
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 5 Mei 2010
Adam

Selasa, 4 Mei 2010
Terima Kasih Teman
Teman....terima kasih kerana sentiasa ada tika suka dan duka..Lag ni buat semua yang terlalu baik pada diri ini..Sentiasa menjadi penyokong tika dalam kesusahan dan menjadi penambah seri tika dalam kebahagiaan..Khusus jugak lagu ini buat insan tersayang...teringat masa kita di universiti dulu...terlalu banyak pengorbanan yang kau lakukan demi melihat diri ini bahagia..Kamsis Ungku Omar rupanya menemukan aku pada seorang insan yg begitu menyayangi diri ini..
Dalam Kenangan
Teringat masa nie terlalu nakal aku masa tu..main macam budak laki.mandi ombak,panjat pokok,mandi ngabang ,main bola getah dan macam2lah lagi.Sampai kena kejar dianjingpun ada..Tapi kini tiada lagi suara-kawan2 sepermainan dulu..Rindu sangat bila imbas balik saat nakal2 dulu..Kini diri ini terlalu jauh dgn kg halaman..
Penyesalan
Best dengar lagu ni.teringat di alam persekolahan...teringat kawan-kawan sepermainan..Masa ni terlalu banyak kisah duka.....banyak cerita nya.
Isnin, 3 Mei 2010
Lagi Gaya Aimy
Aimy ...sesungguhnya semakin pandai bergaya..Apabila lensa kamera dihalakan padanya mulalah dia buat gaya yang terkadang melucukan..Sesungguhnya dirimu penyeri mak,ayah,kakak,dan abang sayang..
Masa nie waktu petang sementara menunggu abg Alif keluar kelas tahfiznya sempat Aimy gurau senda dengan Kakak Fatin ...
Ni gambar semalam dalam perjalanan ke Spring..Jumpe je kaca mata pasti dia nak suruh aku pakaikan padanya...Terkadang lucu dengan sikapnya yang macam-macam...Paling kesian kakak Alya selalu kena dera suruh dukung...Sabarlah kakak ya..
Masa nie waktu petang sementara menunggu abg Alif keluar kelas tahfiznya sempat Aimy gurau senda dengan Kakak Fatin ...
Ni gambar semalam dalam perjalanan ke Spring..Jumpe je kaca mata pasti dia nak suruh aku pakaikan padanya...Terkadang lucu dengan sikapnya yang macam-macam...Paling kesian kakak Alya selalu kena dera suruh dukung...Sabarlah kakak ya..
Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu PKBP 4
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
SMK DEMAK BARU
TINGKATAN: PKBP
Hari : Selasa
Kelas : PKBP 4
Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 10.50-12.10
Bilangan Pelajar : 10 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Cuaca
Sub tajuk : Membaca rangkai kata,ayat dan perenggan.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat;
Menceritakan semula sesuatu peristiwa dengan menggunakan
Perkataan sendiri
Aktiviti : *Membaca rangkai kata ,ayat dan perenggan.
Menulis perkataan mudah.
* Menceritakan semula sesuatu peristiwa dengan menggunakan perkataan sendiri.
* Membuat latihan. (tuliskan suku kata yang sesuai)
Kemahiran Berfikir (KB) : Memerhatikan, mengenal pasti
Penerapan Nilai : Prihatin
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Buku rujukan, carta, lembaran kerja
Refleksi :
Bila Kejujuran dan Keikhlasan kita dipersendakan
Dulu antara lagu yang aku suka dengar...Zaman remajaku membesar dengan lagu nie.
Retak kasih sayang ku
punah kepercayaan ku padamu...
Rasanya tak mungkin ku menerima mu dengan yakin...
Bila aku ingati..
Keikhlasan diri dikianati...
Menitis air mata..
terasa sebak dada..
kesalnya hati tidak terkira....
Kau meminta ku lupakan kesilapan lalu
Kau memohon kemaafan ingin kembali kepadaku..
Aku pasti akan memaafkanmu...
Tetapi parut hati tidak mungkin terkikis olehku...
Peritnya pengalaman
Hingga tidak daya kulupakan
Sejak dari itu
Kusentiasa meraguimu...
