Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 10 November 2014

Contoh Pantun Akhir Pengacaraan


Di bawah ini adalah beberapa contoh yang dikumpulkan untuk kesenangan kawan-kawan untuk menjadi pengacara majlis...


Kapal Labuan berlabuh di sini
memunggah beras di pelabuhan abadi
singgah sebentar lalu pergi
majlis ini tamat di sini
tetapi kenangan kekal abadi
panjang usia berjumpa lagi
kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan didalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan didalam hati
dari mana hendak ke mana
panjang rumput darilah padi
buan sama hari yang sama
tahun depan berjumpa lagi
kalau benar jalanku salah 
tolong ajar cara berlari
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati
kalau kerbau dah masuk kandang
tak payah kita tercari-cari
kalau diberi nafas yang panjang
di lain kali ketemu lagi
dari mata turun ke hati
hati indah cerah menawan r
ramah mesra baiknya budi
semangat kekeluargaan kita terus kekalkan
Walaupun penat terasa lelah
senyum masih berseri-seri
walaupun majlis berakhirlah sudah
namun,tahun depan insyaAllah kita akan berjumpa lagi
gelang-gelang si paku gelang
gelang dililit pokok peria
pulang wahai marilah pulang
marilah pulang bersuka ria.
burung nuri burung tempua
jinak-jinak burung merpati
insyaAlah kiranya dipanjangkan usia
tahun hadapan berrjumpa lagi
kalau buih menyusuri kolah
raga jarang tidak bertali
apa yang lebih datangnya dari Allah
apa yang kurang datangnya dari pihak kami
Gadis manis berbaju kurung
sopan santun berbudi tinggi
gembira hati dapat berkampung
insyaAllah semoga tahun depan berjumpa lagi.
terima kasih daun keladi
panjang umur jumpa lagi
kepada Perdana menteri dan juga isteri
kehadiran malam ini amat di sanjungi.
bumi kenyalang bumi tercinta
alamnya indah sungainya bersih
pemimpin negeri bersemangat waja
punya kekuatan berjiwa gigih
anak haruan berlima-lima
sakit ditimpa punggur berdaun
budi tuan kami terima
jadi kenangan bertahun-tahun.
akar keladi melilit selasih
selasih tumbuh dihujung taman
kalungan budi junjungan kasih
mesra kenangan sepanjang zaman.
daun kelapa daun palas
mari dianyam dibuat ketupat
jasa mu tuan tidak terbalas
akan kami kenangsepanjang hayat
budi setahun sigunung intan
beras kuning direnjis-renjis
terima kasih sungguh kami ucapkan
kesudian tuan melangsungkan majlis
anak-anak menanam kacang
kacang di tanam tepi perigi
anadainya ada umur yang panjang
tahun hadapan berjumpa lagi
lebat sungguh buah kuini
ditanam Pak Abu di tepi perigi
berakhirlah sudah majlis kita ini
isya Allah tahun hadapan berjumpa lagi
hari ini menanam jagung
hari esok menanam serai
hari ini kita berkampung
hari esok kita bercerai
kalau pagi katakan pagi
tidak saya datang petang
terima kasih kepada PPD
atas kkesudian tuan datang
sungai Rejang sungai yang panjang
tempat penduduk mencari rezeki
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi
malam ini menanam jagung
malam esok bertanam serai
sudahlah besama kita berkampung
tibalah masanya untuk kita bersurai

Pantai Damai indah berseri
tampak  bersih penghibur hati
selesai sudah majlis ini
terima kasih daun keladi.
Pergi ke sungai menahan lukah
segar suasana menawan hati
upacara selesailah sudah
cenderamata dihulur kenangan abadi
Tingkap papan kayu bersegi
sampan sarat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa.








  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!