Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 17 Februari 2011

catatan Buat Hadi 2

White Rose 
Hadi..cikgu masih ingin menulis buat dirimu biarpun cikgu tahu antara kita sudah di tempat yang berbeza..tapi izinkan cikgu melepaskan perasaan dan tekanan ini disini..Semoga hati cikgu akan kembali tenang dan hati cikgu menerima hakikat Hadi dah tiada...
Hari ini cikgu ke sekolah seperti biasa..ditakdirkan jua hari ini dalam jadual cikgu tiada kelas Hadi yang cikgu ajar..Sampai di sekolah..cerita Hadi telah pergi buat selamanya bermain dibibir setiap guru dan kawan-kawan Hadi..Sebolehnya cikgu ingin memekakkan telinga untuk tidak mendengar jua untuk membicarakan mengenai Hadi.Cikgu lemah .Cikgu takut airmata tertumpah lagi.Semalam air mata cikgu mengalir dan terus mengalir.Dan malam i ni juga cikgu tidak dapat melelapkan mata lantaran ingatan terhadap Hadi masih membara...Betapa hibanya lagi pabila perkhabaran Hadi meninggal kerana penyakit buah pinggang yang tidak diketahui oleh sesiapa..Luluh hati cikgu membayangkan kesakitan yang Hadi rasa semasa hayat Hadi tanpa dapat dikongsi...Tanpa siapapun yang memahami keperitan dan kesengsaraan yangHadi rasai...Cikgu rasa bersalah yang teramat kerana Hadi sentiasa menjadi gurauan senda cikgu tanpa cikgu ketahui insan ini mengalami pelbagai penyakit yang amat kronik..Sakit jantung dan buah pinggang ...Aduh...mengapalah cikgu tidak prihatin permasalahan Hadi ...
Esok...pasti airmata cikgu akan mengalir pabila majlis bacaan Yassin dan tahlil akan dilakukan.Dan esok jua hendak tak hendak cikgu akan masuk jua ke kelas Hadi .Mampukah cikgu menatapi meja dan kerusi yang kosong tanpa Hadi...Lukisan yang Hadi warnakan belum sempat cikgu periksa..Akan cikgu simpankan dan abadikan sebagai kenangan terakhir cikgu bersama Hadi..Doa cikgu semoga Hadi damai di sana...Maafkan cikgu untuk sekian kalinya kiranya cikgu tidak mengajar Hadi sepatutnya seperti seorang guru...Senyuman Hadi akan sentiasa segar dalam ingatan Cikgu..Terima kasih kerana tanpa kehadiran Hadi cikgu tidak mungkin cikgu  digelar guru istimewa...
Memori bersama Hadi kini meninggalkan buih-buih rindu yang memutih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!