Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 19 Julai 2017

Minit Mesyuarat




MINIT MESYUARAT KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS
SMK KAMPONG JAWA

Tarikh      : 11 Julai 2017
Hari          : Selasa
Masa        : 9.00 pagi
Tempat   : Bilik Mesyuarat SMKKJ

Kehadiran





1.Kata Aluan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih  dan mengalu-alukan kepada semua wakil dari sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Daerah Klang  yang  hadir.

2.Laporan Jawatan Kuasa
2.1 JK Jemputan (SMK Kampong Jawa)
2.1.1 Surat jemputan telahpun diedarkan meliputi perasmi,hakim dan sekolah-       sekolah yang  berdekatan.
2.1.2 Surat jemputan atas nama PPD daerah Klang.
2.1.3 Jemputan kepada JPN Selangor akan dilakukan.
2.1.4 Semua jemputan untuk mengadakan perkhidmatan dan pameran telahpun                     diterima kecuali dari bahagian psikologis yang masih belum memberi sebarang jawapan.

Tindakan JK Jemputan






                2.2 JK Pendaftaran (SK Klang)
                                2.2.1  AJK seramai 4 orang.
                                2.2.2  1 meja dan 2 kerusi akan disediakan (alas meja dan bunga)
                                2.2.3  Jk Pendaftaran akan melabel dan membuat boring pendaftaran
                                2.2.4  Borang kehadiran perlu diserahkan pada JK Dokumentasi pada hari itu juga
                                2.2.5  Borang kehadiran VIP   perlu diserahkan pada
·         Pengacara majlis
·         Perasmi
·         Pengerusi Pengelola
Tindakan : JK Pendaftaran
2.3 JK Sambutan
2.3.1  Tetamu kehormat yang hadir akan ditempatkan di Bilik Kaunseling sementara       menunggu majlis dijalankan.
2.3.2  Jemputan yang lain terus berada di dewan .
Tindakan : JK Sambutan
               
                2.4 JK Perasmian Protokol/Gimik
2.4.1 Bunga manggar akan disediakan dan muzik kompang akan digunakan semasa  perarakan masuk.
2.4.2 lagu iringin diminta dapatkan dengan JK PA Sistem
2.4.3 Gimik dijalankan dengan  potongan riben pada banting .
Tindakan: JK Perasmian ,JK PA Sistem

                2.5 JK Teks Ucapan
                                2.5.1 Teks ucapan akan disediakan untuk pengerusi pengelola dan perasmi
2.5.2 Teks ucapan pada pengerusi pengelola perlu di ada data sekolah,murid          termasuk  berapa bilangan sekolah rendah dan menengah ,juga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini.
2.5.3 Teks ucapan untuk perasmi perlu dinyatakan bagaimana masyarakat boleh memain peranan dalam memastikan pendidikan yang cemerlang  kepada murid kurang upaya .


2.5.4 Teks ucapan yang telah siap diemail kepada urusetia untuk di semak.
2.5.4 teks ucapan diletakkan dalam folder dan diberi sebelum perasmian
Tindakan: JK Teks Ucapan/JK Perasmian Protokol

                2.6 JK Pengacara Majlis dan Bacaan Doa
2.6.1 Bacaan doa akan dibacakan oleh murid PPKI SMK Kampong Jawa dan teks  disediakan oleh SMK Meru.
2.6.2 Jurubahasa dari SK (P) Bukit Kuda akan dijemput  untuk murid bermasalah pembelajaran .Surat jemputan dari PPD perlu dikeluarkan untuk guru yang berkenaan.
2.6.3 Raptai akan dijalankan pada hari Isnin pukul 11.00 pagi .
Tindakan: JK Pengacara Majlis /JK Perasmian Protokol.
                2.7 JK Sumbangan dan Tajaan
2.7.1 Sumbangan telah pun dilakukan kepada pihak kantin,pembekal dan kedai  buku.
2.7.2 Surat sumbangan mestilah dari Persatuan Pendidikan Khas daerah Klang.
Tindakan : JK Sumbangan dan Tajaan/Bendahari
                2.8 JK Persiapan Pentas dan Backrop
2.8.1 Pastikan nama yang betul pada buku program,banner dan menggunakan  rekabentuk yang sama  .
2.8.2 Banner dipasang seminggu lebih awal di PPD daerah Klang  (Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan Kerjasama Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang)
2.8.3  Hantar PDF ke JK Buku Aturcara untuk tindakan seterusnya.
Tindakan : JK Persiapan Pentas dan Backrop/JK Buku Aturcara

                2.9 JK Persiapan Tempat
                                2.9.1  Khemah untuk gerai dan pameran akan dipasang pada hari Isnin.
2.9.2 2 buah khemah ukuran 20”x20” akan disewa dengan harga RM 300 untuk                                                    setiap khemah.
Tindakan : JK Persiapan Tempat

               

