Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 23 Januari 2013

Serabutnya rasa wehhhh!!

Photo 
Alhamdulillah hari ini hujan membasahi bumi...di Bumi Kenyalang nie..
Eloklah hujan turun sejuk sedikit suasana..
Tika ni sejujurnya diri dalam tekanan lantaran kesilapan diri sendiri yang tidak bijak membuat percanturan..
Inilah kelemahan diri..Semakin hari diri ini menjadi semakin kurang tabah,kurang bersemangat,kurang berusaha dan mudah berputus asa.
Sifat panas baran pula kini mula menguasai diri..
Saat ini mencuri sedikit masa untuk mengurangkan sedikit tekanan dengan menulis dan terus menulis.
Inilah cara diri ..tika tekanan hadir jemari akan merindui key boad untuk menaip dan terus menaip yang butir isi ceritanya  diri semndiri tak tahu apa yang dituliskannya.
Tanggungjawab untuk mak ayah hari ini dah tertunai.Sempat singgah di stesyen minyak untuk buat pindahan wang .Lega rasa hati bila tanggungjawab yang satu itu dah selesai..Sekurangnya ayah tidak ternanti -nanti..
Dari rumah tadi dalam hati ada beberapa perkara perlu di buat pagi ini..Tapi malangnya satu perkarapun belum dibuat.
Rekod pengajaran masih belum diselesaikan.Meeting HEM semalam semakin bertambah bebanan..Minit mesyuarat,panggilan mesyuarat.Pelan Strategik untuk disiplin aliran perdana dan untuk PPKI .Semuanya inginkan secepat yang mungkin.
Inilah kesilapan diri..biarkan kerja tertangguh dan terus tertangguh akhirnya sendiri yang merasa kesan nya.
#En Suami..maafkan saya kerana saya melepaskan tekanan saya pada awak semalam..kesamnya mungkin seluruh badan awak sakit-sakit kerana cubitan bertubi -tubi dari saya.
Terima kasih kerana sentiasa buat susu soya tu untuk saya.
Saya tahu saya banyak berubah..saya tahu awak rindukan isteri awak yang dulukan..
Maafkan saya kerana saya tidak seperti dului lagi..
Mungkin kah ada ruang waktu untuk saya????  

Sabtu, 19 Januari 2013

Sahabat

sahabat akan sentiasa ada walau bagaimana situasi kita
sentiasa ada di kala kesedihan,
di kala kegembiraan
tidak menjauh tika keperitan
tidak ambil peluang saat kesenangan
tetapi sahabat sentiasa menjadi pendengar tika hati kita meluahkan 
segala suka duka yang kita tempuhi.. 
Sahabat ...
walau dimana dirimu berada kini..
doa dan harapan biarlah kesejahteraan sentiasa dimiliki..
Kita pernah bersama,
kita juga pernah menangis bersama
Lantaran itu
dirimu sentiasa dalam ingatan sepanjang zaman..
# kuabadikan buat sahabat-sahabat yang pernah hadir disisi ..sahabat di SK batu Rakit,SMK Kompleks Mengabang Telipot,SMK Ibrahim Fikri serta di UKM bangi...


 

Memaafkan lebih mendamaikan

 
Sememangnya amat berat untuk memaafkan tiap kesalahan yang dibuat oleh orang lain terhadap kita.Hanya insan-insan yang terpilih sahaja yang dapat melakukannya.
Semahunya salah satu insan itu adalah saya.
Tapi saya insan biasa yang amat berat untuk memaafkan kesalahan orang pada saya..
Bertuahlah pada insan yang dikurniakan sifat pemaaf yang amat tinggi oleh Rabbul Izzati...

 
 

Khamis, 17 Januari 2013

Bersyukur Dengan apa yang ada

 
 BERSYUKUR dengan apa yang  ada.....
.. itulah pelajaran yang kita dapat daripada budak kecil ini...
. sedarlah wahai anak-anakku, 
BERSYUKURLAH dengan apa yang  kamu ada sekarang, 
kamu sedih dengan sedikit yang kita dapat...
namun  ramai di luar sana langsung tidak dapat apa yg sedikit kita dapat.... 
tapi mereka tetap bersyukur..
Lazimnya manusia yang silau dengan nikmat ,lupa pada yang memberi nikmat.
Semoga kita bukan dikalangan orang yang sebegitu..
 
