Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Setahun meninggalkan kampung halaman,pastinya esok jika diizinkan olehNya pasti akan kujejaki lagi tanah tumpah darahku.
Dapat menatap seraut wajah ayah yang setahun kuabaikan..Mencium tangan emak yang kurindukan .Bersua dengan darah sedaging yang mengembirakan....Apa agak nya perubahan desa halaman adakah seperti mana yang ditinggalkan dulu.Atau mungkin banyak sekali perbezaannya seiring dengan putaran masa. Pastinya ada insan-insan yang telah pun pergi dan tak akan kembali...Bagaimana agaknya suasana pantai yang kutinggalkan.Musim tengkujuh begini,pantai rasanya kurang serinya lantaran dicemari timbunan sampah dan kayu-kayu yang dibawa ombak yang menganas memukul pantai.Apapun situasinya,diri ini amat merindukan ombak dan pantai.. Terfikir untuk kepulangan kali ini mungkinkah apa yang diimpikan menjadi kenyataan atau sebaliknya.Kerana kita hanya mampu merancang ketentuan pula adalah dariNya .Yang pasti pertemuan akan berlaku dan perpisahan jua akan berlaku lagi..Kerana tiba masanya kembali semula meninggalkan kg halaman.
Sesungguhnya. terlalu merindukan.segala yang ada di kg halaman ...ombak,pantai,daun nyiur yang melambai,air telaga,orang kampung serta insan-insan yang kusayangi..
Dengar lagu ni ..baru rasa tak sabar nak balik...huhuhu
Azzarah ...tak sangka rupanya tahun yang terakhir kat sekolah..Rasanya saya masih belum puas untuk bersama pelajar ini...Tiada perkara yang dialakukan yang menyebabkan hati saya sakit..Tak dapat ditahan airmata berguguran disaat huluran tangan memohon ampun dan maaf kerana saya tahu ada ketika saya tidak mendidik mereka seperti mana yang sepatutnya.Saya pasti akan merindui pelajar ini..
Ariana pelajar yang masih bersama lagi pada tahun hadapan..seorang pelajar yang agak rapat juga dengan saya.Baru pulih dari rasa kecil hati sebab saya tidak memberikan hadiah sempena hari lahirnya..
saya juga akan kehilangan pelajar ini.Walaupun Shafrizan sedikit nakal orangnya tapi sangat ringan tulang membantu guru ketika diperlukan..
perpindahan rumah saya dan sambutan rumah terbuka di rumah saya ,beliau salah seorang murid yang turut membantu..Saya juga akan rindu pelajar ini..
Nazira lah menjadi pembantu saya nanti apabila saya kehilangan pembantu-pembantu kedai yang rajin seperti Naamah,Maxwell,Hazil.
Norazi juga akan tiada lagi pada tahun hadapan..
Intan dan Norazi juga antara murd yang akan menamatkan pelajaran mereka..Pastinya di bidang sukan amat terasa kehilangan permata sukan..
Segala kenangan bersama tetap tersimpan kukuh di ingatan
Tinta lama dah tidak menari untuk mencoretkan isi hati..kesibukan sememangnya membataskan diri ini untuk berdamping dengan diari yang amat disayangi ini..Apalagi sebuah blog yang usang sebagai tempat luahan perasaan ..sebagai tempat melepaskan tekanan.
Amat diakui minggu ini seakan mengejar masa..24 jam yang diberikan rasanya masih lagi belum mencukupi..Tepaksa juga korbankan mimpi-mimpi indah di malam hari lantaran mata takut untuk terpejam..Bimbang kerja tak sempat diselesaikan.Pun begitu sempat juga melepaskan tekanan pada teman-teman yang sudi menemani ...sungguh ada ketikanya rasa macam tak percaya sesuatu yang hadir ,apa yang berlaku pada ketika ini.Mungkinkah Allah sedang menguji diri ini.Dimana kah kekuatan diri ini untuk menghadapi segala ujian yang datang dariNya..
Segala tindakan yang dilakukan haruslah berfikr dengan sewarasnya.Jangan ada rasa menyesal kemudian hari.
Semalam kuntuman senyuman rasanya terukir indah..rasa bahagia apabila mengetahui segala kudrat yang tercurah selama ni dihargai..betul-betul tak sangka dengan komen-komen positif yang tidak terlintas di hati selama ni..Betullah selalu dikatakan orang..apabila sesuatu itu bermula dengan keikhlasan pasti pengakhirannya jua kemanisan..Cukuplah salah anggap orang satu ketika dulu amat perit rasanya..Dan kini Allah telah membalasnya dengan seribu keindahan..demi keindahan...cuma haruslah sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya.
Sesekali jua terfikir di hati..di mana keistimewaan diri ????Kenapa selalu saya diuji dengan sesuatu yang tak disangka..Didatangi dengan insan-insan yang tak terduga oleh minda ini...memerlukan kekuatan hati untuk menghadapi situasi ini..Ibarat menarik rambut di dalam tepung..Segala-galanya perlu dijaga dengan teliti .
Seminggu di bulan November telah berlalu..tak sabar mengira detik waktu agar pertemuan kembali menyatu..setahun tanpa kepulangan membawa sarat rindunya..rindu pada mak,ayah ,serta kaum keluarga..rindu pada kg halaman..pada pantai teman melepaskan perasaan yang setia menanti..Hujan emas di negeri orang,namum tanah tumpah darah ,airmata mengamit jua..Akur dengan runtuman jiwa ada rindu yang belum terlerai..
Diri ini bukanlah enggang hanya lah bangau yang pulang ke pangkuan kerbau..itulah ibaratnya.
Dengar lagu ni lagilah buat hati tambahhhhhhhhhh rindunya!!!