Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 2 Mac 2011

Kenangan Mengusik Hati

Sewaktu pergi ke Serikin hari tu terjumpalah satu kedai yang menjual barangan lama.Selama nie tak perasanpun kewujudan kedai ni walaupun dah beberapa kali ke sana.Sedang asyik member membelek barang tembaga,terpandang pulak mata ni pada seterika baju yang sebijik sama dengan yang pernah ku pakai dulu.
Tau tak zaman persekolahan ku dulu sememangnya penuh dengan bunga-bunga penderitaan...kegelapan dan pastinya kerana kemiskinan yang menghimpit keluarga pada masa tu.Seingat aku waktu sekolah baju tak pernahpun bergosok..Namun bila dah ke alam sekolah menengah ,perasaan ingin melawa dan bergaya mulai timbul.Mungkin kerana perasaan mencintai dan dicintai itu mula wujud.
Pergi ke sekolah melihat orang lain dan rakan-rakan berbaju cantikmula terasa rendah diri.Rasanya pada masa tu takde matapun yang sudi memandang apatah lagi untuk jatuh hati.Hehe..Setiap petang biasanya aku akan panaskan arang supaya menjadi bara sebelum bara itu kuletakkan dalam seterika..Bayangkanlah terkadang apabila bara api tu terlalu panas habis hangus baju sekolah.Berlubang sebesar gajah.Dahlah baju tu dikutip oleh orang  yang dah tak nak pakai lagi.Nak beli baru rasanya jauh panggang dari api.Terkadang bila tengok baju atau tudung dimakan oleh seterika yang panas tu menitis gok airmata sebab dah tudung dan baju dua helai je..Kalu dah rosak tinggallah sehelai je..Baju putih pulak tu dah bertukar warna.kekuningan.Nasib baik pada masa tu takde pulak guru yang menegur kenapa baju putih tak nampak macam putih.Letak sabun Fax satu bukupun belum tentu akan putih..rendam dengan clorox satu botolpun belum pasti berjaya..Namun itu lah kisah ku..Kejayaan kini kerana keperitan hidup mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan.Seterusnya berserah pada Dia Yang Satu..menentukan apa nasib kita selepas tu..Bagiku apa yang kukecapi kini adalah hasil perit lelah mencari kebahagiaan dan kini kutemui sinar disebalik kegelapan..
Rose

-Anak Pantai-

5 ulasan:

  1. Sye pun x prnh gosok unifrm sek dulu.Tp dulu basuh gne tgn...krg skt kedutnya...kasut sepasang gok setahun...baju hijau pakai hk abg punya...puas sinsing lengan agar nmpk kecik skt..gi sek pg dn ptg dgn basikal...mak ayah tak peduli pun tak mcm skrg..prg dan blk di atr dan ambil...siap tggu lg.blh bg motor lg.tkt ank lelah dan ssh ke sek..ialah kn zaman dh berubah jd kte mesti brubah.Yg lps jdkan kenangan...dn kenangan itu membuatkan kita kenal dan rapat sesama sendiri...balik sek berdua...pergi berdua tp hdp dgn org lain.Tak gitu?

    BalasPadam
  2. Takpelahitu pilihan yang kita buat..Yang penting kita bersyukur dikurniakan pasangan yang membahagiakan kita..

    BalasPadam
  3. Bahagia tp masih ingat orang lain

    BalasPadam
  4. Ingat saje ok lg...ada sesetengah tu blh couple semula.Reunion CINTA dulu.cerita dari kawan kepada kawan saya.

    BalasPadam
  5. balik sek berdua...pergi berdua tp hdp dgn org lain.Tak gitu?mmg simpatipun ....
    kenangan dan perasaan sayang pasti masih adakan..tipulah kalau dapat dibuang sewenangnya kalau dah cipta banyak kenangan dgn dia..pg ptg siang dan mlm sentiasa bersama..org kgpun tak hirau masa tu..

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!