Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 27 Februari 2014

Mr Budu...


Mr Budu...awak dah tinggalkan saya seorang kat PD ni...semoga selamat perjalanan awak ya..
Sedihnya rasa kena tinggal.pasti tak best lagi dalam kapal nanti bila tak bersama awak Mr. Budu..terima kasih kerana melawat saya..hilang stress saya bila awak datang walaupun pertemuan itu hanya seketika...
Semoga dalam hati awak ada saya..sayang awak ketat- ketat...rindu pada bunga ros awak tu...jangan lupa petik untuk saya..

Rabu, 26 Februari 2014

Sekadar menulis


Perjalanan hidup seseorang itu berbeza- beza..ada orang diuji dengan kesenangan tapi miskin kasih dan sayang.ada orang pula diuji dengan kesusahan tapi dikelilingi dengan suasana tenang dan penuh kasih sayang..seimbangkan Allah bagi pada hambanya...bertuah lah siapa yang mendapat kedua-dua nya.kaya harta dan kaya kasih sayang...Namun jika kita tidak mendapat keduanya..sabarlah dan dalam masa yang sama jangan lupa teruskan usaha mendapatkan apa yang kita hayati.takwa dan usaha sentiasa seiringan.positif minda .tingkatkan wawasan untuk mendapatkan apa yang dicitakan

Hanya sekadar menulis melepaskan tekanan selepas mengadap buku...apapun senyum tak perlu kata apa-apa.

Sehari Dua ni...

















Jumaat, 21 Februari 2014



Jumaat yang Berkat


Alhamdulillah diberikan kesejahteraan dan bertemu lagi di hari Jumaat yang penuh mulia ini..semoga hari ini Akan lebih baik dari yang semalam.
Hilang kan Semua pra sangka..Tanamkan jiwa yang positif pada diri..selagi diberi tenaga dan ku drat berbakti lah pada yang memerlukan pertolongan Kita.ingatlah selalu yang mengerakkan hati insan- insan yang datang untuk meminta pertolongan adalah kemahuan Allah jua.Dia Yang Maha mengetahui segala nya.berbanggalah dalam ramai- ramai yang Ada di sekeliling dia,Kita menjadi pilihan untuk dia meminta pertolongan..ini bermakna betapa Kita berada di hati mereka...syukur mesti selalu jangan merungut lagi lepas ni...tiap berlaku pasti Akan memberikan Kita seribu pengalaman..kutiplah pengalaman itu..sangat berharga untuk meneruskan hari depan yang belum tentu apa kesudahannya..buang jauh2 perasaan iri hati,cemburu pada orang lain.rezeki Semua Ada di mana2 .percayalah tiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas pasti Allah balas dengan Bertambah Hebat lagi ..yakin lah dengan janji Allah...

So apa lagi...terus kan usaha...berbakti..elak diri dari insan- insan yang menyebabkan Kita berpra sangka buruk..senyum mesti selalu...

-anak Pantai-

Lagi pantun

Bandar baru Seberang perai
Menjadi Kebanggaan segala warga
Hancur badan Tulang bercerai
Budi yang baik dikenang juga

Banyak duri perkara duri
Duri mana duri yang tajam
Banyak Budi perkara Budi
Budi yang mana dikenang orang..

Di Tengah bendang menanam padi
Padi terkenal dari Seberang
Banyak Budi perkara Budi
Tidak kan sama Budi mu seorang..

Anak teruna memasang jerat
Anak Dara meraut lidi
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Burung pipit Burung kedidi
Hingga di pokok di tepi sawah



Jika hidup tidak berbudi
Ibadat pokok tidak berubah

Dari daik pulang ke daik
Se hari- hari berkebun pisang
Budi baik di balas baik
Dalam hati dikenang orang

Di sana padi di sini padi
Padi huma dari Seberang
Di sana Budi di sini Budi
Barulah Nama di sebut orang

Gunung santubong gilang gemilang
Air laut Tenang -tenangan
Budi sedikit tak kan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jeruk manis dimakan manis
Manis sekalipun kulit bijinya
Di lihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Jikalau Ada legundi pahit
Belanga baru saya jerangkan
Jikalau Ada Budi baik
Menjadi abupun saya kenangkan

Kalau berladang menanam keladi
Keladi di bawa ke tanah Seberang
Kalau dagang pandai berbudi
Sampai mati dikenang orang

Kalau tidak selendang bali
Serindit makan si lada muda
Kalau lah tidak kenang sekali
Kenang sedikit adalah juga

Lima  jari  batang  berduri
Masak gula buat manis an
Saya datang kerana Budi
Bertambah pula tuan berpesan

Tingkat papan layu bersegi
Sampan sakat di Pulau angsa
Indah tampan kerana Budi
Ting gi bangsa kerana bahasa.

