Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 17 Oktober 2013


TEKS  PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN  BALAPAN DAN PADANG
SMK DEMAK BARU KALI KE 5
TAHUN 2013
16  OKTOBER 2013
STADIUM NEGERI SARAWAK
CUE
UCAPAN JURUACARA



KETIBAAN VIP

MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG DIBERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU .
DIIRINGI OLEH PN. MISIA HJ ZAIN ,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK DEMAK  BARU

UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA


BISSMILLAH  HIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMUALAIKUM WBT...
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA. DIUCAPKAN KEPADA

YANG BERUSAHA,
CIKGU. HAJAH  FATIMAH HAMID,
PENGETUA SMK DEMAK BARU ,

YANG DIHORMATI BARISAN PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
PARA GURU DAN STAFF SMK DEMAK BARU
PARA IBU BAPA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
ATLIT-ATLIT OLAHRAGA DAN PARA PELAJAR  YANG DIKASIHI  SEKALIAN.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU 2013.

TERLEBIH DAHULU,MARILAH KITA SAMA-SAMA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT RABBUL IZZATI  KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA SEKALI LAGI UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU KALI KE 5.
PALING BERMAKNA JUGA JULUNG-JULUNG KALINYA KEJOHANAN KALI INI DISAMBUT DALAM SUASANA HARI RAYA AIDILADHA. SECARA SIMBOLIKNYA PADA HARI INI SEMUA KITA D ISINI DITUNTUT  MELAKUKAN PENGORBANAN DEMI MEMASTIKAN KEJOHANAN KALI INI BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.



Anak muda mengalun qasidah
Tampil ke depan berbaris-baris
Pembuka kata berlalu sudah
MAri kita teruskan majlis
TABIK HORMAT KEJOHANAN
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UPACARA TABIK HORMAT KEJOHANAN...
DIJEMPUT  CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU  DIIRINGI  OLEH PN. MISIA HJ ZAIN , PENOLONG KANAN PENTADBIRAN  SMK DEMAK BARU BERDIRI UNTUK MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA KONTIGEN-KONTIGEN PERBARISAN PADA HARI INI.
PERARAKAN MASUK KONTIGEN
KEJOHANAN SUKAN SMK DEMAK BARU PADA PAGI INI DIMULAKAN DENGAN PERARAKAN MASUK KONTIGEN-KONTIGEN PERBARISAN...
KONTIGEN MELALUI PENTAS KHAS
(dibacakan apabila peserta melalui pentas tabik hormat)
PERBARISAN DIDAHULUI OLEH ---------- ORANG PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA MOHD NUR IDHAM BIN SAIFUL BAHRIN.

SEDANG MELINTAS PENTAS HORMAT SEKARANG IALAH DARIPADA KONTIGEN RUMAH HIJAU MELANGKAH SEGAK BERGAYA DENGAN MOTTO ------------------------- ---- DIKETUAI OLEH..SAUDARA--------------------------------------------------------------KONTIGEN INI TELAH DIBIMBING OLEH PN  HAJAH ROSMAWATI  BINTI YAHYA.HIJAU MELAMBANGKAN KESATUAN  DAN KEHARMONIAN   ANTARA AHLI-AHLINYA SERTA MEWARNAI ALAM SEKELILING KITA.KITA PERCAYA KETUA RUMAH HIJAU IAITU PN ROSMAWATY TELAHPUN MENURUNKAN SEGALA PETUA DAN AZIMAT UNTK PASUKAN INI MENJADI JUARA PADA TAHUN INI.

MENYUSUL SETERUSNYA,  LINTAS HORMAT DARIPADA KONTIGEN  RUMAH KUNING .YANG DIKETUAI OLEH..SAUDARA.------------------------------------------- PADA TAHUN INI ,RUMAH KUNING MENDAPAT SENTUHAN GURU RUMAH.PUAN ASMINAWAT BINTI ISMAIL.KUNING MELAMBANGKAN WARNA DI RAJA.PASUKAN INI NAMPAKNYA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENEMPA KECEMERLANGAN SETELAH BEBERAPA TAHUN MELEPASKAN TAMPUK KEJUARAAN.PADA TAHUN INI MEREKA TELAH MEMILIH MOTTO “---------------------------------------------------------------------“SEBAGAI PENGUAT SEMANGAT MENGEJAR JUARA.

