Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Ahad, 25 Ogos 2013

Projek Hari Minggu (Laksam/laksa Kelantan./ puding jagung,kek lumut)

 hari ni bangun pagi tak tahu nak buat apa..teringat ada ikan yang telah dikukus apa lagi projek buat laksam dan laksa lah pulak.Seronok sebenarnya memasak ni.macam malam tadi permintaan anak-anak nak makan sushi..apa lagi suruhlah en suami pergi belikan tuna srdin .buat sushilah hingga kenyang anka-anak makan.lepas buat sushi buat pulak kerepek  sewead ..walaupun penat balik dari Gedong tapi tengok anak-anak makan hilang penat.
hari ni pulakprjek laksam,puding jagung dan kek lumut..balik en suami terkejut kita dah siap masak..


2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cawan air suam

Cara2:

1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dalam setengah jam 
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
6. Letak pinggan  dalam  periuk kukusan
7. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis
8. Kukus sampai keras
9. keluarkan dan tunggu suam terus gulung
10.gunting sederhana tebal

bahan: (kuah laksam)
Kuah: 1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung

2 batang serai
5 biji bawang merah
sedikit serbuk lada hitam
3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit asam keping
sedikit gula

garam ,belacan,sedikit gula dan serbuk perisa(kalau suka)

Buat kuah:
1.Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2.Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3.Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.
4.Buang tulang ikan.
5.Kisar isi ikan dengan serai, bawang merah dan air rebusan.
6.Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
7.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
8.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.
9.Tutup api.

Ulam: kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, salad
- semua hiris halus dan campurkan bersama
Taugeh - direndam dalam air panas sebentar
Timun - buang kulit, buang tengah dan hiris halus-halus

Buat sambal:
1. cili besar dan cili kecil ditumbuk dengan sedikit garam







Puding Jagung

Bahan-bahan
15 gm agar-agar
6 cawan air
1/2 cawan gula
sedikit garam
1 tin susu cair
3 sudu susu pekat manis
1 1/2 sudu tepung kastad
2 sudu marjerin
1 sudu kecil esen vanila
1 tin jagung

Cara buat 
  1. Campurkan agar-agar dan gula serta air dalam periuk
  2. Masak atas api sederhana/kecil sehingga agar-agar hancur
  3. kisar susu cair ,susur pekat ,esen vanila,tepung kastard dan marjerin
  4. campurkan dalam periuk agar-agar tunggu sehingga mendidih masukkan dalam loyang bersama jagung dalam tin tu dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga dia beku
  5. Sejukkan dulu disuhu bilik 
  6. Dah sejuk, baru masukkan ke peti ais 
  7. Lebih kurang 1/2 jam dalam peti ais, bolehlah dikeluarkan potong dan jamulah anak-anak makan...
cubalah ya..

Kek Lumut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998