
Sayang kumbang mencari makan
terbang seiring di tepi kali
selamat datang kami ucapkan
moga diiringi restu ilahi

bukan rumput sebarang rumput
rumput penghias cantik pandangan
bukan jemput sebarang jemput
jemput juri berikan penerangan

Siti Wan kembang perintah Kelantan
Nama termasyur zaman dahulu kala
Saat yang dinanti telahpun datang
Pertandingan nasyid akan bermula

Jangan kita bersikap malas
Buangkan juga sikap berangan
Kami memberi tidak minta dibalas
Hanya untuk kenang-kenangan.

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
Apa yang kurang dicaci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan.

keputusan pemenang sudah ditangan
Menunggu masa untuk diumumkan
Yang Berusaha Tuan Pengetua diberi penghormatan
Sampaikan anugerah mohon dilaksanakan.

Sukatlah puluh menggunakan gantang
Untuk diberikan kepada panglima
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

`
Buah selasih dicucuk lidi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi

Hinggap kedidi di bunga tanjung
Meniti-niti ke hujung dahan
Tuan berbudi amat disanjung
Semoga menjadi kenangan zaman

Berkejar-kejaran ombak di laut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi tuan disebut-sebut
kerja selesai dan terima kasih.

-Anak Pantai-
tq cikgu dapatlah saya gunakan sebagai contoh...terima kasih daun keladi
BalasPadamASSALAMULAIKUM...CIKGU..SAYA MHN UNTUK SHARE KE BLOG SAYA...THANKS YEA...
BalasPadamAmbillah sue...kita salaing bantu membantu
PadamKaka boleh tak hntarkn sya pantun selepas buat persembahan nasyid.
BalasPadamBila nak pakai tu
Padamthanks sebap pantun ni saya boleh buat persembahan
BalasPadam