Ahad, 2 Mei 2010
Spring - pesanan buat kekasih
suka dengar lagu ini..teringat masa kat SMK Pandan Jaya dulu...Kat kelas PKBP pernah nyanyi sama-sama ketika majlis perpisahan...yang pastinya lirik dia amat syahdu...
Jumaat, 30 April 2010
Pertandingan Membuat Buku Skrap (Aktiviti Nilam)
Baru-baru ni ,hari Sabtu aktiviti nilam diadakan di sekolah.PKBP juga tidak ketinggalan turut serta dalam aktiviti dan pertandingan yang diadakan.Aku pulak telah ditugaskan menjadi ketua kepada 5 orang pelajar PKBP dan dibantu oleh Cikgu Kamariah bertanding dengan murid perdana dalam Pertandingan membuat buku skrap..Alhamdulillah,rasanya PKBP yang terbaik pada hari itu,tapi apa-apapun keputusan rasmi belum keluar lagi..Terima kasih pada murid-muridku yang tersayang seperti Zulhelmi yang berhempas pulas memikirkan susun atur,Zul Adli, Kristy Umi,Naamah dan Ariana atas semangat kerjasama kalian..
Lawatan ke Astronomi, Sarawak
Pada 21 April lepas PKBP SMK Demak Baru ke Astronomi,Sarawak..Seronok dapat mengkaji segala ilmu yang terdapat di angkasa raya...Apapun enjoylah hari itu bila dapat keluar dari sekolah nie.
Inilah kumpulan 4 yang diamanahkan kepada aku untuk dijaga sepanjang lawatan..Alhamdulillah semuanya mendengar kata..Sayang kitak orang.. Sempat jugak aku posing dengan Ustaz Badrul..Saje je sebab kebetulan pakai baju hampir sama...hehe..
Bukan saja murid je seronok hari tu,PPM Pouziah pun antara yang begitu teruja dapat tengok lukisan buruj oleh murid PKBP...
Inilah kumpulan 4 yang diamanahkan kepada aku untuk dijaga sepanjang lawatan..Alhamdulillah semuanya mendengar kata..Sayang kitak orang.. Sempat jugak aku posing dengan Ustaz Badrul..Saje je sebab kebetulan pakai baju hampir sama...hehe..
Bukan saja murid je seronok hari tu,PPM Pouziah pun antara yang begitu teruja dapat tengok lukisan buruj oleh murid PKBP...
Aktiviti Membuat Twist Potato(PKBP 2)
Setiap hari Rabu , aku selalu ajar kelas PKBP2 memasak..ari tu ajar dia orang buat twist potato..Pelbagai ragam yang dapat dilihat..yang syoknya kelas-kelas lain pun turut sama menyibukkan diri dengan kelas PKBP 2..Sebenarnya aku ajar dia orang Bahasa Melayu,tapi bila duk fikir ajar mengeja tak dapat-dapat baiklah ajar memasak lak..Ada jugak kemahiran untuk mereka..
Asyik sungguh Mazlan mencucuk potato kat lidi..Hati-hati den,kelak kena jari kitak...
Bersungguh nampak Cikgu Jah ajar Jumaina supaya dapat mencucuk ubi tu..sampai akhirnya Cikgu Jah lak yang bersungguh-sungguh buat sama naik dengan anak murid..
Asyik sungguh Mazlan mencucuk potato kat lidi..Hati-hati den,kelak kena jari kitak...
Bersungguh nampak Cikgu Jah ajar Jumaina supaya dapat mencucuk ubi tu..sampai akhirnya Cikgu Jah lak yang bersungguh-sungguh buat sama naik dengan anak murid..
Rabu, 21 April 2010
Aan - Cinta Melankolia
Bila dengar lagu nie...fikiran terus melayan pada seorang insan yang sangat kusayang...tergambar segala kenangan aku dan suami ketika belajar di UKM dulu...Suamiku..tak sangka kau membuka pintu hatimu untukku walau ramai yang sudi menghampirimu....kejujuranmu dalam perhubungan kita dulu amat aku hargai....isterimu yang selalu menyakiti hatimu...
Langgan:
Catatan (Atom)