Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 10 April 2010

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Nasyid



TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
BAHAGIAN KUCHING  TAHUN 2010.
13 April 2010.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

 Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak.

Yang Berhormat Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Adun Semariang .

Yang Berhormat.  Hj Fadillah Bin Hj Yusuf ……………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………
Yang Berbahagia . En Beduie Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching.

Yang Berusaha, En Ramli bin Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru merangkap pengerusi pengelola Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Peringkat Bahagian Kuching, 2010.

Yang dihormati pengetua-pengetua ,guru besar-guru besar,guru –guru,tuan-tuan-puan-puan serta para peserta pertandingan nasyid sekalian.

Hadirin dan Hadirat sekalian,
Salam bahagia,salam hormat,salam sejahtera dan diucapkan selamat datang ke Auditorium Pusat Pelancongan Sarawak, untuk acara kemuncak Majlis Penutupan Rasmi Festival Nasyid Peringkat Bahagian ,Kuching.

Untuk makluman hadirin,Pertadingan Nasyid sekolah-sekolah peringkat bahagian Kuching 2010 telah dimulakan pada pagi tadi dan baru sahaja berakhir .Sebanyak 6 penyertaan dari peringkat menengah dan 10 penyertaan dari peringkat rendah.



Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.


Nyayian Lagu Negaraku



Hadirin dan hadirat  sekalian,

Bagi menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia,marilah sama-sama dengan penuh semangat menyanyikan lagu kebangsaan ,Lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi.

BACAAN DOA

Hadirin yang dihormati

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis,  marilah sama-sama  menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Badrul Hisyam Bin Abdul Majid. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Abdul Majid atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI INDUK FESTIVAL NASYID.
Hadirin dan Hadirat sekalian,

Negeri Sarawak aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atucara pertama,

Majlis dengan ini mempersilakan yang berbahagia .En Beduie Bin Uney .Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,merangkap pengerusi induk Pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching 2010, untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Bin Uney ,Pegawai Pelajaran Daerah Kuching,atas ucapan sebentar tadi.


UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN.

Cempaka sari warisan sejati
Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekalian.
Seterusnya mjlis menjemput Yang Berbahagia En Beduie Uney Pegawai Pelajaran Daerah Kuching untuk mempersilakan Yang Berhormat. Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.mewakili Yang Berbahagia .Datuk Amar Abang Hj Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Hj Openg,Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar,Sarawak,untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Bahagian Kuching 2010.
Majlis mempersilakan…..

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Yang Berhormat ,Datuk Hj Daud Abdul Rahman ucapan dan perasmian itu tadi.

Ucapan tuan menyerikan majlis
Warga pendidik tampak ceria
Kesudian Tuan merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira.

Kain pelikat panjang sembilan
Tersusun corak cantik warnanya,
Tuan pemimpin disegani watan
Kami menumpang sinar cahayanya.


ULASAN KETUA JEMAAH HAKIM DAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI FESTIVAL NASYID.

Hadirin sekalian


Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan ……………………………………………………………………selaku ketua jemaah hakim untuk memberikan ulasan dan seterusnya mengumumkan keputusan rasmi pertandingan Nasyid sekolah-sekolah Bahagian Kuching .Majlis dengan ini mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………………………………..







MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL /HADIAH.

Hadirin dan hadirat sekalian…

Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada yang terbaik antara yang baik. Sebelum itu,majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha En Beduie Bin Uney,Pegawai Pelajaran Daerah Kuchingbagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk Hj Daud Abdul Rahman ,Menteri Muda Hal Ehwal Islam di Pejabat Ketua Menteri.Sarawak.untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang.

1-Sijil Penghargaan untuk jemaah juri..

Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah juri.

Dipersilakan…………………………………………………..Selaku Ketua Jemaah Hakim.

Seterusnya………………………………………………………………………………….

Dan……………………………………………………………………………….

2- Sijil Penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.