KONTIGEN SETERUSNYA IALAH  KONTIGEN RUMAH BIRU  DIBAWAH PIMPINAN PN TEA SU YONG. BIRU MELAMBANGKAN PERPADUAN .INI MENUNJUKKAN MEREKA BERSATU PADU UNTUK MEMBENTUK SEBUAH PASUKAN YANG MANTAP.DIKETUAI OLEH.SAUDARA_______________________________________DENGAN MOTTONYA
“__FIGHT,FIGHT..FIGHT “.KITA DOAKAN SEMOGA PASUKAN INI TIDAK DILANDA KECEWA DAN SEMANGAT JUANG TERUS MEMBARA HINGGA KE AKHIRNYA.


KONTIGEN RUMAH SUKAN  YANG TERAKHIR ADALAH PASUKAN  RUMAH MERAH .MERAH MELAMBANGKAN KEBERANIAN DAN KEGAGAHAN .”_______________________________________” MENJADI MOTTO PADA TAHUN INI.KONTIGEN PASUKAN INI DIKETUAI OLEH SAUDARA___________________________PASUKAN INI TELAH DIBIMBING OLEH PN SOFIAH BINTI SUHAILI.DENGAN KERJASAMA DAN KEKUATAN SEMUA ANGGOTA ,RUMAH MERAH MENJADI SALAH SATU ANCAMAN KEPADA RUMAH-RUMAH SUKAN YANG LAIN.




(setelah semua kontigen masuk barisan di padang)

MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID..
ATAS KESUDIAN. MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA KONTIGEN-KONTIGEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM  ACARA PERBARISAN PADA PAGI INI.
NYAYIAN
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN NYAYIAN LAGU NEGARAKU, DAN LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG. PARA HADIRIN DIMOHON BERDIRI.

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,UNTUK  MEMBERKATI TERMASYA SUKAN TAHUNAN INI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT AL FADZIL USTAZ-IBRAHIM BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN...

TERIMA KASIH AL-FADIL USTAZ IBRAHIM BIN HALING ATAS BACAAN DOA.

BACAAN IKRAR


(selepas pembawa bendera mengambil tempat/masuk barisan)
HADIRIN SEKALIAN...
MAJLIS KEJOHANAN SUKAN, DITERUSKAN DENGAN LAFAZ IKRAR KEJOHANAN
YANG AKAN DIKETUAI OLEH SAUDARA MOHD NUR ILDHAM BIN S AIFUL BAHRIN,
BACAAN IKRAR INI AKAN DIIRINGI OLEH PEMBAWA-PEMBAWA BENDERA SETIAP RUMAH SUKAN..
DIPERSILAKAN...

BEGITULAH TADI SEMPURNANYA,MAJLIS LAFAZ IKRAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEBAGAI KOMITMEN PARA ATLET KEPADA KEJOHANAN KALI INI.

UCAPAN  PENGETUA
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU  UNTUK MENYAMPAIKAN  UCAPAN DAN SETERUSNYA  MERASMIKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG   KALI KE -5.

DENGAN PENUH TAKZIM,MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN..






Jalan lengkok redup berkalis
Hendak ke perak sampai ke Kedah
Ucapan tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung sudah

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN ITU TADI.
PESERTA BERARAK KELUAR
(selepas perasmi/pengetua duduk)
DEMIKIAN TADI SELESAI UPACARA PERASMIAN KEJOHANAN .
SEKARANG DIPERSILAKAN SEMUA KONTIGEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN UNTUK BERGERAK KELUAR KE KHEMAH MASING-MASING BAGI KITA MENERUSKAN ACARA SUKAN PADA PAGI INI .

(TUNGGU HINGGA SELESAI)
PENGUMUMAN
GURU-GURU,PEGAWAI SUKAN DAN PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT DIMINTA BERSEDIA KERANA ACARA SUKAN AKAN BERMULA SEBENTAR SAJA LAGI.
ACARA BALAPAN DIMULAKAN
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN...
ACARA BALAPAN DIMULAKAN.....
.....................................................................................................
(selepas tembakan/tiupan wisel)
ACARA YANG SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG..................
KATEGORI...................


Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Qurban




Selamat hari raya AIDILADHA pada semua umat Islam yang menyambut hari raya pada hari ini.Buat mak dan ayah serta bapa mertua,maafkan kami kerana keadaan dan waktu tidak mengizinkan untuk  kita bersama.Pada adik beradik serta saudara mara.adik ipar ,anak buah ,semoga bergembira di hari raya.jagalah kedua orang tua kita dengan baik ya...jangan sesekali buat mereka mengalir airmata kerana kita.pada kawan-kawan terima kasih atas persahabatan ini..

Isnin, 14 Oktober 2013

Terima kasih PPKI SMK Sultan Omar

http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com

LAWATAN KE PPKI(BP) & PPKI(BD) DI KUCHING, SARAWAK - PART III


Selain melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, kami juga berkesempatan melawat 2 buah sekolah menengah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi. 

 * PPKI (BP) SMK Demak Baru
 * PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor


Berikut adalah antara yang menarik sepanjang lawatan kami di dua buah sekolah tersebut :


Seawal jam 8.30 pagi, (Khamis - 5 Julai 2012) kami melawat sekolah pertama iaitu PPKI (BP) SMK Demak Baru


Lawatan untuk menambah  pengetahuan dan berkongsi idea serta pengalaman dalam dunia pendidikan khas


Kedatangan kami di sambut oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BP) SMK Demak Baru


 Persembahan nasyid oleh murid-murid PPKI(BP) SMK Demak Baru  yang sungguh menghiburkan dan sangat berbakat


Taklimat dan perkongsian idea oleh Guru Penolong Kanan PPKI(BP) SMK Demak Baru  iaitu Encik Jamal Shukuri Bolhassan


Ucapan balas daripada pihak kami oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas) iaitu Encik Noh Ayob


Menerima cenderahati daripada pihak tuan rumah, PPKI(BP) SMK Demak Baru


Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak kami turut memberi cenderahati daripada Terengganu kepada PPKI (BP) SMK Demak Baru


Berpeluang melihat demonstrasi menghasilkan kraf manik oleh murid PPKI (BP) SMK Demak Baru


Menghias tudung saji


Mendengar taklimat dan penerangan daripada guru pendidikan khas SMK Demak Baru, Puan Norzita Mohamed mengenai aktiviti keusahawanan mereka


Melawat tapak tanaman tomato yang menggunakan teknik fertigasi


Acara kemuncak, kami semua dijamu dengan jamuan yang sungguh meriah dan enak

JKR sahkan SMK Demak Baru selamat - Karya - Sinar Harian

JKR sahkan SMK Demak Baru selamat - Karya - Sinar Harian

KUCHING - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan bangunan dan persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru di Jalan Diplomatik di sini yang mengalami keretakan serta hakisan tanah, selamat untuk digunakan.
   
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata bagaimanapun siasatan JKR mendapati beberapa kawasan di sekolah itu perlu diberi perhatian.
   
"Hasil siasatan akan dilaporkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mereka mempunyai peruntukan untuk diserahkan kepada JKR bagi penyelenggaraan sekolah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke sekolah itu, hari ini.
   
Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya, berkata beliau dimaklumkan mengenai keadaan sekolah itu yang terletak di bawah kawasan parlimennya sebelum pelantikannya sebagai Menteri Kerja Raya.
   
Sekolah tersebut siap dibina pada 2002 dan kejadian retakan dan hakisan itu dikesan sejak dua tahun lalu.
   
Terdahulu pada taklimat mengenai kerja baik pulih dan pembaikan sekolah itu, Penolong Pengarah JKR (Bahagian Infrastruktur Bangunan) Stanley Chai Chin Siong berkata pihaknya menganggarkan proses baik pulih berkenaan memerlukan RM2.16 juta. - Bernama

Alhamdulillah...semoga warga SMK Demak Baru sentiasa dilundungi oleh malapetaka.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Inilah Nasib Guru...


Saya sebenarnya menyokong penuh artikel yang dituliskan oleh  pengarang di bawah.Saya tahu semua kerja mesti kena ikhlas dan saya juga maklum semua bidang pekerjaan ada cabarannya.Namun sebagai seorang guru memang sangat terasa bebanan kerja sekarang berbanding ketika saya mula mengajar dulu.Terkadang saya sendiri cukup terkilan kerana tidak mampu memberikan pengajaran yang terbaik untuk murid-murid.pelbagai taklimat dan kerja yang perlu dilaksanakan secara online banyak mencuri masa guru untuk bersama murid-muridnya.Berfikir juga saya dalam hati adakah orang yang membuat perubahan ini hanya memikirkan satu sudut sahaja tanpa mengira sudut-sudut yang lain..
Rasanya telah banyak suara-suara guru yang tidak setuju dengan bebanan kerja bertambah sekarang ini..tapi apakan daya siapalah kami...suara yang tak pernah didengari..
terasa teramat rindu untuk kembali mengajar dengan menggunakan sistem lama dulu..
Inilah nasib guru...

