Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 24 Disember 2010

Hari ini 24 Dec 2010-Antara suka terselit sendu

Hari ini 24 Dec 2010..Sebenarnya entah kenapa aku sedikit keliru dengan tarikh ini...Adakah aku gembira kerana hari ini aku berjumpa kembali dengan suami tercinta setelah terpisah hampir tiga minggu..Aduh..sememangnya siapa tidak gembira untuk berjumpa kembali dengan insan tersayang..Namun jauh disudut hati kenapa aku begitu sendu...Mungkin ada yang tidak mengerti...pelik ke dia nie..Hakikatnya inilah yang kurasa..Pejam pelik rupanya percutian aku di kampung halaman bersama mak,ayah serta keluarga semakin hampir penamatnya untuk 2010 nie..Aduhai pantasnya perjalanan masa.Seakan semalam baru sahaja aku menjejakkan kaki di tanah semenanjung nie..Hari ini suamiku kembali untuk mengambil kami kembali ke Kuching.Belum puas kukecapi angin musim tengkujuh ..belum puas mataku menatapi besarnya pukulan ombak menghempas pantas..Belum sempat jua kutitipkan kata-kata di persisir pantai seperti mana pulangku yang dulu, belum puas jua kuberbicara dengan mak,ayah dan keluarga...Apatah lagi saban hari diri ini menjamu seleran dengan air tangan mak...Selepas ini semua itu tiada lagi buat sementara waktu...Tiada lagi usik tawa adik=adik dan kakak pada anak-anakku,tiada lagi jua lauk pauk kegemaranku akan terhidang seperti sebelum ini...tiada lagi dapat kutatap keindahan pantai dengan ombak dan pasir yang memutih...Tiada lagi keriuhan sebenarnya antara aku dan keluarga...Tiada lagi kenangan terindah untuk aku ciptakan bersama insan yang kusayangi...Berat kaki melangkah berat lagi hati yang menanggung...Tapi pasti aku terpaksa pergi jua demi tugasdan keluarga..Namun ,pastinya kepulanganku ke Bumi Kenyalang ini membawa sarat dengan kenangan yang telah tercipta antara aku dan mereka...Kenangan itu akan abadi terpahat di hati..Pada teman ,sesungguhnya aku bahagia bertemu kalian..Apa yang kita rancangkan menjadi kenyataan walaupun pertemuan itu hanya sesingkat cuma ,yang pasti pertemuan itu semakin merapatkan kita untuk terus menjalinkan satu persahabatan..Apa yang kuharapkan persahabatan itu akan kekal abadi..Doaku..walau dimana sahaja kita berada yakinlah persahabatan ini akan sentiasa mekar dan akan terjalin rapi..Terima Kasih teman kerana menemani hari-hariku...
Pada semua..jika berdoalah kita agar kita masih diberi kesempatan untuk bersua kembali pada JUn 2011 .Pada keluarga kepulangan kami nanti pastinya akan bertambah bilangannya...
Pertemuan itu amat indah tapi perpisahan amat memeritkan...namum perpisahan tidak akan terjadi tanpa dimulakan dengan pertemuan...

Tahniah Buat Maxwell Ak Aping

 
Semalam keputusan PMR telahpun diumumkan..Nasib SMK Demak Baru untuk peperiksaan PMR kali ini belum lagi diketahui ..Naik kah peratus kali ini atau sebalikknya..Tapi keputusan untuk pelajar khas iaitu Maxwell telahpun diketahui melalui kiriman pesanan ringkas Cikgu Zaimash..Fuhh lega Maxwell tidak menghampakan ...Walaupun tidak berjaya memperolehi A dalam subjek Sejarah ,hanya sekadar mendapat B...tapi itu sudah cukup melegakan aku...Teringat sebelum exam hari tu aku janji dengan kalau A dia dapat dalam subjek sejarahku, aku akan membawanya naik kapal terbang ke Kuala Lumpur bersama denganku...Tapi kerana Maxwell memperolehi B...pastinya difikiran sekarang nie hadiah apa yang bakal kuberikan padanya..Tunggulah ya..pasti akan ada hadiah buatmu ...Apapun tahniah Maxwell kerana membuktikan dirimu mampu walaupun kamu dianggap murid istimewa..Terima Kasih jua kerana tidak menghampakan kami...
Jika diimbas ketika dirimu memasuki alam sekolah menengah di aliran perdana,Maxweel nie antara murid yang menghadapi kesukaran membaca...Ianya menjadi masalah pada guru-guru di aliran perdana untuk mengajar..Lantas perbincangan diambil antara guru dengan penyelaras dan juga pentadbir..Setelah ujian dijalankan Maxwell bersama Naamah terpaksa ditempatkan di kelas pendidikan khas...Tapi rupanya disinilah sinar kebahgiaan buat kalian...Semakin hari Maxweel semakin lancar membaca,..begitu juga Naamah..Ini membanggakan cikgu-cikgu Pendidikan khas...dan hari ini Maxwell berjaya membuktikan pada guru di aliran perdana bahawa Maxwell mampu dengan syarat adanya kemahuan dan azam untuk terus berjaya..

