Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 30 Mei 2010

Jangan Tunggu Esok




 -Senyumlah untuk hari ini kerana belum pasti hari esok kita mampu tersenyum.kerana mungkin esok buat hati kita terluka..-

-Luahkanlah apa yang dirasa untuk hari ini...mungkin esok dirimu tak sempat untuk meluahkannya apabila dia telah tiada..-
-Andai ada terguris hati..jangan biarkan ia bermukim di hati...kongsilah dengan sesiapa yang memahami dan mengerti perasaanmu..

-Bahagiakan hidup insan yang kita sayangi...jangan sampai dia meluahkan perasaan terkilan dengan sikap kita yang tidak mengambil berat kehidupannya
-Anak Pantai-



                                                           

Semoga Hari ini Hari Yang Indah..

31.gif
Salam ......
Semoga perjalanan kehidupan kita pada hari ini penuh dengan kebahagian...Tempuhi dengan penuh keceriaan dan hadapi dugaan dengan menggunakan akal fikiran yang waras...
- ita -

Netty,Nazeer,Fuad & Aizat (Kau Tetap Cikgu Ingati)

 Buat bekas anak-anak muridku....
Maafkan cikgu andai didikan cikgu tidak sempurna untukmu
Maafkan jua cikgu andai gurauan cikgu menguris hati..
Semoga kalian tahu dan mengenali cikgu....
Seorang insan yang penuh dengan gurau senda..


Catatan kali ini buat empat orang insan yang pernah cikgu kenali,pernah cikgu didik di SMK Demak Baru.Insan yang bernama Fuad,Nazeer,Nety dan Awang Aizat.Sesungguhnya amat terasa tanpa ketiadaan lagi kalian di PKBP..
1.gifHanya ungkapan itu sahaja yang mampu cikgu ucapkan pada kalian...Terima kasih atas segalanya...
-Cikgu Ita-

Jumaat, 28 Mei 2010

Kerana Rindu Ini.

Kemanapun kaki ini melangkah "kerana rindu ini" ku akan kembali ke tempat asalku..Kg halaman yang meninggalkan seribu nostagia..

musim-musim berlalu...
kumasih menantimu
walau lama terpisah tiada khabar berita
kau tetap jua dihati ini bertahta...
Ku ingin melupakan...
pahitnya pengalaman...
tetapi hati ini amat sejuk sekali..
wajahmu jua yang datang menghampiri...
semenjak terjadi perselisihan...
engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan...
kerana bimbang diri hilangmu tak kucari..
sekali aku merinduimu tiap hari..
bila pemergianku tak kau peduli
sangkaku kau senangi..
perpisahan ini...
kerana harga diri
kutak bertanya lagi..sekalipun kau tetap kusayangi...
kerana rindu ini..sombongku letak ketepi...
mengatasi segala..biarlah cinta kita terpelihara dengan restu yang Esa....


Aku Yang Kau Panggil Sayang

Lagu ini mengingatkan aku pada seorang teman...kita sama-sama menyanyikan lagu ini..kita ketawa bersama...tak tahu kenapa kita suka lagu ini....Kini hanya tinggal memori...

Kg Halaman Mengamit Kupulang...

