Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 13 Jun 2011

Wahai pelajar ponteng kau suka, bagi cuti kau tak nak..Kenapa ekk

My Life My Rules...
Hari ini kerja dah bermula balik.Saya pasti siapa yang menjadi pendidik seperti saya ,akan terasa kurangnya semangat untuk menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Pagi-pagi lagi kerja dah mula..Terpaksa mencari pelajar-pelajar aliran perdana yang terpaksa digantung persekolahan..Yang lucunya masing-masing merayu supaya jangan digantung..
Saya: awak tahu tak kesalahan awak
Pelajar A: Tak Tau cikgu.
Saya: Hari tu kan awak dah dapat surat pertuduhan tak
pelajar: dapat cikgu..
Saya: habis tu kenapa cakap tak tahu
Pelajar B..Habislah saya cikgu ,mak ayah saya..kena palu saya nanti cikgu..
(merungut pelajar yang lain..saya dahlah lama tak datang sekolah datang hari ni terus kena gantung)
Saya: sebab awak tak datang lamalah awak kena gantung..patutnya awak suka lah saya bagi holiday lama untuk awak..harap awak datang dengan semangat yang baru.
Pelajar C:Cikgu saya ada merit kenapa tak dimasukkan patutnya saya belum digantung..salah cikgu A tu tak masukkan untuk saya.
Saya: ok sekarang saya bagi masa kat awak senaraikan merit yang awak buat dan minta Cikgu A sahkan
Tau tak senarai yang diberikan pada saya
-Wakil sekolah untuk acara bola sepak (kira oklah dapat 10 mata merit)
-tolong cikgu bawa buku ke kelas (4 kali) (2x4=8 mata merit)amboi...banyak cantik muka tolong bawa buku 4kali pun dikira..masa buat salah beribu-ribu lemon terpaksa saya padamkan separuh salah diorang..Sebabnya saya cikgu yang ada hati dan perasaan.Mudah kesian kat dia orang walaupun saya tahu dia salah.
Kerana saya yang baik ini ,pelajar C saya gugurkan pergantungan dan saya bagikan amaran terakhir.Andai namanya masih lagi saya jumpa..Siaplah
Yang syok pulak tu ada pulak pelajar perempuan yang mengantungkan diri sebelum terima arahan dari saya..Bagi surat pertuduhan dia pulak terus tak datang..Bila hari ni bagi dengan selamba saya dah tak datang sekolah seminggu dah cikgu.Hari ni baru saya datang.Rujuk dengan cikgu tingkatan..memang benar dia dah ambil tindakan sendiri .Atas dasar simpati saya terpaksa merelakan cuti tanpa izin dan cuti dengan izin seminggu lagi..
Aduhlah ..saya dah cukup tension dengan mengadap pelajar yang tegar ni..Jiwa saya bukan jiwa yang keras dengan ujian.Saya mudah tertewas dengan linangan airmata pelajar..Saya tak pandai garang dengan mereka.Kenapalah saya diberikan tugas macam ni...
Inilah dunia guru bukan sahaja mengajar terpaksa juga mengambil alih melayan karenah anak-anak murid yang penuh kurang adab nilai nya..
SEMOGA SAYA TERUS TABAH..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!