Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 25 Mei 2010

"You Mean a Lot To me"

Kita seringkali berkata "awak terlalu bererti untuk saya",bila.....
  • Dia hilang kita akan cari dia...tapi masa dia ada depan mata kita tidak hargai pengorbanannya selama ini...
  • Bila diri dihimpit kesusahan kita baru mula terkenangkan dirinya,kerana hanya dia yang selalu hadir membantu kita ,tapi masalahnya  bila di waktu kebahagiaan kita lupakan segala kebaikannya..
  • Dia sentiasa ada di sisi kita tidak kira apa jua situasi .....
  • ..Dia sentiasa bersedia mendengar luahan hati kita walau kadangkala luahan itu tidak menghiburkan hatinya.
  • Dia sentiasa bimbang akan diri kita walau disaat itu ,sebenarnya dia sendiri berada dalam kesedihan..
  • Kerana dirimu sahabat dan teman yang paling istimewa...

Isnin, 24 Mei 2010

Nasyid - Doa Perpisahan

Semoga Allah tabahkan hati di atas perpisahan ini..Teruskan perjuanganmu teman walau di mana sahaja berada..Kenangku di dalam doamu...Semoga tuhan berkatimu....

Perpisahan Tanpa Kerelaan

Pertemuan itu adalah suatu yang membahagiakan,namun seringkali pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan....Berat untuk menerima kenyataan kalau perpisahan itu berlaku tapi kehidupan umpama roda ketika di atas ,itulah masa yang amat bahagia,tapi ketika roda itu di bawah,kita akan rasa sengsara yang tak terhingga...
Hakikat yang harus ditempuhi...dalam perjalanan hidup kita pertemuan dan perpisahan akan silih berganti..

Terima Kasih Kepada pengunjung blog

Teman...terima kasih kerana sentiasa mengunjungi blog Memori Seorang Guru ini...
Segalanya adalah cerita berkaitan apa yang berlaku pada saya....Apa yang baik jadikan panduan dan yang tidak elok usah diikutkan...Tq..

Ahad, 23 Mei 2010

Hangatnya Cinta

Dengar lagu ini teringat zaman alam remaja dulu...lagu ini sentiasa meniti dibibirku tiapkali aku buat kerja ...tapi pastilah kerana lirik lagu dia yg penuh bererti...zaman remaja yg kelakar bila dikenang,,,seorang gadis yg sentiasa memakai baju t dengan kain batik...tapi masa tu adalah yg paling cantik doh rasa...rindunya nak kembali zaman remaja dulu...

Isnin, 17 Mei 2010

Sambutan Hari Guru SMK Demak Baru

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua akhirnya..Penat tapi aku puas segala perancangan berjalan dengan lancar..Ni tahun ke -3 aku terlibat sepenuhnya merancang bersama dengan Cikgu Najmiah..Terlalu banyak halangan dan dugaan demi memastikan kegembiraan untuk rakan-rakan guru..
Masa ni duk dengar Cikgu Jamal baca perutusan daripada pengarah pelajaran..sempat lagi berposing dengan norazi,kristie ,Izzudin dan Maxwell,anak-anak murid cikgu yang tersayang....
Nie antara cup kek yang aku suruh Cikgu dayang buat..Sedap................sangat..kek ni tau...Tq Kak atas kerjasama..
                                               Antara kek sempena hari guru
Berposing jap dengan salah seorang pelajar yang akan mempersembahkan tarian ibannya..P
Persembahan nyayian daripada semua guru SMK Demak Baru dan jugak bacaan ikrar..Yang pasti riuh rendah kerana sorakan dan sokongan daripada murid-murid..Sayang..you all..
Seronok sangat aku dengan Cikgu Dayang,dapat pujian daripada pengetua kerana membuat pentas yang cantik..
Kad-kad ucapan hari guru yang aku terima..
Bersama Sinthia dan Ariana...anak murid yang amat baik...
Tq Azani...kerana pemberian telekung dan sejadah untuk cikgu..
Antara hadiah yang diberikan oleh anak-anak murid..
Terima kasih pada semua anak-anak murid cikgu yang sentiasa mendoakan cikgu..

