Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 19 Julai 2017

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Aidilfitri SMKKJ



SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI SMKKJ



PADA : 7 JULAII 2017
HARI:   JUMAAT
TEMPAT : DATARAN SEKOLAH
SMK KAMPONG JAWA KLANG

DISEDIAKAN OLEH:
PN NORZITA BINTI MOHAMED

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS




ASSALAMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTERA..
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.


MAJLIS DENGAN PENUH RASA HORMAT DAN BANGGANYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN:

DATARAN  INI MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN PELAJAR BERSERI-SERI
PERKUKUHKAN PERPADUAN ITULAH VISI
DI MAJLIS PROGRAM RAMAH MESRA  AIDILFITRI.
YANG  AKAN KITA MULAI

TAKBIR BERGEMA DI SUBUH HARI
TANDA SYAWAL MENJELMA KINI
JAMUAN AIDILFITRI SAMA DIRAI
SALING BERMAAFAN MENYUCIKAN DIRI
SESUCI SEBERSIH LEBARAN INI
AMALAN DIRAHMATI
SUCI MURNI.


BIISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YANG BERUSAHA
1.TUAN HAJI MUHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.

2.YANG DI KASIHI MANTAN PENGETUA SMKKJ TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN

3. .YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR,PENOLONG KANAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA 
4.PN PUZIAH  BINTI TUBAN  PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ,
5.TUAN HAJI MUZIKIR BIN MOHAMED PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ,
6.PN NORMALA BINTI MISMAN.PENOLONG KANAN PPKI
7.EN AMIR SHARIFUDIN  PENYELIA PETANG SMK KJ
8.PN ANITA BINTI MD IDRIS  YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA 
9._________________________________KETUA KAMPONG ___________________________
10._________________________________________________IMAN MASJID KAMPONG DAGANG
11.MANTAN GURU SMKKJ
12.BARISAN KETUA BIDANG
13.RAKAN-RAKAN GURU SMK KAMPONG JAWA , KAKITANGAN SMK KJ. TUAN-PUAN SERTA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

BERBILANG KAUM HIDUP BERSAMA 
BERSOPAN SANTUN AMATLAH MESRA
TAK KIRA BANGSA JUGA AGAMA
AIDILFITRI DI SAMBUT DENGAN GEMBIRA
ALHAMDULILLAH  PADA HARI INI  SEKALI LAGI DIPANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA JUA MAKA KITA DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK MENGIRUP UDARA SYAWAL .SYUKUR JUGA KITA SAMA-SAMA DAPAT BERKUMPUL DI DATARAN SMKKJ UNTUK MERAIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2017.


BACAAN DOA

RENDANG DAGING BUAT JUADAH
KUAH KACANG PELENGKAP RASA
SEPULUH JARI KAMI MENADAH
MOHON BERKAT YANG MAHA ESA.

HADIRIN YANG DIHORMATI,DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PAGI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T, MAJLIS MEMPERSILAKAN ____________________________________________________ UNTUK MEMIMPIN I BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ_________________________________________ ATAS PIMPINAN  BACAAN DOA SEBENTAR TADI.







UCAPAN YDP PIBG

PULUT DIHIDANG ENAK RASAMYA
lLEMANG DAN DODOL PILIHAN KITA
BINGKISAN KATA UCAPAN RAYA
YANG DIPERTUA PIBG BERMULA BICARA,

PARA HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PN ANITA BINTI MD IDRIS YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN .
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA PUAN ANITA  ATAS UCAPAN ITU TADI.

UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 

LEMANG DIHIDANG ENAK RASANYA
NASI ARAB PILIHAN KITA
BINGKISAN KATA BINGKISAN RAYA
HADILLAH PUAN BERMADAH KATA


HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
MAJLIS SETERUSNYA  MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR,PENOLONG KANAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN  UCAPAN , DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PN NORAIZAH BINTI MOHD NOR,PENOLONG KANAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA 
DI ATAS UCAPAN  ITU TADI.

JAMUAN MAKAN
BIAR AMARAH DISUNTING SENYUM
IBARAT PEKERTI DISULAM KASIH
DIHARAP DIHALAL MAKAN DAN MINUM
IBARAT REZEKI TIDAK DISISIH.

PAGI HARI PERGI KE PEKAN
HENDAK MEMBELI IKAN HARUAN
TIBALAH MASA YANG KITA NANTIKAN
UNTUK BERSAMA MENIKMATI JAMUAN.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,ATUR CARA MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI.PARA HADIRIN DAN SEMUA TETAMU JEMPUTAN DIPERSILAKAN MENIKMATI JUADAH DAN HIDANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN.

PERSEMBAHAN GURU/MURID



PENUTUP
HADIRIN SEKALIAN

DALAM KERENDAHAN HATI ADA KETINGGIAN BUDI
DALAM KEMISKINAN HARTA ADA KEKAYAAN JIWA
DALAM KELEBUTAN LIDAH ADA JUGA KETERLANJURAN KATA
DALAM GURAU DAN SENDA TENTU ADA KHILAF DAN DOSA
MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALANYA SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOGA SILATURAHIM DIBERKATI.

SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS,
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
.SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR HATI
MENJADI KENANGAN YANG ABADI


YANG JAUH BERKIRIM SALAM
YANG DEKAT BERKIRIM RINDU
MARI LUPAKAN KISAH YANG SILAM
KITA BUKA BUKU YANG BAHARU.

SAYA BAGI PIHAK AHLI JAWATANKUASA MAJLIS MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-PUAN YANG SUDI HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PADA HARI INI.
JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK2 YG TELAH MENGHULURKAN SUMBANGAN BAKTI SAMA ADA DLM BENTUK KEWANGAN HADIAH ,IDEA DAN SEBAGAINYA…BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA MAJLIS AKAN DATANG.

UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI


.TERIMA KASIH.SEKIAN

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!