Salam....cuti persekolahan dahpun bermula di Malaysia Timur..Ini bermakna tinggal beberapa hari lagi aku akan menjejakkan kakiku di kg halaman yang aku tinggalkan....Tak sabar rasanya untuk menatap wajah-wajah kesayangan yang lama tidak bersua...Apa khabar jua orang kampung lama sudah tidak berjumpa...moga-moga semuanya di dalam sihat sejahtera..Anak-anak pun sama ,semuanya dah tak sabar untuk berjumpa dengan nenek-nenek mereka serta mak dan bapak saudara dan sepupu...Hakikatnya,aku lebih tak sabar berbanding anak-anakku...
           Aku tak sabar untuk melihat pondok buruk yang membesarkan aku.Walau kini aku tidak tinggal di situ lagi,tapi pondok yang banyak memberikan jasa kepadaku tetap kusimpan kemas dalam ingatan memoriku ...Kerana pondok buruk itulah mengajar aku erti sebuah ketabahan dalam melewati arus kehidupan..
          Aku tak sabar nak dengar suara ayah aku...pelikkan..sedang hp boleh kuhubungi sepanjang masa...masalahnaya itu tak berlaku padaku...Ayah...andai kau  tahu dalam hati kecil anakmu ini....dendam yang dulu kubuat telah lama aku kuburkan..Aku tahu kau sunyi dalam keriuhan..Pastinya jua catatan ku ini tak mungkin kau baca...sekadar menenangkan rasa hati ..
          Aku tak sabar nak berjalan di tepian pantai,bermain digigian ombak dan menulis kata-kata di atas pepasir yang memutih.sambil sesekali mata memerhati nun jauh di sana Pulau Redang,Pulau Bidong ,dan pulau-pulau lain yang memukau pandangan mata..sesekali jua mata memerhati perahu-perahu nelayan yang datang dan pergi mencari sesuap nasi...Aku jua ingin berbicara isi hatiku dengan ombak dan pantai yang dulu menjadi teman setiaku melepaskan apa yang tersirat di hati...Tunggu ya..kepulangan aku walau ku tahu pantai sentiasa berubah ....
        Aku tak sabar untuk bersua dengan seorang insan yang lama tidak berjumpa...moga kali ini adalah perjumpaan untukku dan dia..Teman yang sentiasa ada di saat  susah dan senangku....
        Aku tak sabar memeluk anak buahku yang baru..Aqil...selama ni hanya gambar yang menjadi bahan tatapan..Rindu jua pada anak-anak buah yang lain..satu keburukan berjauhan dengan anak-anak buah.apa yang aku perasan kemesraan mereka dengan diriku semakin kurang..Bermacam persoalan bermain diminda...kenapa mereka menjarakkan diri dariku..adakah malu,segan kerana hanya beberapa hari je dalam setahun berjumpa dengan Cekdanya ni...
        Aku tak sabar sangat2 nak berjumpa dengan  semua insan-insan sedarah dagingku...kerana aku tahu bila bersua,riuh rendah jadinya..langitpun boleh runtuh diibaratkan kerana keriuhan kami adik beradik..Kita semua berjaya membina hidup kita sendiri..kita sama-sama merasa kesusahan tapi kita lewati dengan ketabahan..menjadikan kita sekeluarga kini bahagia walau tidak kunafikan adakalanya ujian melanda..Buat insan Kak Long,Kak Aya,Mizie,Kak Jan,Rozi,La,Jo,Ja dan Ida..harta yang mak dan ayah kita hanyalah ikatan adik beradik  agar pertaliannya kita jaga seeratnya dan supaya tali itu tidak akan putus walau dikerat dengan belati yang tajam...

Selasa, 25 Mei 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan


Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti

"You Mean a Lot To me"

Kita seringkali berkata "awak terlalu bererti untuk saya",bila.....
  • Dia hilang kita akan cari dia...tapi masa dia ada depan mata kita tidak hargai pengorbanannya selama ini...
  • Bila diri dihimpit kesusahan kita baru mula terkenangkan dirinya,kerana hanya dia yang selalu hadir membantu kita ,tapi masalahnya  bila di waktu kebahagiaan kita lupakan segala kebaikannya..
  • Dia sentiasa ada di sisi kita tidak kira apa jua situasi .....
  • ..Dia sentiasa bersedia mendengar luahan hati kita walau kadangkala luahan itu tidak menghiburkan hatinya.
  • Dia sentiasa bimbang akan diri kita walau disaat itu ,sebenarnya dia sendiri berada dalam kesedihan..
  • Kerana dirimu sahabat dan teman yang paling istimewa...

Isnin, 24 Mei 2010

Nasyid - Doa Perpisahan

Semoga Allah tabahkan hati di atas perpisahan ini..Teruskan perjuanganmu teman walau di mana sahaja berada..Kenangku di dalam doamu...Semoga tuhan berkatimu....

Perpisahan Tanpa Kerelaan

Pertemuan itu adalah suatu yang membahagiakan,namun seringkali pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan....Berat untuk menerima kenyataan kalau perpisahan itu berlaku tapi kehidupan umpama roda ketika di atas ,itulah masa yang amat bahagia,tapi ketika roda itu di bawah,kita akan rasa sengsara yang tak terhingga...
Hakikat yang harus ditempuhi...dalam perjalanan hidup kita pertemuan dan perpisahan akan silih berganti..

Terima Kasih Kepada pengunjung blog

Teman...terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog Memori Seorang Guru ini...
Segalanya adalah cerita berkaitan apa yang berlaku pada saya....Apa yang baik jadikan panduan dan yang tidak elok usah diikutkan...Tq..

Ahad, 23 Mei 2010

Hangatnya Cinta

Dengar lagu ini teringat zaman alam remaja dulu...lagu ini sentiasa meniti dibibirku tiapkali aku buat kerja ...tapi pastilah kerana lirik lagu dia yg penuh bererti...zaman remaja yg kelakar bila dikenang,,,seorang gadis yg sentiasa memakai baju t dengan kain batik...tapi masa tu adalah yg paling cantik doh rasa...rindunya nak kembali zaman remaja dulu...

