Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 23 Januari 2012

Jadilah cahaya Buat saya


you-are-my-sunshine.gif 
AWak..
Jadilah cahaya buat saya
kerana saya tahu hidup saya gelap tanpa awak..
Awak..Jadilah cahaya buat saya
Kerana saya tahu saya buta bila saya ditimpa masalah
tapi bila awak ada awak bagi jalan buat saya bagaimana nak selesaikan masalah.
Awak ...jadilah cahaya buat saya
tika saya berduka
Awak berikan sinar bahagia buat sahaja..terangi hati saya dengan gelak senda gurau tawa.
Awak..jadilah cahaya saya
tika susah dan senang saya
Jangan malapkan cahaya itu 
kerana saya perlukan cahaya awak sepanjang perjalanan hidup saya.
Saya tahu cahaya awak buat saya terkadang kabur..
Saya buat awak terluka
Saya buat awak sedih
saya buat awak terkilan
Tapi awaklah tempat saya bertukar cerita!!

1 ulasan:

  1. Sedih biar sekejap...terkilan hanyalah sebentar...moga rindu yang sentiasa berpanjangan supaya hubungan sebagai teman tiada noktah lagi.Adakala cahaya malap dan kurang bersinar jua dek ditutupi awan dan mega kelabu.Namun ia tetap berusaha untuk munculkan diri menyinari insan yang memerlukan.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!