DDD
Suara rintihan atau isu  para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun tetapi sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yang bersifat ad hoc dan political.
Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya tentang beban kerja guru tetapi penyelesiannya bukan mereka meringankan beban malah ditambahkan lagi beban  kerja hingga lebih berganda.
Lebih ironi lagi ialah tidak ada satu badan atau kesatuan pun yang bertindak atau mewakili semua guru. Sebagai contoh NUTP dan  KGLM selaku kesatuan yang disertai oleh ramai guru hanya memperjuangkan guru-guru lepasan maktab sahaja. Oleh kerana projek pensiswazahan guru, maka lulusan maktab telah dinaikkan status mereka secara ‘magic’ dan automatic kepada siswazah.
Laluan kenaikan pangkat bagi golongan  mereka lebih mudah dan pendek iaitu formula 8: 8: 5 berbanding dengan guru siswazah dengan formula ‘time-based’ 8: 8: 6: 3. Mereka juga berjaya’melangkah kepala’ guru-guru berijazah tulen walaupun yang ‘super senior’ dalam urusan kenaikan pangkat seperti menjadi GPK, pegawai di PPD, JPN, KPM  dan menjadi Pengetua. Lalu kesatuan-kesatuan ini terus menuntut keistimewaan mereka sebagai siswazah pula dengan ‘mengabaikan’ lulusan siswazah yang sebenar.
Terlalu banyak isu keguruan yang tidak selesai dan scenario ketidakadilan yang berlaku dalam profesion ini tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak secara pro aktif. Akibatnya golongan-golongan ini berterusan  teraniaya tanpa pembelaan. Kita ingin mengenengahkan beberapa isu yang berkaitan.
Antaranya ialah masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah, Pengetua/Guru Besar yang tidak kompeten, sistem kenaikan pangkat yang tidak adil, Kursus Upskilling guru, situasi tempat kerja yang tidak kondusif dan  kekurangan peralatan ICT dan ABM .
Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa kerjanya.  TIDAK ADA SATU PIHAK pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan telah mengumumkan  sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia.
Oleh kerana mendapat tentangan dari komponen Pakatan Rakyat dan dari Kesatuan Guru,  pada 28hb November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membatalkan perlaksanaan sistem ini.
Sebagaimana kerajaan pernah mengumumkan penghapusan yuran sekolah  dalam bajet 2008, para ibubapa terpaksa membayar sejumlah wang yang berkali ganda dari jumlah yuran sekolah itu sendiri. Perkara yang sama berlaku pada masa kerja guru.
Sebelum 2012, kebanyakan guru sekolah menengah harian biasanya balik pada jam 2.30 petang. Sejak awal 2012, terdapat pengetua yang mengarahkan guru bekerja sehingga jam 3 petang.  Malangnya guru hanya balik pada jam 3 petang Itu hanya untuk satu atau kadang-kadang 2 hari sahaja dalam seminggu. Selebihnya mereka pulang sehingga lewat jam 6.00 petang .  Di bawah ini dipaparkan jadual untuk menjelaskan pernyataan kami.
MASA KERJA GURU SELEPAS TAMAT WAKTU PERSEKOLAH  JAM  2.30 PM
PerkaraHariAktiviti selepas tamat sesi  Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ) pada  2.30pm  dari Isnin hingga KhamisWaktuNota
IsninMesyuarat  dengan Pengetua setiap  Isnin dengan agenda yang karut marut dan salahguna kuasa memaksa guru hadir hingga lewat petang.3.00-5.00pm (atau 5.45 pm)Pembelajaran bermula pada jam 7.30 tapi guru datang seawal jam 7.00am
SelasaKokurikulum (1 Sukan 1 Pelajar) @ Mesyuarat Guru.3.00- 5.00pmBergantung kepada sekolah. Ada sekolah yg melaksanakannya pada hari lain.
RabuKokurikulum  (Badan Beruniform @ Kelab dan Persatuan)1.50pm – 3.30pmAda sekolah melaksanakan nya pd 1.50 – 4.30pm
KhamisMesyuarat hal ehwal sekolah seperti mesyuarat pantia, AJK kecil, koperasi dll3.00 – 4.30Hampir setiap minggu sehingga Oktober
JumaatPerjumpaan dgn pelajar/kelas tambahan3.00 – 4.00Sekurang2nya 1 kali dalam sebulan.
SabtuLatihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), Kelas Tambahan, Sukan, Gotong Royong, Aktiviti In-House Training, Taklimat, Perjumpaan dengan PPD @J PNP  dll.8.00am  -12.00 @ 1.00pmSekurang2nya 1 kali sebulan dan ada sekolah yang memaksa guru datang sehingga 3 kali sebulan.
Jadi secara puratanya guru bekerja selama  10 jam dari Isnin hingga Khamis. Ini belum diambilkira kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kita boleh rumus sendiri dari jadual kerja bagi pengendalian PBS dalam jadual seterusnya.
Kesan-kesan kepada pertambahan waktu kerja antaranya ialah:
Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru dalam bentuk stress atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami/isteri secara normal.