Isnin, 17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru SMK Demak Baru

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya..Penat tapi aku puas segala perancangan berjalan dengan lancar..Ni tahun ke -3 aku terlibat sepenuhnya merancang bersama dengan Cikgu Najmiah..Terlalu banyak halangan dan dugaan demi memastikan kegembiraan untuk rakan-rakan guru..
Masa ni duk dengar Cikgu Jamal baca perutusan daripada pengarah pelajaran..sempat lagi berposing dengan norazi,kristie ,Izzudin dan Maxwell,anak-anak murid cikgu yang tersayang....
Nie antara cup kek yang aku suruh Cikgu dayang buat..Sedap................sangat..kek ni tau...Tq Kak atas kerjasama..
                                               Antara kek sempena hari guru
Berposing jap dengan salah seorang pelajar yang akan mempersembahkan tarian ibannya..P
Persembahan nyayian daripada semua guru SMK Demak Baru dan jugak bacaan ikrar..Yang pasti riuh rendah kerana sorakan dan sokongan daripada murid-murid..Sayang..you all..
Seronok sangat aku dengan Cikgu Dayang,dapat pujian daripada pengetua kerana membuat pentas yang cantik..
Kad-kad ucapan hari guru yang aku terima..
Bersama Sinthia dan Ariana...anak murid yang amat baik...
Tq Azani...kerana pemberian telekung dan sejadah untuk cikgu..
Antara hadiah yang diberikan oleh anak-anak murid..
Terima kasih pada semua anak-anak murid cikgu yang sentiasa mendoakan cikgu..

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Hari ini merupakan kali ke-14 aku menyambut hari guru..Sesungguhnya begitu cepat putaran masa berlalu..Kalau dulu ,aku yang meraikan guru-guru tetapi kini aku pulak yang diraikan.Walaupun telah bergelar guru,sememangnya aku tidak sesekali lupa jasa guru-guru yang pernah mengajarku di SK Batu Rakit,SMK Kompleks,Mengabang Telipot,SMK Ibrahim Fikri dan juga bekas-bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi..Terima kasih Cikgu...kerana Cikgu semua umpama lilin bagi diri ini,memberi nafas baru di dalam dunia seorang aku .
Sesungguhnya banyak suka duka dalam hari-hari seorang guru...Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru,walau di mana sahaja berada..

Jumaat, 14 Mei 2010

Selamat Datang Mak dan Joe..ke Bumi Kenyalang

Hari ini...memang aku tak sabar nak tunggu mak dan joe datang..Tidur malam tadi dah tak lena.Pukul 1..00 pagi dah jaga,mata dah segar..Rasa pepagi lagi aku nak tunggu mak kat lapangan terbang..tapi kerja tetap kerja..Dah janji dengan murid PKBP 2 nak semai biji sayur hari nie...Semoga hari ini biarlah cepat masa berlalu...

Apakah Rindu Masih Di Hatimu

Peristiwa semalam diingatan tidak mudah kulupakan,...sebak rasa ...biar kuterima apa yang dirasa...suka dan duka...terlalu pedihnya jiwa yang tersiksa ...Pada janji yang telah kuberi...semoga kau mengerti....

Jika Kau Rasa Getarnya

Nilai kasihku padamu cukup berharga....Hanya itu yang mampu kuluahkan...

Sesekali


Sesekali bila aku fikirkan...
  • Aku sentiasa mengingati seseorang....tapi mungkinkah orang yang aku ingati itu akan jua mengingati aku.
  • Kita mahu orang sentiasa menjaga hati kita,tapi pernah ke aku menjaga hati mereka..
  • Bila kebaikanku seringkali disalah ertikan...mengapa mereka tidak memadang dari sudut mata hati...
  • Aku frust dengan sikap sesetengah orang yang bekerja tapi tidak menjiwai kerja yang diamanahkan..ambil kesempatan daripada kelemahan orang lain...
  • Dapatkah aku berjumpa lagi dengan orang-orang yang aku sayangi...bila jarak kini memisahkan aku dengan mereka..
.................................yang pasti hanya tinggal tanda tanya...........ITA.

Sabtu, 8 Mei 2010

Mak...Selamat Hari IBu...

Buat ibu tercinta yang berada di Batu Rakit ,Terengganu.......Selamat Hari ibu..Sesungguhnya jasa ibu tak mungkin bisa ku balas walau apa jua yang telah kulakukan..Mak..terima kasih kerana bertarung nyawa melahirkan diri ini...Pengorbananmu membesarkan diriku demi juga melihat diri ini berjaya sentiasa segar di hati..Tak mungkin kulupa...Walau dalam keadaan derita kau tetap sabar menempuhinya demi melihat anak-anakmu tidak derita seperti mu...Dari kejauhan ini,anakmu ini mendoakan dirimu sentiasa di bawah kerahmatanNya..
Buat ibu mertua,Ma....selamat hari ibu buat ma..semoga ma sentiasa di panjangkan umur,sihat dan sentiasa di rahmati Allah..Ma..terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu ma .Terima Kasih Ma...kerana memberikan seorang anak sebagai suami buat saya ,kerana anak ma telah berjaya menjadi ketua dan suami yang amat penyayang..TQ..SELAMAT HARI IBU...BUAT MAK DAN MA..

