Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 13 Mei 2014

Catatan Ini Untukmu Anakku

Bicara ini buat anak-anakku
Mungkin hanya dicatatan ini sahaja yang bisa emak luahkan untuk kalian semua
Mungkin kalian anak-anak mak tidak akan membaca catatan ini dalam masa terdekat ini
mungkin anak-anak mak akan  membacanya bila tiba suatu masa nanti
Sejujurnya mak bersyukur mempunyai anak-anak permata hati yang comel.
Permata hati mak seramai lima orang ini,seikhlas hati mak sayang semuanya.
Mengimpikan kalian semua menjadi anak-anak yang soleh yang menjadi sandaran mak dan ayah di alam kubur nanti. Cemerlang sahsiah diri denga budi pekerti yang mulia,hormat ibu bapa dan sentiasa menjaga nama emak dan ayah..
Anak-anakku
Semua ibu dan bapa di dunia inimengharapkan anak-anak mereka cemerlang dalam segala bidang.Itulah juga impian mak dan ayah.
Mak akui kesilapan mak yang tidak mendidik kamu dengan sempurna seperti ibu-ibu yang lain.tapi mak cuba untuk menjadi ibu yang sempurna.Kadang-kadang latar belakang hidup mak menjadi salah satu punca mak tidak sempurna.
maafkan mak ya..
anak-anak mak yang dirahmati Allah
  • jagalah tali persaudara adik beradik diantara kalian,janganlah saling bermusuhan dan saling tikam menikam.wujudkanlah uhkuwah yang erat walaupun mak dan ayah sudah tiada lagi di dunia ini
  • Janganlah lupa kami di dalam solat lima waktumu
  • Berusalah dan cubalah renungkan andai kejayaan dalam pelajaran tidak dapat kau gapai.
  • belajarlah bukan untuk kami tapi untuk masa depan kalian sendiri.
  • kesenangan itu hanya akan didapti melalui susah-payah,ketenangan hanya didapati melalui kerja keras .Ingatlah anak-anakku
  • kehidupan ini adalah kesempatan yang hanya boleh dirasakan setelah kita kehilangan.sedangkan kesihatan itu adalah mahkota yang bersemayam di atas kepala orang yang sihat,yang hanya boleh dilihat oleh orang yang sakit..jagalah kesihatan kalian anak-anakku..
  • mak tidak akan bahagia jika anaknya derhaka.semoga kalian tidak berada dalam kelompok berkenaan
  • Jagalah perilaku serta tatasusila .letakkan iman di tempat utama,jagalah solat kalian .
  • Carilah kejayaan didalam setiap apa yang dilakukan,bahagiakan orang lain insyaAllah ,kita akan bahagia dengan tiap apa yang dilakukan apatah lagi di dasari dengan keikhlasan.
  • didiklah hati selalu supaya terhindar dari sifat dengki,pergaduhan dan buruk sangka
  • jadikan hari-hari istimewa untuk saling menghargai antara satu sama lain..Ucapan walaupun hanya tiga perkataan tapi kesannya amat mendalam mengikat kasih sayang.
  • Sebenarnya di anatara kita,kita tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu,tapi yang pasti jangan kita lupa untuk berdoa supaya kita akan dijumpakan lagi di syurga Firdaus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!