Guru terpaksa berbelanja lebih membayar kepada ‘baby sitter’ setinggi RM15 bagi setiap tambahan 1 jam selepas jam 3 petang sebagaimana hari-hari biasa.
Apabila pulang sama (malah lebih lewat) dari waktu pejabat, jalanraya yang sesak pada ‘peak hour’ menyebabkan guru lewat sampai ke rumah. Solat Asar dilakukan di penghujung waktu.
Oleh kerana kami tiba lewat ke rumah, rutin kehidupan di luar kami hampir musnah. Jogging, bawa anak makan angin petang, berkebun dan sebagainya sudah sukar untuk dilakukan.
Pengetua-pengetua  yang berkursus di Institut Aminudin Baki (IAB) seolah-olah di ‘brainwash’ oleh IAB agar melaksanakan perjumpaan satu hari dalam seminggu dengan guru-guru semata-mata mahu mendengar celoteh KATUN mereka yang membosankan dan tidak berfaedah. Ironinya perjumpaan ini mengambil masa sehingga 3 jam.
Kandungan perjumpaan berkisar  sekadar mendengar motivasi dungu yang tidak bermutu dan meminta para guru berkongsi ilmu yang tidak kami minta dan hargai sama sekali. Perjumpaan/mesyuarat ini hanya boleh berakhir dalam masa 15 – 30 minit sahaja.
Tetapi aduan  rakan-rakan dari sekolah-sekolah yang lain adalah senada iaitu pengetua banyak cakap merapu dan tidak ada  walaupun ‘basic skill’ dalam mengendalikan mesyuarat.Oleh itu para guru merasa tertekan duduk berjam-jam dalam mesyuarat.
Bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula, guru memperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menyelesaikan tugasan mereka setiap minggu. Ini tidak diambilkira masa yang digunakan oleh mereka dirumah. Di bawah ini adalah jadual masa kerja guru dalam  pengendalian PBS bagu satu (1) kelas. Seorang guru biasanya diberi dua (2) sehingga empat(4) kelas PBS.
PERUNTUKAN MASA GURU DALAM PENGURUSAN PBS BAGI SATU KELAS
(PURATA 30 PELAJAR)
Perkara Menggubal/Menyiapkan/ Mengetip (stapler) dan Menyusun SoalanMenanda/Memeriksa soalan dan mengesahkan penglibatan pelajar dalam PBS( 10minit untuk setiap kertas/pelajar)Memasukkan Eviden Pelajar ke dalam failMendaftar /Key-InPencapaian Pelajar Ke dalam Sistem SPPBS
Masa2 jam30 x 10 = 300min / 5 jam5minit x 30 = 150 minit / 2 jam 30 minit.Sepanjang 2012, kami mengambil masa sehingga 2 hari utk 1 kelas kerana capaian internet yang lemah.
NotaJika guru itu mengajar 4 kelas, darabkan 30 org pelajar  (30×4 = 120 org  pelajar)
5. Kelemahan-kelemahan PBS yang tidak didedahkan ialah:
Kemudahan ICT sekolah amat mendukacitakan. Dalam sebuah sekolah yang purata bilangan gurunya ialah 80 orang, hanya ada dua(2) atau tiga (3) desktop sahaja. Oleh itu hampir SEMUA guru menggunakan laptop/harta mereka sendiri untuk menjalankan kerja kerajaan. Malangnya kerajaan sanggup bagi laptop percuma pada pelajar dan membiarkan guru dalam kerumitan mereka sendiri. Hanya profesion guru sahaja di mana mereka terlalu banyak menggunakan wang dan harta sendiri untuk buat kerja kerajaan.
Oleh kerana guru tidak dibenarkan mencari pendapatan sampingan, mereka terpaksa meminjam untuk membeli laptop bagi melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka. Harga laptop RM1500- RM2000., guna kad kredit atau hutang dan bayaran bulanan sehingga RM60 sebulan.
Capaian internet/schoolnet yang amat lemah menyebabkan guru terpaksa guna streamyx atau broadband. Bayaran sebulan ialah dari RM48 hingga RM148 sebulan.
Peruntukan masa yang terlalu lama oleh guru untuk mendaftar pencapaian pelajar secara online (kerana capaian internet yang lemah) dan pengurusan PBS yang lainnya menyebabkan mereka terpaksa melaksanakan sebahagian kerja ini di rumah. Sebagaimana yang pernah didedahkan dalam akhbar, kami terpaksa berjaga sehingga jam 3 atau 4 pagi untuk menyelesaikan kerja-kerja PBS.
Kesan kepada situasi ini ialah terjejasnya sistem rumahtangga dan  hubungan suami isteri sehingga membawa kepada pertengkaran. Masa yang selama ini dihargai dengan membelai anak-anak sudah berkurangan dan berlaku pertelingkahan suami isteri kerana  isteri (guru) terpaksa tidur lewat dan  mengabaikan anak/suami kerana PBS.
Kami pernah menghantar email kepada pihak Kementerian dan NUTP tetapi respon mereka sekadar menyiasat sahaja dan tiada tindakan. Nampaknya seolah-olah ada agenda yang tersirat dari KPM yang memang berhasrat untuk melaksanakan sistem kerja 9 jam secara senyap-senyap.
Malangnya tidak ada mana-mana badan yang berani menyuarakan keadaan ini.  Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku di Kuantan malah seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak tuan dapat melakukan sesuatu bagi kebaikan semua guru yang selama ini tidak mendapat perhatian serius dari pihak yang berkenaan.