Isnin, 20 Disember 2010

Element - Cinta Tak Bersyarat

layanlah lagu nie best jugak bila di dengar...

Selamat Pengantin Baru Buat Cikgu Deana..

yourwedding.gifSelamat pengantin baru kak ita ucapkan buat Deana walaupun agak terlewat untuk mengutuskan ucapan ini..tetapi rasanya kalian berdua masih dialam bulan madu yang indah..Kak Ita doakan semoga Deana menemui kebahagiaan yang dicari selama ini...Bertemu dengan insan yang menyayangi Deana sepenuh hati dan sebenarnya cinta...

Selamat Pengantin Baru


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup


Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

Terima kasih....Cikgu Hakim.

thanks-for-add7.jpgTerima kasih pada Cikgu Hakim kerana sudi mengikuti Blog Memori Seorang Guru...Semoga kita sama-sama dapat bertukar idea dan pandangan dalam meniti hari-hari yang penuh mencabar di arena kehidupan dan pendidikan ...Tq

Sabtu, 20 November 2010

Salam Perpisahan Buat Mohd Rahmat,Mazlan,Atikah,Aisyah dan Shahir...

Cuti sekolah dahpun bermula..Tika dan saat ini pastinya menghitung hari-hari untuk kembali ke desa tercinta..Dalam ceria untuk berjumpa keluarga ada juga tercalit perasaan sedih apabila akan kehilangan lagi beberapa orang anak murid istimewa yang aku sayangi...Mereka pergi dan pastinya tahun hadapan wajah-wajah ceria mereka tak mungkin kutemui di SMK Demak Baru lagi..Teringat masa latihan persembahan motivasi hari tu, aku digelak oleh anak-anak muridku kerana tak mampu menahan airmata yang mengalir apabila kudengar mereka menyanyikan lagu Doa Perpisahan dari kumpulan Brothers.Hakikatnya mereka tak tahu dan mungkin tidak mengerti betapa aku sayang mereka semua umpama anak-anak sendiri..kerana merekalah aku menjadi guru...betapa aku amat menghargai kehadiran mereka semua..Tahun depan aku pasti kehilangan Mazlan,Shahir,Atikah,Aisyah, Rafidah dan Mohd Rahmat.Aduh...di antara mereka ada kenakalan yang tersendiri yang sentiasa menceriakan hari-hari ku...
Mazlan....masih kuingat ketika hari pertamaku di SMK Demak Baru September 2006,dialah muridku yang pertama yang menegukur. Setiap hari pasti ada surat untukku yang ditulisnya walaupun sepatah pun aku tidak memahaminya kerana tulisan cacingnya itu...Setiap hari jugalah dia mengajakku kahwin dengannya...Pernah satu ketika aku dan Cikgu Maya membulinya hingga aku tergelak tak terkata..Tapi bila kuajukan siapakah cgu yang ingin dikahwini tetap jua dia memilih aku...Mazlan oh mazlan...banyak benda lucu yang berlaku antara kita...gelak tawamu,perangaimu,gelek tarimu,terkadang jua kemarahanmu akan pasti menjadi memori untuk cikgu kenang ke akhirnya...Teringat jua hari kedua persekolahan terasa sebak di dada apabila kemaafan kuhulurkan pada mereka anadai kata selama aku mendidik mereka ,aku tidak menjadi guru yang betul-betul mendidik mereka sebagai seorang insan..
Shahir...pertama kali mengenalinya..sangat berbeza..seorang murid yang suka duduk di bawah meja,di tempat-tempat yang gelap...Bila datang je pastinya mencari tempat tidur...Itu dulu kini Shahir dah banyak berubah ...sangat aktif melawat setiap kelas ,mencerap guru yang mengajar dan terkadang kupanggilnya yang berhormat..Sepanjang 2010 akulah yang ditugaskan menjaga makan minumnya hinggalah hari terakhir persekolahan..Teringat hari last hari tu..aku tak selera makan melihat Shahir didepan mata.Jiwa dah mengenangkan tahun depan Shahir dah tiada lagi.
