Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 4 April 2012

Kenal Guru Tengok Baju??...Biar Betul

 
 
Kata orang kalau nak kenal guru itu ,tengoklah bagaimana jenis dan bentuk pakaiannnya..
Betul ke...
 
Kalau nak kenal guru Sejarah..bajunya mesti corak tradisional kerana dia selalu mengkaji fakta-fakta lama.
 
Kalau nak kenal guru Matematik bajunya berkotak dan bersegi-segi
kerana hidupnya sentiasa mengira dan membahagi 

Kalau nak kenal guru sains bajunya pulak bercorak pelbagai variasi
kerana hari-hari asyik buat ujikaji
 
Kalau nak kenal guru Pendidikan seni bajunya mesti berwarna warni 
kerana dia pandai mengadun warna nampak berseri dan cantik sekali
 
 
Kalau nak kenal guru Bahasa bajunya bercorak halus dan berbunga-bunga kerana dia pandai bermain kata mencipta ayat sungguh puitis.

Kalau nak kenal guru agama lagi mudah sekali
Warnanya lembut hijau menjadi kesukaan hati

(Apa yang saya tulis kat atas adalah rekaan saya semata-mata..Tiada kena mengena pun dengan yang hidup atau yang mati..Saja suka-suka..Kalau tak betul tu jangan marah.Hanya gurauan semata)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!