Ahad, 6 Oktober 2013

Kita Praktikkan Ya...





 

Untuk En Suami...
Semoga kasih sayang yang ada dalam hati tetap utuh buat diri ini... 

Sabtu, 5 Oktober 2013

Hanya harapkan satu pengertian



Sememangnya apa yang berlaku adalah kehendakNya.
Siapalah kita untuk melawan apa yang telah ditentukan..
Hati seupaya mungkin cuba menerima dan pasrah dengan kejadian yang menimpa
namun disebalik itu terlalu mengharapkan pengertian  bahawa sesungguhnya diri ini tidak mampu melawan dugaan ini seorang diri..
betullah kata orang emak  tiada tukar ganti
kerana hanya dia yang memahami penderitaan dan kesukaran yang anak-anak mereka alami namun apalah daya diri tak mampu dikongsi penderitaan ini dengan emak sendiri..DEmi kesihatannya jua setiap hari terpaksa mencipta cerita palsu..
Emak..andainya kau tahu tika dan saat ini disebalik bicara riang dicorong hp itu  sebenarnya hati  anakmu ini menangis di dalam..terkadang hampir tersungkur dengan situasi sekarang...
tiada lagi nikmat lauk pauh atau makanan yang menyelerakan
lantaran tekak tidak mampu menerima kuantiti yang banyak.
tiada lagi keaktifan seperti semalam kerana tiada lagi kudrat tenaga.
tiada lagi lena yang panjang hanya menanti penuh debaran setiap waktu berputar..
namun apakan daya diri ini...penderitaan ini hanya diri ini yang rasa tak mampu dikongsi 
kerana diri ini tidak tahu pada siapa yang memahami dan mengerti apa yang dirasa saat ini...
jauh disudut hati sangat mengimpikan betapa diri ini terasa dihargai dan ada nilainya..bimbang kan diri ini berusaha untuk mengurangkan penderitaan ini.
sesungguhnya ini menyedarkan saya ,mungkin kehilangan diri ini sememngnya dinanti...
ditunggu-tunggu ...
apapun saya pasrah dah takdir diri ini sebegini..