Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 27 Februari 2012

Sekitar lawatan dari guru dan murid PPKI SMK Tarat,Serian


 Mendengar taklimat daripada Penolong Kanan PPKI SMK Demak Baru,En Jamal Shukuri Bolhassan
 Taklimat yang lengkap dan jelas


 Ucapan ringkas daripada Penyelaras PPKI SMK Tarat

 Pertukaran cenderamata tanda kenangan


 Kelas PPKI 8..kelas kesayangan saya.
 Aktiviti membuat manik







 Bersama Cikgu Kamariah ..pengacara majlis pada hari ini
 Kelas PPKI 5
 Kelas PPKI 3
 Pose jap kat Kedai Keusahawanan
 Bersama AJK Kedai Keusahawanan




























Ahad, 26 Februari 2012

Hidup umpama Lautan

Hidup ini umpama lautan..
Ada pasang surutnya.
Indahnya bila air itu dalam suasana ketenangan...
Tapi amat menyakitkan bila gelombang melanda.
Begitu jugalah ujian pada kita..
Hadir dalam pelbagai situasi.
Tika gembira rasanya kita mahu hidup seribu tahun lagi
Dunia milik kita..
Namun..tika duka..
Hidup rasa tiada erti..
kecewa melanda diri..
Ketabahan menuntut pintu hati..
Yang pastinya segala yang berlaku meninggalkan nostalgia yang tersendiri..
-Anak Pantai-

Isnin, 20 Februari 2012

Aku Kerinduan.....

Rindu
Sering menganggu tasik hati
tak pernah tenang
sentiasa berkocak
mengamit rasa sayu dan pilu
pada insan-insan yang tersayang
 jauh dipandangan..
Kerinduan ini
adakalanya 
menganggu emosi
mengubah situasi
Kerinduan juga adakalanya
mengubah fantasi menjadi realiti.
Hakikatnya kerana kerinduan
Ingatan tak mungkin hilang
biarpun jarak dan waktu menjadi pemisah.
Kembara pada satu perjuangan hidup 
tapi rindu itu tetap ada
di sudut kamar hati ini..
-Anak Pantai-

Kalau boleh...

smiley.gif 
Apa yang akan berlaku hari ini...
Pastinya mengharapkan segala yang berlaku meninggalkan memori-memori manis.
Tak mahu ada duka
tak mahu juga ada kecewa.terkilan dan sebagainya yang menghancurkan hati.
Kalau boleh
semua kerja nak selesai...asyik tertangguh je
Kalau boleh
nak semua itu indah-indah...
Kalau boleh nak balik kg
Kalau boleh esok nak cuti panjang dapat berehat kat rumah lama-lama.
Kalau boleh tak mahu lagi jadi SU Disiplin...murid yang buat salah aku pula yang tensionnnnnnnnnnn!!!
Kalau boleh
Aku nak lari dari SMK Demak Baru...dah..
Tapi kenapa kaki ini berat untuk melangkah..
Pastinya kerana............Hanya aku yang tahu..mengapa.
Kalau boleh aku nak lari dari segala masalah yang menghantui...Uiiks..tapi ke mana ya?.

Kraf 5