
Pokok angsana pokok dirimba
tempat bermain ungka dan kera
Dewan Bahasa dan Pustaka
Penyuluh bahasa penyuluh sastera

Mudik ke hilir di tengah malam
berbekal nasi bergulai tidak
Pantun syair seloka dan gurindam
Puisi tradisi tertinggal tidak

Mendung berakhir beraraklah awan
anak-anak bermain jerami
Terima kasih kehadiran tuan
datang menyeri majlis kami

pagi hari mencari lokan
lokan dicari merata-rata
kehadiran tuan kami alukan
semoga berser majlis kita

ikan sepat ikan haruan
banyak dijual di dalam pasar
dijemput untuk capan aluan
daripada yang dihormati tuan guru besar.

bungga manggar si sirih junjung
palu-paluan pelbagai bunyi
jemputan diterima budi dijunjung
hadirmu tuan menambah seri

Tuan datang berwajah seri
kami menyambut berhati ria
selamat datang ke majlis ini
majlis pelancaran bulan bahasa

berjabat tangan tanda mesra
palu-paluan pelbagai bunyi
jemputan diterima penuh budi bahasa
hadirmu tuan menambah seri.

songket direntang bersulam intan
tenunan hiasan kilauan keemasan
selamat datang ke hari Q Pendidikan
kejayaan wawasan teras pendidikan

ikan tenggiri masak kari
sayang tak dihidang malam ini
salam mesra pesta PSKPP
yang pahit tolak ke tepi

ke pekan kita membeli tepung
tepung dibeli bersama kari
di dewan ini kita berkampung
menjayakan majlis yang penuh berseri

anak Mak Limah bernama Dihi
Anak Mak Eton bernama Hartini
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
kerana mempertemukan kita dimajlis yang mulia ini.

sayang sarawak sungainya sempit
Buah berangan lambung-lambungan
lambat makan kena gastrik
segera hidangkan juadah makan

Dalamnya muara sungai samarahan
ramai nelayan menangkap ikan
Majlis diadakan merapatkan persaudaraan
semoga ianya berakhir dengan kebaikan

segarnya melor kembangan pagi
indahnya alam ciptaan tuhan
dengan adanya majlis nasyid ini
semoga dapat meningkatkan perpaduan

daun selasih sipucuk mangga
ramuan mandian si anak puteri
andai bukan hari keluarga
tidaklah kita datang kemari

joran patah disentap haruan
padi dituai memerah keringat
Al-Quran tinggi kita martabatkan
sebagai penyuluh hari akhirat

hari ini mengutip koyong
hari esok mengutip kepah
hari ini kita sebumbung
hari esok kita berpisah

apa diharap padi seberang
entah berbuah entah tidak
entah dimakan pipit melayang
sedia sudah aneka hidangan
didepan mata jauhnya tidak
sudilah kira tuan mulakan

padi berbuah sawah berair
batas ditanam pisang berangan
Azam pelajar SRK Telaga Air
tekad menuju ke arah kecemerlangan

ANAK PANTAI SELAMANYA......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!