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Hari ini merupakan kali ke-14 aku menyambut hari guru..Sesungguhnya begitu cepat putaran masa berlalu..Kalau dulu ,aku yang meraikan guru-guru tetapi kini aku pulak yang diraikan.Walaupun telah bergelar guru,sememangnya aku tidak sesekali lupa jasa guru-guru yang pernah mengajarku di SK Batu Rakit,SMK Kompleks,Mengabang Telipot,SMK Ibrahim Fikri dan juga bekas-bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi..Terima kasih Cikgu...kerana Cikgu semua umpama lilin bagi diri ini,memberi nafas baru di dalam dunia seorang aku .
Sesungguhnya banyak suka duka dalam hari-hari seorang guru...Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru,walau di mana sahaja berada..

Jumaat, 14 Mei 2010

Selamat Datang Mak dan Joe..ke Bumi Kenyalang

Hari ini...memang aku tak sabar nak tunggu mak dan joe datang..Tidur malam tadi dah tak lena.Pukul 1..00 pagi dah jaga,mata dah segar..Rasa pepagi lagi aku nak tunggu mak kat lapangan terbang..tapi kerja tetap kerja..Dah janji dengan murid PKBP 2 nak semai biji sayur hari nie...Semoga hari ini biarlah cepat masa berlalu...

Apakah Rindu Masih Di Hatimu

Peristiwa semalam diingatan tidak mudah kulupakan,...sebak rasa ...biar kuterima apa yang dirasa...suka dan duka...terlalu pedihnya jiwa yang tersiksa ...Pada janji yang telah kuberi...semoga kau mengerti....

Jika Kau Rasa Getarnya

Nilai kasihku padamu cukup berharga....Hanya itu yang mampu kuluahkan...

Sesekali


Sesekali bila aku fikirkan...
  • Aku sentiasa mengingati seseorang....tapi mungkinkah orang yang aku ingati itu akan jua mengingati aku.
  • Kita mahu orang sentiasa menjaga hati kita,tapi pernah ke aku menjaga hati mereka..
  • Bila kebaikanku seringkali disalah ertikan...mengapa mereka tidak memadang dari sudut mata hati...
  • Aku frust dengan sikap sesetengah orang yang bekerja tapi tidak menjiwai kerja yang diamanahkan..ambil kesempatan daripada kelemahan orang lain...
  • Dapatkah aku berjumpa lagi dengan orang-orang yang aku sayangi...bila jarak kini memisahkan aku dengan mereka..
.................................yang pasti hanya tinggal tanda tanya...........ITA.

Sabtu, 8 Mei 2010

Mak...Selamat Hari IBu...

Buat ibu tercinta yang berada di Batu Rakit ,Terengganu.......Selamat Hari ibu..Sesungguhnya jasa ibu tak mungkin bisa ku balas walau apa jua yang telah kulakukan..Mak..terima kasih kerana bertarung nyawa melahirkan diri ini...Pengorbananmu membesarkan diriku demi juga melihat diri ini berjaya sentiasa segar di hati..Tak mungkin kulupa...Walau dalam keadaan derita kau tetap sabar menempuhinya demi melihat anak-anakmu tidak derita seperti mu...Dari kejauhan ini,anakmu ini mendoakan dirimu sentiasa di bawah kerahmatanNya..
Buat ibu mertua,Ma....selamat hari ibu buat ma..semoga ma sentiasa di panjangkan umur,sihat dan sentiasa di rahmati Allah..Ma..terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu ma .Terima Kasih Ma...kerana memberikan seorang anak sebagai suami buat saya ,kerana anak ma telah berjaya menjadi ketua dan suami yang amat penyayang..TQ..SELAMAT HARI IBU...BUAT MAK DAN MA..