               
                2.10 JK Makanan dan Minuman
2.10.1 Bilik kesihatan dan PIBG di gunakan untuk jamuan VIP. (perasmi ,PPD, wakil  jabatan,pibg ,wakil pameran ,hakim )
                                2.10.2 Makanan untuk murid tidak disediakan.
                                Tindakan : JK Makanan dan Minuman

                2.11 JK Buku Atur Cara
                                2.11.1  Pastikan sama dengan banner dan dapatkan PDF dari JK Banner.
                                2.11.2 Semak ejaan nama ,pangkat serta lain-lain agar tidak berlaku kesilapan ejaan.
                                2.11.3 Dua lagu iaitu lagu  Negaraku dan  lagu Negeri Selangor akan dinyanyikan.
                                Tindakan : JK Buku Atur Cara
                2.12 JK Pertandingan dan Kehakiman
                                2.12.1 Pertandingan Memancing Terbuka
·         Satu penyertaan setiap sekolah
·         Pemenang dipilih berdasarkan  berat timbangan
·         SMK Kampong Jawa akan menyediakan segala peralatan memancing
2.12.2 Pertandingan inovasi dan bahan terbuang.
·         Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti,penggunaan bahan ,keberkesanan kepada murid dan persembahan semasa pertandingan dijalankan.
·         Dijalankan di dewan
·         JK Peralatan diminta menyediakan satu kerusi dan satu meja untuk setiap sekolah yang bertanding.
2.12.3 Pertandigan gerai
·         Pemenang dipilih  berdasarkan pemarkahan yang meliputi  kebersihan ,promosi,kreativiti, jualan tanda harga dan menu makanan dan nama gerai.
2.12.4  JK Pertandingan perlu menyediakan seorang ajk  untuk taklimat kepada semua hakim .
2.12.5  Hakim terdiri daripada Lead-Ed  ,ketua bidang dan penolong kanan PPKI dari daerah lain.
Tindakan : JK Pertandingan dan Kehakiman/ Urusetia




2.13 JK Persembahan
                2.13.1  Dua persembahan akan dipersembahkan iaitu:
·         Persembahan Multimedia yang akan memaparkan perjalanan program dari pagi hingga pukul 11.00 pagi .
·         Persembahan Angklung daripada murid Pendidikan Khas kampong Jawa.
Tindakan : JK Persembahan

                2.14 JK Sijil dan Hadiah
                                2.14.1 Sijil akan di buat baru menggunakan duit Persatuan Pendidikan khas
                                2.14,2 Sijil untuk:
·         Pemenang pertandingan
·         Hakim
·         AJK (satu sekolah satu sijil )
2.14.3 Hadiah untuk pertandingan bahan terbuang,gerai dan inovasi berbentuk wang tunai dan sijil.
2,14.4 Pengerusi mengingatkan sediakan satu borang pengakuan  penerimaan wang untuk tujuan audit.
2.14.5 Cenderamata untuk perasmi iaitu sebakul buah-buahan diberikan selepas habis majlis iaitu sewaktu berada di dalam kereta.
Tindakan : JK Sijil dan Hadiah

                2.15 JK Fotografi dan Dokumentasi
2.15.1 Pengerusi mencadangkan agar membuat sedikit video dan dimuatkan dalam  youtube.
2.15.2 Penyediaan dalam bentuk hardcopy
2.15.3 Segala yang berkaitan dengan karnival termasuk surat jemputan perlu diletakkan dalam laporan dokumentasi.
2.15.4 Disediakan dalam 3 salinan untuk PPD ,persatuan dan tuan rumah.
2.15.5 Dokumentasi disediakan menggunakan format yang lama .Semua JK diingatkan agar menyerahkan laporan pada 25 Julai 2017 atau melalui email .
Tindakan : JK Fotografi dan Dokumentasi


                2.16 JK Publisiti dan Siaraya
2.16.1 Mohon hebahkan kepada semua melalui facebook,website serta media social yang lain.
2.16.2 Menghubungi wartawan atau media
Tindakan : JK Publisiti dan Siaraya


                2.17 JK Keselamatan dan Lalu Lintas
2.17.1 Hanya parking untuk perasmi dan jabatan sahaja dibenarkan di dalam kawasan sekolah.Parking yang lain di luar kawasan sekolah.
2.17.2  kawalan jalan harus dilakukan dengan menggunakan khidmat Kadet Polis
Tindakan : JK Keselamatan dan Lalu lintas.

                2.18 JK Kebersihan  dan  Kebajikan
2.18.1 JK Kebersihan diingatkan menyediakan plastik sampah sendiri. Mohon kerjasama dengan  pekerja kebersihan sekolah untuk sama-sama menjaga kebersihan sekolah pada hari tersebut.
2.18.2 PBSM juga disediakan oleh JK Kebersihan dari sekolah yang dilantik.Makanan untuk murid yang membantu tidak disediakan.RM 5 setiap orang akan diberikan dan dapatkan pada bendahari.
Tindakan : JK Kebersihan dan Kebajikan

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 12.30 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!