Di persilakan guru pengiring
1-Sk St. Teresa
2-Sk Lumba Kuda
3-SK Gersik
4-Sk Semariang
5-SK Tan Sri Datuk Haji Mohammad
6-SK Stapok
7-SK Stoh
8-SK Lebai Mentali
9-SK Bau
10-SK Buso

11-SMK Tun Abang Haji Openg
12-Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
13-SMK Seni,Kuching
14-SMK Tunku Abdul Rahman
15-SMK Siburan
Dan
16-SMK Lundu.









Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Rendah.

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari SK……………………………………………………………….

Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari……………………………………………………
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah rendah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………


Seterusnya dijemput pula pemenang Pertandingan Nasyid kategori sekolah Menengah .

Pemenang tempat ketiga dipersilakan kumpulan……………………………………………………dari ……………………………………………………………….

Naib Johan kumpulan…………………………………………….dari……………………………………………………
Dan johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah bahagian Kuching kategori sekolah menengah iaitu kumpulan…………………………………………………………..dari……………………………………
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah –sekolah yang mengambil bahagian .Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk.Mohon Yang Berbahagia Datuk untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan En Bedui Bin Uney untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Datuk.Majlis mempersilakan….

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Beduie Uney atas penyampaiann cenderamata itu tadi.


PERSEMBAHAN SEKOLAH RENDAH

Para hadirin yang dihormati,
Kini tibalah masa kita ke kemuncak acara bagi menyaksikan yang terbaik antara yang baik ,yang terhebat di antara yang hebat.Justeru itu,sama-samalah kita saksikan persembahan dari johan pertandingan nasyid kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.

Tuan-tuan dan puan-puan terimalah kumpulan…………………………….dari SK………………………untuk membuat persembahan. Dipersilakan.


Demikianlah tadi persembahan dari Johan pertandingan nasyid sekolah –sekolah rendah bahagian Kuching.



PERSEMBAHAN SEKOLAH MENENGAH

Hadirin yang dihotmati sekalian,

Seterusnya kita saksikan pula persembahan dari Johan pertandingan nastid peringkat menengah.Dipersilaka Kumpulan…………………………………………….dari …
…………………………………………..untuk membuat persembahan.


Demikianlah tadi persembahan dari Johan Pertandingan Nasyid kategori Menengah Sekolah-sekolah bahagian Kuching.

Lagu Ibu Pertiwiku



Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini,  mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

 Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Hj Daud Abdul Rahman,Menteri Muda Hal Ehwal Islam Di Pejabat Ketua Menteri,serta Yang Berhormat –Yang Berhormat,Tuan-tuan,Puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.

Sebelum kita bersurai,mohon semua yang hadir pada hari ini,berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.

Dengan berakhirnya nyanyian Ibu Pertiwiku itu tadi maka berakhir sudah majlis kita.Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha En Bedui Bin Uney untuk mengiringi  Yang Berhormat Datuk ,Yang Berhormat-Yang Berhormat,Dif-dif jemputan untuk ke dewan bagi menikmati sedikit hidangan.



Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.


14 ulasan:

  1. Akhirnya siap jugak teks nie..fuh lega nak tunggu hari Selasa nie

    BalasPadam
  2. trma ksh..bgi teks ucapan kt kami..hahahaha...assagment da ciap!!!!!!!!!!!!!!!hahahahahahhahahaha

    BalasPadam
  3. Maaf pada semua pembaca blog ini...ada sedikit kesilapan yg saya taip pada YANG BERBAHAGIA...SEPATUTNYA GUNA YG BERHORMAT SEBAB DIA YB...

    BalasPadam
  4. thanx kak.... a lots ;)

    BalasPadam
  5. Terima kasih kak !

    BalasPadam
  6. assalam....mohon share ya sis..tq

    BalasPadam
  7. terima kasih, sy juga mohon izin gunakan teks ini dgn editan ...

    BalasPadam
  8. Terima kasih...saya juga mohon menggunakan teks ini dengan edita. Semoga cikgu terus diberi idea untuk membuat teks ucapan....

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!