Mohd Rahmat...insan yang sangat aku sayangi sebenarnya..dialah yang selalu membantu aku menyimpan barang-barangku ke dalam kereta ,mengemas mejaku dan terkadang menjadi penghibur hati .Pastinya kata-kata setiap hari iaitu "Cgu Norzita Nanggar TV " tak mungkin lagi cuping telinga ini akan mendengarnya pada tahun hadapan..Suara merdumu Rahmat tidak akan lagi kedengaran menyanyikan lagu ketika persembahan dan majlis perpisahan nanti...Tapi Cgu pasti tika rindu menghimpit hati cgu padamu cgu pasti akan ketemu Rahmat kerana setiap petang pasti Rahmat ada di tepi jalan menghitung kereta-kereta yang lalu lalang...
Atikah...seorang murid perempuan yang menjadi usikan guru-guru kerana sikapmu yang suka kepada guru-guru lelaki,...Akulah juga salah seorang guru yang kuat menyakatmu...Tapi Atikah...cikgu ingin mengucapkan jutaan terima kasih cikgu pada Atikah kerana dalam ramai-ramai cikgu,Atikah memilih cikgu sebagai guru perempuan yang Atikah suka.Walaupun di awal cikgu mengajar di SMK Demak,cikgu begitu rimas dengan perbuatan Atikah yang sentiasa menelefon cikgu tidak mengira waktu...Terkadang setiap hening pagi pasti cikgu menerima panggilan Atikah..tapi cikgu terima kenyataan itulah antara cabaran menjadi guru khas yang terpaksa cikgu hadapi...Semoga dirimu sentiasa bahagia walau di mana sahaja berada atikah....
Rafidah....seorang anak murid yang sangat nakal..Pastinya kenakalannnya adakala amat menyusahkan guru-guru...Tetapi mengenalimu cikgu cuba untuk memahami apa perasaan Rafidah...Tidak menunjukkan cikgu membenci Rafidah....Cikgu pasti akan kehilangan insan berbakat dalam seni seperti Rafidah...Doa cikgu Rafidah berubah menjadi anak murid cikgu yang baik budi pekerti...
Aisayah...walaupun tak banyak kenangan cikgu dengamu...tapi pasti cikgu akankenang gelak tawamu menceriakan hari-hari cikgu...
Pada kalian semua ...selamat maju jaya di luar sana...Antara kita telah tercipta memori..Memori kini menjadi memori seorang guru....Terima kasih atas segalanya...

Jangan Ada Dengki Antara Kita

Rupanya ada juga insan-insan yang kurang senang dengan kehadiran blog ini...Ada yang cuba menceroboh hak peribadi email saya...dan juga cuba untuk memadamkan blog saya..Entah apalah silap saya...Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Jumaat, 12 November 2010

Antara Lena dan Terjaga

goodnightbluebear.gifSelamat malam.....pada teman yang masih lagi berjaga...Mungkin kita serupa antara lena dan terjaga sedangkan insan lain sudah lena diulit mimpi indah mahupun sebaliknya...
Tak tahu apa yang nak dibuatkan.kerja rumah masih belum sempurna tapi takde mood nak lakukan.Buku rekod mengajar dah berminggu tertangguh tak tertulis...tapi pasti aku kena siapkan jugak sebelum18 Nov nie...
Tika dan saat nie ada teman yang masih berjaga..terharu jugak rasanya apabila sentiasa ada tetamu yang datang menatap bloqku yang tak seberapa nie...terima kasih daun keladi....jangan jemu untuk kunjungti lagi...
Sebenarnya rindu pada seorang teman ....Entah mengapa hati begitu rindu...

Khamis, 11 November 2010

Hanya sekadar catatan....