Tinggi Tinggi pohon hati
Tempat bermain si manja sayang
Sungguh Tinggi Harga Budi
Budi di balas kasih dan sayang

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah Budi
Runtuh Budi runtuhlah bangsa..

Tanam pisang tanam ubi
Ubi di tanam buat kan batas
Banyak orang bertahan Budi
Dalam ingatan hendaknya di balas

Tanam legundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk nya mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati..

Singapura dilanggar tidak
Lekat jongor todaknya mati
Kiranya di balas Kiranya tidak
Budi dikenang di dalam hati..

Sebuah kendi warna Kencana
Di atas kain kesumba murup
Sepantun Budi kami terima
Menjadi kenangan seumur hidup

Puyu-puyu konon namanya
Di dalam kolam konon tempatnya
Cantik manis barang lakunya
Serta dengan Budi bahasanya

Pisang nangka di masak pengat
Kait-Kait banyak durinya
Macam mana saya tak ingat
Orang baik dengan budinya

Anak itik pandai menari
Anak angsa terlompat-lompat
Rupa cantik dapat di cari
Budi bahasa mana nak dapat

Ada padi adalah beras
Bertanak nasi periuk tembaga
Ada Budi adalah balas
Orang berbudi Kita berbahasa

Akan keladi melulit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan Budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Anak Negeri Mencari tuba
Tuba di cari di tanjung jati
Di dalam hati tidak kan di lupa
Bagai rambut bersimpul mati


Asam Kandis Mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Di lihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi TELAGA
Nama yang baik Jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Baik-baik bertanam ubi
Biar rapat  jangan jarang
Baik-baik bertanam Budi
Budi yang mana dikenang orang

Kalau Ada seumur di ladang
Boleh Kita bersama mandi
Budi yang baik Akan dikenang 
Ingatan kasih kekal abadi


Orang memberi...Kita merasa...terima kasih sekalung Budi kerana berkunjung ke blog ini..




 







Khamis, 20 Februari 2014

Tip guru penyayang ....ni teori diri sendiri


Bukan susahpun nak Jadi guru penyayang..
@ cakna anak Murid, rajin Tanya Khabar kala datang ke sekolah
@ sentiasa peluk dan usap rambut anak- anak Murid mcm anak Kita sendiri sebab rezeki yang Kita dapat pun dari mereka.
@ sentiasa lontarkan senyuman tanpa memilh kasih ...layan mereka sama rata..
@sesekali sedekahkanlah sedekit duit yang Kita dapat untuk mereka..jangan kedekut untuk belajar mereka??insyaAllah mereka Akan doakan Kita Balik agar murah rezeki..
@makan kat kan tin tu ajak2 lah sama Murid makan dengan Kita kongsi makanan dengan mereka..Berkat makanan Kita.
@jangan kedekut bagi Pinjam apa sekalipun...Kita Akan dapat banyak lagi Allah balas...contoh guna lah hp Kita untuk coll mak ayah dia..se cara tak langsung mak ayah mereka tahu dan kenal baik nya Cikgu anak dia..hihi..
@jangan rasa geli bila anak- anak Murid Kita sayang dan cium Kita walaupun air liur penuh di muka..mana tahu air liur Pelajar yg tidak berdosa itu menjadi penyeri muka Kita..hihi..cubalah..

aha..sedikit je beri tip ni...tapi amallah..pasti jiwa Tenang bersama Murid- Murid Kita...

Kandid Aktiviti memasak kelab keusahawanan PPKI SMK Demak Baru...














Rabu, 19 Februari 2014

Hilang sudah kemanisan...


Kadang kala diri rasa kuat untuk tempuh ujian
Kadang kala saya gagal...lemah ,patah Semangat...putus Asa Semua bercampur tapi bila tolak ,kali dan bahagi .masuk lah Balik yang positif baru kuat Balik
Hilang sudah  kemanisan rasanya mengajar di sini...sungguh rasanya sudah cukup masa untuk pergi..tapi mengenang kan Alif sebagai ibu berat juga meninggal kan anak sorang diri..
Kemanisan bekerja kini semakin ke tawarnya...persahabatan jauh se kali..cukup mencabar keupayaan diri...Hanya kekuatan anak - anak Murid dan pihak pentabir..apa yang perlu semoga tabah dan senyum Sokmo dalam apa jua situasi ..

-Anak  Pantai-

&&&& hidup tak selalu nya indah..itulah orang kata..

Bunga hiasan

Aktiviti pendidikan seni membuat bunga hiasan