# masih kecil dulu saya susah..macam gambar budak nilah..dari kecil melakukan pelbagai kerja demi mencari sumber pendapatan..
Alhamdulillah rupanya mentari buat saya masih terang..
mendung telahpun berarak pergi.. 

Hanya Menulis..

 
Begitulah hati kitakan...
Hati kalau sudah tamat dan kering kasih sayang,
ianya merupakan kaca pecah yang tak mungkin ditautkan kembali..
Seandainya seketika waktu dapat diputarkan kembali
ingin rasanya untuk mengulangkan semula kisah percintaan kita
EN SUaMI!!
Sayang AWak!! 

Rabu, 16 Januari 2013

Basikal mengingatkan pada Arwah Tok Ki

 
Lihat gambar ni kenangan mengusik jiwa.sungguh.
Teringat masa sekolah rendah dan sekolah menengah,basikal macam nilah yang selalu saya naik.
Ronda-ronda kampung dan yang paling saya ingat saya selalu bawa basikal ni bila nak hantar nasi untuk arwah tok ki...bila teringatkan arwah ni buat betul2 rasa sayu..Saya tak sempat nak membahagiakan arwah kerana dia pergi sebelum saya dapat mengapai bintang saya.
Terkenang kan keadaan masa hayatnya,dan kejahilan saya ketika itu amat memilukan.Sayangnya dimasa diri ada sedikit kesenangan arwah dah pergi buat selamanya
Semoga arwah tenang di alam sana..

Gapailah bintang sebelum hilang...

 
ku gapai bintang bersama kawan
satu dua satu dua oh, tinggi sungguh
cepat kapal terbang bawaku ke awan
satu dua satu dua oh,bintang sungguh jauh
bintang di genggaman bila ada kejayaan
berusahalah..berusahalah..
sebelum bintang itu hilang... 
 
p/s...buat anak-anak serta anak-anak murid tercinta berusahalah mengejar kejayaan..jangan sesekali jemu untuk berusaha..kerana kita pasti bertemu disatu titik yang membahagiakan.
-Anak Pantai-.

Lukisan seribu makna..

Suka tengok lukisan nie...saya ambil dari FB Palavras soltas
Ada nilai yang tersendiri pada gambar nie..
Teringat zaman kanak-kanak dulu..Realitinya kehidupan ketika itu sentiasa diulit duka..
Bila malam menjelma selalu curi waktu seketika sebelum terlena mengimpikan satu kehidupan yang indah,pakaian yang cantik,keluarga  yang bahagia..Biar tidur dalam keadaan yang mengembirakan..akhirnya saya tidur dalam senyum dan wajah yang ceria..cukuplah sekadar angan-angan..
-Anak Pantai-

Sabtu, 12 Januari 2013

Buah Palinjo..

 


Mak!!!

Mak...walau dimana saya berada moga mak tidak lupa untuk turut mendoakan ksejahteraan saya.Begitu juga sentiasa saya mengharap hari-hari yang bakal mak tempuhi sentiasa diulit kebahagiaan dan kesejahteraan.RINDU pada Mak tak pernah padam walau musim berubah.          
 

Happy Birthday En Suami

dft.gif 
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke -42 buat En suami..
Doa dan harapan En Suami dipanjangkan umur ,sihat sejahtera...cemerlang dalam kerjaya.
Maaflah kali ini hadiah lambat sampai..bukan lupa tapi kesibukan membatasi diri..
apic48.gif 
Abang...terima kasih kerana memilih saya untung berkongsi hidup di atas muka bumi ini.
Terima kasih kerana memberikan cahaya buat saya.
Terima kasih kerana ajar saya mengaji
Terima kasih kerana buat saya dan keluarga bahagia..
untuk ayah  .
Alif ucapkan selamat hari lahir
Alif doakan ayah sihat dan panjang umur. 
ayah
adam ucapkan selamat hari lahir buat ayah. 
adam sayang ayah
adam doakan ayah sihat
 

Jumaat, 11 Januari 2013

Selamat Hari Lahir Achik

byfd.gif 
Selamat hari lahir ke 27 buat adik kesayangan Achik..
Semoga panjang umur ,dimurah kan rezeki,dan yang paling utama sentiasa sabar tanpa adanya insan tersayang disisi