Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Rabu, 12 Oktober 2011

Teringin pulak nak makan buah ni...

Entah kenapa hari ini saya teringat pasal buah ni.Kalau tak silap saya nama buah ni buah stor..rasanya masam manis.Dulu dibelakang rumah saya ada pokok ni.Bila tiba musim berbuah hari-hari saya pergi mengutip buahnya  yang gugur. Dalam mengutip buah tu mata-mata kena berwaspada sebab belakang rumah saya masa tu banyak babi hutan...Selain itu pokok ni ada terdapat di belakang stesyen bas..sekarang ni stesyen bas kat batu Rakit tidak wujud lagi .Hanya kenangan je kini yang tinggal.Saya dan kakak-kakak terutama waktu pagi dekat situlah saya mengutip buah stor ni Kadang-kadang satu besen penuh saya bawa pulang hasil kutipan .Kalau malam tadi ribut pastilah berbakul-bakul saya dapat.inilah buah yang sentiasa membuatkan saya tersenyum bila mengingatinya .Apa tidaknya kaki abang saya nyaris digigit anjing kerana mengutip buah ni..Nasiblah kakak saya menjerit sepuas hati dan anjing tu terkejut terus lari.Buah ni pulak bila balik rumah biasanya saya makan begitu saja .Ada ketika pulak cicah dengan cuka,garam lada dan belacan.fuh..punyalah best.Terkadang mak saya buahkan kuah rojak dan buah ni di makan sekali dengan timun dan betik.Kulinya pula dibuah sayur tambah pula petai ..makan pasti bertambah punya.Saya cerita pokok ni bukannnya saya punya tapi pokok orang.saya pengutip buah tanpa izin..emmm.Pahit manis hidup saya macam rasa buah ni jugak..Tapi kini semua itu sudah berlalu.Segalanya berubah kini..Buah stor semakin pupus dan  hidup saya semakin berubah kini.
Terkadang kalau ditanya apa yang ingin saya nak..saya ingin kembali waktu kecil,watu remaja saya.biarpun penuh derita tapi tika tu saya sangat tabah..kuat berbading kini..

3 ulasan:

  1. Bukan stor la...stor tu tempat simpan barang...buah setar lah.silap eja je rasa.ada juga yg panggil buah kundang.memang betul la...dulu kalu kt kg byk pokok buah2...buah sentul,rambai,jambu batu,jambu air,jambu arang,pokok congkok dan tumbuh meliar tanpa pagar.sapa2 nak makan ambik jer..saya teringat pokok jambu arang kt kg saya..sapa yg berani pergilah kutip...kalu berani lagi naik atas pokok buat ran dan jadikan tempat lepak ditengahri2yg terik.Bestkan bila diimbau balik kisah budak2 dulu.tiada rasa cinta...tiada rasa sayang...berkawan sejujur hati..tp bila besar sikit dan mula pandai bergaya mulalah dia tu nak dia ni...yg tak tahannya ada yg tolong rekomen atau padankan patner...padahal tuanpunya diri tak minat pun...kelakar kan...tapi ada gak yg kekal sampai kini ikatan rasa itu...contohnya...aku la..

    BalasPadam
  2. saya pun terpanggil nak ulas perihal kenangan semasa kecil/budak2 dikampung dulu2.Dulu semasa balik dan pergi mengaji aku suka baling(org trg sebut.Pekong)buah sentul/setiar org.Pokok tu diperjalanan aku berulang alik mengaji.Dulu memang teror gok lah aku pekong buah ni...kata org dok saja la..buleh mkn nya...sapa2 yg lalu teutama awek2 gi ngaji sekali aku berikan.Aku x pasti pokok tu ada tak lagi skrg.pokoknya mmg tggi.kena guna kederat lebih.tp tangan aku betul gok la..2/3 pekong dh jatuh buahnya.isinya memang sedap...lemak.isi tebal.kulitnya pn lbh tebal dr sentul.Hrp2 tuan dia halalkan apa yg aku makan dulu2.Patut la ngaji kurang lancar kut...sori ya anak pantai kerana guna blog awak utk citer kisah saya.

    BalasPadam
  3. hihi budak kampung..indah kan bila ingat pahit manis masa dulu2.jom kita kongsi pengalaman kat blog ni

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!