Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali Dengan rasa percaya pada keupayaan diri Tiada yang mustahil dihadapi Demikian kebalnya ikatan kita Demikian eratnya jalinan rasa Keyakinan diiringi doa Begitu percintaan kita Sebati dengan cita-cita Merancang kehidupan hari muka Aku gembira menyaksikan Kau beroleh kejayaan Dulu di kaki tangga Kini di menara Jangan kau lupa masa silammu Dan mereka yang membantu Moga tak kau abaikan Amanah dan kewajipan
(dalam mengejar cita-cita akhirnya kutemui cinta disini....Rupanya cita-cita dan cinta dapat kukecapi seiringan..Syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana menemukan aku pada dia yang begitu memehami dan menyayangi diri ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!