Rasanya lama juga tangan ini tidak menari-nari menitipkan cerita di bloq nie...Bermula di bulan Ramadsn dahulu hinggalah kini...Bukannya apa terkadang perasaan yang bermain dilubuk hati terlalu sukar untuf ditafsirkan dengan kata-kata..
Bermula Aidilfitri suka duka mula silih berganti..Raya kedua saat gembira di kala melihat adik tercinta mengikat tali pertunangan dan di hari yang sama ulangtahun perkahwinan aku dan suami..Pejam celik rupanya sudah 12 tahun pengkongsian hidup aku dan dia.Bahagia dengan kehadiran 4 cahayamata dan bakal menimbang cahayamata kelima Aprill 2011.Terasa begitu singkat pengkongsian hidup ini lantaran kasih sayang yang dilontarkan padaku tak terbelah bahagi..Sesungguhnya jauh di sudut hati aku terlalu bersyukur dengan jodoh yang ditetapkan untukku ini..Buat suami tercinta..terima kasih atas segala pengorbananmu..
Aidilfitri juga mata ini diberi peluang menatap wajah ceria ayah kerana dapat kutunaikan hajatnya beraya dengan motosikal baru..Andai kata antara kita umur tak panjang...mungkin perasaan terkilan ini pada ayah dapat kukurangkan...Tapi ada satu perkara lagi yang tak dapat ayah penuhi untukku ....Semoga Allah akan membuka pintu hatimu..
Raya kedua jua pulang menziarahi mertua di KB....Perasaan terkejut melihat Ma yang terlantar di sofa usang ..Rupanya sudah  dua minggu  Ma  menderita sakit berpunca jatuh di bilik air ditambah lagi dengan kerosakan paru-paru yang dihadapinya sekian lama.Rasa berdosa sangat pada Ma..seolah ak u mementingkan diri .kerana kalau ikutkan giliran tahun ini aku dan keluarga sepatutnya beraya di Kota Bharu selepas itu barulah di Terengganu..
Melihat keuzuran Ma...seakan gerak hati ini mengetahui Ma akan pergi..Lantas aku mengambil keputusan untuk membuat gotong royong membersihkan rumah besar-besaran sambil dibantu oleh adik-adik ipar dan ipar dua yang lain..Sempat jua Ma menggunakan katil dan tilam yang kubelikan untukknya...Masih kuingat ketika tanganku ligat membersihkan dinding rumah serta membersihkan segala yang ada dirumah tu...aku cukup perasaan Ma memerhati apa yang kulakukan..Sesuatu yang kuperasan perubahan Ma...ketika aku mengelap tangan,muka dan badannya,Ma seolah-olah tidak ingin aku berhenti ..Sempat jua kusisirkan rambutnya,sempat jua ku buat bubur untukknya..Tapi satu yang dapat kutunaikan Ma menyuruhku mengunting rambutnya tapi ku menolak kerana aku tiada kepandaian dalam kepakaran mengunting rambut..Akhirnya saat aku dan keluarga akan pergi jua meninggalkan Ma..Airmata suamiku mengalir laju sambil memeluk erat Ma..Kesedihan terus menghuni pintu hatiku..Lantas aku jua mengambil kesempatan memeluk Ma dan sempat jua kucium pipinya kiri dan kanan.Rasanya itulah pertama kali dalam hidup aku sejak bergelar menantunya kulakukan sedemikian rupa,seolah-olah mengetahui itulah ciuman pertam dan terakhir buatku pada insan yangkupanggil Ma..Kerana selepas 3 hari kepulanganku ke Kuching ,satu berita yang sememangnya tidak sanggup kudengar terpaksa jua ku terima..Ma pergi tak kembali pada tepat pukul 10.00 pagi di hari Selasa. pada 21 September 2010.Air mata terus mengalir laju tanpa kuhiraukan anak-anak murid dan guru yang lain.Terbayang terus kesedihan suami kerana kehilangan ibu tersayang..Dalam masa yang sama terpaksa kami terima hakikat untuk tidak dapat menatap wajah Ma kali terakhir hanya kiriman Al-Fatihah dari kejauhan dikirimkan..
Sampai di KB jam dah menunjukkan 7.45 malam..Sampai dirumah hanya airmata yang tak mampu ku tahan apa tah lagi pada kesedihan yang dialami suami ketika itu..
Airmata mengalir laju takkala mendengar cerita Ma pergi de ngan memakai baju yang kuberikan padanya ,di atas  katil dan tilam yang ku betikan..Sebelum kucuci dan bersihkan baju dan segala yang digunakan oleh Ma...hati begitu sayu lantas ku cium berkali-kali mencari bau yang Ma tinggalkan untuk melepaskan rindu...Benarlah kata orang bila dia pergi barulah kita tahu kebaikannya...Sememangnya aku tidak dapat nafikan Ma..ibu mertua yang begitu baik..Mungkin aku yang selalu berprasangka padanya..Maaf aku Ma....Doaku Ma..sentiasa tenang di alam sana Semoga ALLah sentiasa merahmatimu...
Kembali ke Kuching semula mengambil masa juga pada suamiku untuk pulih dari kesedihannya.Dalam masa yang sama rupanya mak pula berkecil hati apabila kepulangan ku ke Kb yang langsung tidak menghubunginya di Terengganu menimbulkan salah sangka..Kusangkakan mak faham dengan situasi ketika itu...Berdosanya rasa hati apabila membuat Mak rasa terkilan dengan anak-anak...Lantas aku terus menelefon menceritakan situasi yang berlaku.Nasiblah Mak ceria selepas itu....Untuk mengambil hati Mak..suami telah mengajak mak datang ke Kuching.Alasannya untuk menikmani diriku semasa ketiadaanya di Kuching.Tak sangka mak sanggup datang dengan Kak Jan dan Fatin yang sanggup tidak ke sekolah selama 2 minggu..Hari -hari yang kulalui semenjak mak dan kak jan di sisi amat membahagiakan..Telah lama saat dulu aku idamkan kembali berulang..Apatah lagi pada anak-anakku semuanya bahagia dengan kehadiran nenek dan mak teh nya..Tetapi masa begitu pantas berlalu,2 minggu terasa begitu sekejap..Akhirnya mak dan kak jan telah kembali ke kg..Semenjak Mak pulang rupanya hingga kini Mak tidak sihat...Akhirnya kesakitan Mak bertambah ketara apabila Mak di bawa oleh ambulan ke hospital. 5 hari mak di sana dan baru semalam mak pulang..Lega rasa hati bila dapat bercakap dengan mak...Semoga Mak akan kembali sembuh seperti sediakala..Doaku..semoga aku masih diberi kesempatan untuk bersua lagi dengan Mak..Detik masa yang beredar kini se4akan lambat berputar kerana aku tak sabar untuk menanti tarikh 1 Dec 2010 menjejakkan kaki di tanah tumpah darahku...Mak..semoga dirimu akan sentiasa menunggu kepulanganku...

