Rindu
Sering menganggu tasik hati
tak pernah tenang
sentiasa berkocak
mengamit rasa sayu dan pilu
pada insan-insan yang tersayang
jauh dipandangan..
Kerinduan ini
adakalanya
menganggu emosi
mengubah situasi
Kerinduan juga adakalanya
mengubah fantasi menjadi realiti.
Hakikatnya kerana kerinduan
Ingatan tak mungkin hilang
biarpun jarak dan waktu menjadi pemisah.
Kembara pada satu perjuangan hidup
tapi rindu itu tetap ada
di sudut kamar hati ini..
-Anak Pantai-
Rindu adalah salah satu nikmat dlm kehidupan....siapa yg tak dpt dan tiada lagi rindu mengambarkan hatinya yg kosong...gersang dgn kasih syg,,,tp bila rindu pd seseorang membuatkan kita sentiasa teringat..terkenang pada dia....dn pasti ingin ketemu,,,spt rindu pd keluarga...jgn rindu pada yg dah tiada sdh...
BalasPadam