Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 24 Disember 2010

Hari ini 24 Dec 2010-Antara suka terselit sendu

Hari ini 24 Dec 2010..Sebenarnya entah kenapa aku sedikit keliru dengan tarikh ini...Adakah aku gembira kerana hari ini aku berjumpa kembali dengan suami tercinta setelah terpisah hampir tiga minggu..Aduh..sememangnya siapa tidak gembira untuk berjumpa kembali dengan insan tersayang..Namun jauh disudut hati kenapa aku begitu sendu...Mungkin ada yang tidak mengerti...pelik ke dia nie..Hakikatnya inilah yang kurasa..Pejam pelik rupanya percutian aku di kampung halaman bersama mak,ayah serta keluarga semakin hampir penamatnya untuk 2010 nie..Aduhai pantasnya perjalanan masa.Seakan semalam baru sahaja aku menjejakkan kaki di tanah semenanjung nie..Hari ini suamiku kembali untuk mengambil kami kembali ke Kuching.Belum puas kukecapi angin musim tengkujuh ..belum puas mataku menatapi besarnya pukulan ombak menghempas pantas..Belum sempat jua kutitipkan kata-kata di persisir pantai seperti mana pulangku yang dulu, belum puas jua kuberbicara dengan mak,ayah dan keluarga...Apatah lagi saban hari diri ini menjamu seleran dengan air tangan mak...Selepas ini semua itu tiada lagi buat sementara waktu...Tiada lagi usik tawa adik=adik dan kakak pada anak-anakku,tiada lagi jua lauk pauk kegemaranku akan terhidang seperti sebelum ini...tiada lagi dapat kutatap keindahan pantai dengan ombak dan pasir yang memutih...Tiada lagi keriuhan sebenarnya antara aku dan keluarga...Tiada lagi kenangan terindah untuk aku ciptakan bersama insan yang kusayangi...Berat kaki melangkah berat lagi hati yang menanggung...Tapi pasti aku terpaksa pergi jua demi tugasdan keluarga..Namun ,pastinya kepulanganku ke Bumi Kenyalang ini membawa sarat dengan kenangan yang telah tercipta antara aku dan mereka...Kenangan itu akan abadi terpahat di hati..Pada teman ,sesungguhnya aku bahagia bertemu kalian..Apa yang kita rancangkan menjadi kenyataan walaupun pertemuan itu hanya sesingkat cuma ,yang pasti pertemuan itu semakin merapatkan kita untuk terus menjalinkan satu persahabatan..Apa yang kuharapkan persahabatan itu akan kekal abadi..Doaku..walau dimana sahaja kita berada yakinlah persahabatan ini akan sentiasa mekar dan akan terjalin rapi..Terima Kasih teman kerana menemani hari-hariku...
Pada semua..jika berdoalah kita agar kita masih diberi kesempatan untuk bersua kembali pada JUn 2011 .Pada keluarga kepulangan kami nanti pastinya akan bertambah bilangannya...
Pertemuan itu amat indah tapi perpisahan amat memeritkan...namum perpisahan tidak akan terjadi tanpa dimulakan dengan pertemuan...

3 ulasan:

  1. Buat Ita..terimakasih atas pertemuan.sesungguhnya amat sukar berjumpa dgn org srwk ni...balik kg setahun pn jarang2.Kenangan bersama tak mungkin kita lupakan.Insyallah jun tahun depan boleh atur perjumpaan yg lbh grand lagi.

    BalasPadam
  2. Sama-sama..Doakanlah kita diberikan umur yang panjang jua kesempatan untuk bersua lagi..Apa yang tercipta antara kita kini menjadi memori semoga sentiasa subur di hati...Tahun depan kita cipta lagi memori

    BalasPadam
  3. Cuba mengingati saat dan ketika itu tapi dah lupa..lama sgt.hampir 7 tahun.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!