Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 7 Jun 2017

Kuih Baulu Tradisional

Kuih Bahulu Tradisional
12 Biji Telur B (651g)
415g gula
330g T.Gandum
1 sudu kecil Essen Ros
Petua PENTING loyang Tak melekat adalah sapukan lemak sayuran/shortening diloyang...
Cara-caranya
1.Hidupkan oven pada suhu 220 darjah
Sapukan lemak sayuran pada loyang & masukkan dalam oven
2.Pukul telur & gula serta Essen Ros hingga kembang kalau guna mixer 10min sahaja guna speed yg paling laju...
3.Apabila kembang tukarkan kelajuan yang paling slow & masukkan tepung gandum  sikit2...jangan lama sangat dalam 2 min sahaja..kalau guna spatula Masa letak tepung gandum mestilah bulatan sehala sahaja. PENTING ni!
4.Keluarkan loyang dalam oven kemudian tonggengkan loyang untuk keluarkan sisa minyak dari lemak sayuran kemudian isi loyang dengan adunan Bahulu.
5.Bakar dalam 8-10min... Warna kekuningan sudah boleh angkat...
6.Bab ni PENTING untuk bakar seterusnya...loyang tadi sapukan dengan lemak sayuran & masuk dalam oven sekejap sekepas 1 min keluarkan kemudia baru  letak adunan Bahulu...ulang Proses yang sama sampai habis bakar semua Bahulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!