Buat Layyinul Hariir

94thank_u_add_flowers.gifBuat Layyinul Hariir terima kasih atas kunjungan menziarahi blog Memori Seorang Guru...Semoga yang baik dapat dijadikan panduan dan yang sebaliknya jadikan iktibar dalam menempuhi liku-liku kehidupan..TQ.

Selasa, 9 November 2010

Hari Keluarga LHDN Di Siar Beach(3)

 Bergambar kenangan di pantai
Bersedia untuk mengisi air dalam botol

Adam juga tidak ketinggalan mengambil bahagian
Selepas pendaftaran sebelum pertandingan dimulakan.

Hari Keluarga LHDN Di Siar Beach(2)

 Aktiviti malam pula BBQ ,Karaoke dan penyampaian hadiah untuk pencarian harta karun..Terpaksa balik  awal sebab Alya demam.
 Alif tersenyum gembira bila tahu akan dapat hadiah jugak pencarian harta karun




Isnin, 8 November 2010

Hari Keluarga LHDN Di Siar Beach(1)

Bersedia sebelum Treasure Hunt dilepaskan .Kumpulan kami bernombor 11 ..


Bergambar kenangan bersama Di Telaga Biru  dengan Check Point. Ketiga.Wana dan Sarah.
 Aimy dah mula nmpak penat...yang lain tak sabar nak ke check point terakhir..
 Bersedia menjawab soalan bonus sebelum dilepaskan ke check point 4
 Sampai juga di Reatreat Resort...Alhamdulillah dapat juga nombor ke-7 .Hadiahnya hamper..yang pasti banyak kenangan yang dapat diperolehi sepanjang pencarian harta karun ini...Best sangat-sangat ...

 Mendengar taklimat pertandingan mewarna
 dah dapat kertas tulislah nama..


 Aimy,Adam Alif Dan Alya bersedia untuk mewarna


 Aimy tak berjaya siapkan tapi dapat juga hadiah pensil warna


Ketika pertandingan ini berjalan King Tide atau air pasang berlaku..tak pernah ku tengok air ombak yang besar menghempas orang-orang yang ada kat sekeliling..