Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Lihat telatah anak-anak murid PPKI saya nie..buat saya tersenyum sorang..Nak buat kad hari bapa yang sangat simple tapi nak menyudahkannya pelbagai telatah saya kena hadapi..Ingatkan renang je ada macam-macam gaya rupanya buat kad juga ada macam-macam.Ada gaya bebas,gaya terbang,gaya sembunyi tepi meja lah..dan macam-macam.Tapi inilah dunia mereka dan juga dunia saya..alam istimewa yang amat indah..








Cikgu suruh murid buat kad utk bapa tp nak tanya...cikgu buat tak utk bapa cikgu?...apakata tahun ni buat kad dan hantar/pos kepada bapa.
BalasPadamtulah...dlm hidup tak pernah lg beri kad pada ayah..huhu
BalasPadamMasih belum terlambat...kesempatan terbentang luas...cuma tepuk dada tanya hati jer..jgn sampai dia pergi tak kembali lg....bru nk hantar.
BalasPadamhihi..takpelah..saya tak hantar kad tapi saya selalu hantar doa..moga ayah sentiasa diberkati
BalasPadam