Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 5 Mac 2012

Prasangka merosakkan persahabatan


Friends Together Forever 
Kawan, sahabat dan teman..semuanya bila dinilai maknanya..hampir sama fungsinya..Dalam hidup ini kita memerlukan kawan,sahabat  atau teman yang boleh kita kongsikan suka duka perjalanan hidup kita.
Kita juga mengharapkan kita sendiri boleh menjadi kawan,sahabat atau teman pada kawan-kawan kita.Yang boleh orang rasa bahagia bila bersama kita.Kita boleh sama-sama menangis dan bergelak ketawa mengikut alunan situasi..Rasa kehilangan bila kita tiada..Itu akan terasa betapa diri kita amat bernilai untuk menjadi seorang sahabat...teman dan kawan.
Namun..adakalanya persahabatan walau sebaik manapun boleh terputus kerana ada sesuatu yang merosakkan jalinan persahabatan itu..Salah sangka, itu antara satu penyebab yang boleh menjadi duri dalam daging pada sebuah persahabatan...Andai itu sudah ada antara kita dan sahabat. hubungan persahabatan sudah tiada nilainya..langkah yang terbaik noktahkan sahaja persahabatan itu tanpa ada perkongsian cerita ,hati dan perasaan..
Apalah ertinya hubungan lagi jika sering kali ada wasangka yang sentiasa melukakan hati antara kita dan sahabat.Kita menjadi kudis yang sentiasa menyakitkan sahabat dan teman kita.
Walau seribu kali sayangpun kita pada sebuah persahabatan...kita terpaksa leraikan jua..Jangan nanti timbul dendam yang tak mungkin terlerai..
Pada kawan,sahabat atau teman...andaikata kini saya selalu buat kalian sedih,sakit hati atau terkilan dengan saya ni...buanglah saya dalam senarai sahabat ,teman atau kawan kalian.Kerana saya bukan kawan yang terbaik ..Walau apa pun...saya anggap kalian terbaik untuk saya ..Kerana kalian begitu berharga!!.

5 ulasan:

  1. Begitulah adat dalam sesebuah perhubungan...mesti ada syak dan prasangka jika apa yang berlaku kini tidak sama seperti sebelum.....walaupun begitu hati dan perasaan jauh sesekali berubah..kerana hatilah yang dapat menyatukan dan mengeratkan kembali satu perhubungan.Selagi hati masih ada rasa sayang usah dibimbangi akan perpisahan.

    BalasPadam
  2. Yang berharga pasti kita akan jaga dan gilap ia sampai bercahaya dan sentiasa bercahaya...jangan biarkan ia pudar takut jatuh harga pulak nanti...ha.ha.

    BalasPadam
  3. kata orang persahabatan akan kekal selamanya tidak seperti sebuah percintaan..apapun tepuk dada tanya selera

    BalasPadam
  4. DADA KATA OK TERUSKAN...SELERA KATA SEDAP HINGGA MENJILAT JARI..SO GO AHEAD LA..tapi jgn dari persahabatan bertukar menjadi percintaan pulak...

    BalasPadam
  5. persahabatan tetap persahabatan

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!