Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 28 Mei 2013
Isnin, 27 Mei 2013
Bahagianya Saya

En Suami...
Tiap kali saya membaca petua-petua rumahtangga,saya selalu dapati apa yang disarankan semua tu selalu awak buatkan untuk saya..
Bertuahnya saya kan...dikurniakan seoarang suami seperti awak..Bila baca petua -petua di atas tu semua awak lakukan malah lebih dari itu.
Saban malam tangan awak pasti memicit badan saya yang sakit -sakit nikan..berbelas tahun awak lakukan.dari malam pertama kita hingga kini..dan saya pula hanya boleh dibilang dengan jari mengurut awakkan.
Awak sentiasa buat kejutan demi kejutan buat saya..membelikan pakaian ,kasut ,beg ,air wangi dan hingga pakaian dalam sekalipun semua awak prihatin..Saya terharu dengan semua yang awak buat tu..tapi saya ni brutal jarang nak ucap terima kasih pada awak kan..dengan anak-anak murid boleh pulak saya menitiskan airmata tapi dengan awak..ego saya setinggi langit tapi jauh sudut hati saya sayang saya pada awak juga setinggi langit.Kelemahan saya ,saya mudah simpati ...itu membuatkan saya lemah...
Selalu juga awak kutip bunga ros yang saya sayang tu dan awak bagi pada saya...terkadang pula awak suruh orang hantar jambagan bunga ros buat saya di sekolah...romantiknya awak nikan...bertuah saya dapat berkongsi kasih sayang ini dengan awak..
Awak bahagiakan ibu bapa serta keluarga saya.itu satu penghormatan yang paling tinggi untuk awak.kerana saya tidak buat pada keluarga awak seperti awak buat pada keluarga saya..
ini pujian tulus ikhlas dari hati saya bukan kerana saya isteri awak tapi atas dasar pemerhatian dari seorang wanita..
Terima kasih ya..dari seorang isterimu yang sentiasa mengui kesabaran mu...
Rezeki ada di mana-mana

Setiap kejayaan yang dimiliki pasti disebaliknya ada cerita yang terjadi.
Setiap kejayaan yang kita dapat tidak datang bergolek tanpa kita melakukan apa-apa.
Tanyalah orang-orang berjaya. dalam peperiksaan.banyak mana masa dihabiskan membuat ulangkaji.Terpaksa korbankan masa tidur,menonton ,melepak atau sebagainya kerana takut masa yang berlalu pergi dengan sia-sia.Di samping itu tawakal dan sabar dengan ujian itu serta yakin tiap yang berusaha pasti akan diberikan ganjarannya.InsyaAllah kejayaan akan kita takluki
Begitu juga dalam mencari sumber pendapatan..
Sesungguhnya rezeki itu ada dimana-mana
Apa yang perlu dilakukan tabah dalam mngharungi cabaran serta tidak lupa
untuk sentiasa mengingatiNya,pasti rezeki itu akan datang tanpa kita duga...
jangan terlalu bergantung pada belas kasihan orang..
percayalah apa yang diperolehi daripada tenaga kita sendiri adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga..
-Anak Pantai-
Begitu juga dalam mencari sumber pendapatan..
Sesungguhnya rezeki itu ada dimana-mana
Apa yang perlu dilakukan tabah dalam mngharungi cabaran serta tidak lupa
untuk sentiasa mengingatiNya,pasti rezeki itu akan datang tanpa kita duga...
jangan terlalu bergantung pada belas kasihan orang..
percayalah apa yang diperolehi daripada tenaga kita sendiri adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga..
-Anak Pantai-
Langgan:
Catatan (Atom)