalam menangani apa sahaja permasalahan.Juga tunjukan kepercayaan diri kita.
5) Siapkan perancangan untuk segala situasi
Selalunya pengetua suka pada guru-guru yang suka memberikan idea atau alternatif penyelesaian.Ini membuktikan Cikgu sentiasa bertanggungjawab terhadap sekolah tersebut.

6)Cepat dalam berkerja.
Ini paling disukai oleh pengetua.Jadi kalau dah dapat kerja tu bertindaklah pantas..Jangan biarkan pengetua tunggu kerja kita dan memberikan masalah untuk orang lain.Biasanya pengetua memerhati kita dalam diam tanpa kita sedari.

7)Perluaskan Ilmu Pengetahuan Am..

Sebagai guru memang kita dituntut mencari ilmu pengetahuan dalam segala aspek.Yang penting jangan malu untuk bertanya.

8)Ringan Tangan menerima tugas tambahan

Ini memang payah sikit nak buat,Tapi yakinlah jika kita mulakan dengan keikhlasan apa pun yang kita buat pasti membahagiakan kita.Jangan cepat menolah atau membantah sekiranya tugas yang diberikan itu luar bidang kita.
Kita tidak tahu sebenarnya,pengetua sedang menguji kesediaan  cikgu menerima tanggungjawab yang baru.

9)Berbincang dengan Pengetua

Bila hadapi masalah yang berkaitan dengan kerja ,dengan pengetua sendiri sekalipun ,fikir dahulu kesan dan tindakannya.Pengetua lebih menghargai cikgu daripada kita meluahkan dibelakang.

10)Cerialah dan hindari wajah murung

Sebagai seorang cikgu,pasti nya kita dituntut untuk menunjukkan wajah yang ceria.Supaya kita disukaibukan sahaja pengetua kita,rakan setugas kita dan juga anak murid kita.Patutnya kita tunjukkan karektor tambahan kita yang periang.Kalau pandai lawak jenaka tu lagilah orang suka.

11)Kuasailah Seni Berbicara dengan baik
Kita manusia sama sahaja..kita suka orang puji kita dan kitapun selalu-selalulah memuji rakan-rakan atau sesiapa sahaja termasuk anak murid kita.
Untuk menjadi cikgu yang disukai cubalah menguasai seni berbicara.

12)Tidak terlalu berkira

Jangan terlalu berkira seandainya kita terpaksa mengeluarkan sedikit dari duit poket kita untuk murid-murid atau sekolah sendiri.InsyaAllah kita dapat balik balasan yang Allah berikan.

-Anak Pantai-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!