Selasa, 4 Mei 2010

Terima Kasih Teman

Teman....terima kasih kerana sentiasa ada tika suka dan duka..Lag ni buat semua yang terlalu baik pada diri ini..Sentiasa menjadi penyokong tika dalam kesusahan dan menjadi penambah seri tika dalam kebahagiaan..Khusus jugak lagu ini buat insan tersayang...teringat masa kita di universiti dulu...terlalu banyak pengorbanan yang kau lakukan demi melihat diri ini bahagia..Kamsis Ungku Omar rupanya menemukan aku pada seorang insan yg begitu menyayangi diri ini..

Dalam Kenangan

Teringat masa nie terlalu nakal aku masa tu..main macam budak laki.mandi ombak,panjat pokok,mandi ngabang ,main bola getah dan macam2lah lagi.Sampai kena kejar dianjingpun ada..Tapi kini tiada lagi suara-kawan2 sepermainan dulu..Rindu sangat bila imbas balik saat nakal2 dulu..Kini diri ini terlalu jauh dgn kg halaman..

Penyesalan

Best dengar lagu ni.teringat di alam persekolahan...teringat kawan-kawan sepermainan..Masa ni terlalu banyak kisah duka.....banyak cerita nya.

Isnin, 3 Mei 2010

Lagi Gaya Aimy

Aimy ...sesungguhnya semakin pandai bergaya..Apabila lensa kamera dihalakan padanya mulalah dia buat gaya yang terkadang melucukan..Sesungguhnya dirimu penyeri mak,ayah,kakak,dan abang sayang..
Masa nie waktu petang sementara menunggu abg Alif keluar kelas tahfiznya sempat Aimy gurau senda dengan Kakak Fatin ...
Ni gambar semalam dalam perjalanan ke Spring..Jumpe je kaca mata pasti dia nak suruh aku pakaikan padanya...Terkadang lucu dengan sikapnya yang macam-macam...Paling kesian kakak Alya selalu kena dera suruh dukung...Sabarlah kakak ya..

Tanggisan Aimy

Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu PKBP 4


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
SMK DEMAK BARU
TINGKATAN: PKBP




Hari                      :   Selasa
Kelas                    :   PKBP 4
Tarikh                   :   4 Mei  2010
Masa                    :   10.50-12.10
                               
Bilangan Pelajar  :   10  orang            
Mata pelajaran   :   Bahasa Melayu
Tajuk                    :   Cuaca
Sub tajuk               :   Membaca rangkai kata,ayat dan perenggan.
                               
                         
                              Hasil Pembelajaran         : Pada akhir pelajaran, murid dapat;
                                          Menceritakan semula sesuatu peristiwa dengan menggunakan
                                          Perkataan sendiri   

Aktiviti                           :      *Membaca rangkai kata ,ayat dan perenggan.
                                               Menulis perkataan mudah.

                                 *     Menceritakan semula sesuatu peristiwa dengan                                                                      menggunakan perkataan sendiri.
                                             *    Membuat latihan.  (tuliskan suku kata yang sesuai)     

                              Kemahiran Berfikir (KB) : Memerhatikan, mengenal pasti
                              Penerapan Nilai            : Prihatin

                              Bahan Bantu Mengajar (BBM)   : Buku rujukan, carta, lembaran kerja


Refleksi            :


                          

Bila Kejujuran dan Keikhlasan kita dipersendakan



Dulu antara lagu yang aku suka dengar...Zaman remajaku membesar dengan lagu nie.

Retak kasih sayang ku
punah kepercayaan ku padamu...
Rasanya tak mungkin ku menerima mu dengan yakin...
Bila aku ingati..
Keikhlasan diri dikianati...
Menitis air mata..
terasa sebak dada..
kesalnya hati tidak terkira....

Kau meminta ku lupakan kesilapan lalu
Kau memohon kemaafan ingin kembali kepadaku..
Aku pasti akan memaafkanmu...
Tetapi parut hati tidak mungkin terkikis olehku...

Peritnya pengalaman
Hingga tidak daya kulupakan
Sejak dari itu
Kusentiasa meraguimu...

Ahad, 2 Mei 2010

Spring - pesanan buat kekasih

suka dengar lagu ini..teringat masa kat SMK Pandan Jaya dulu...Kat kelas PKBP pernah nyanyi sama-sama ketika majlis perpisahan...yang pastinya lirik dia amat syahdu...