PPKI SMK Kampong Jawa ditugaskan untuk protokol dan perasmian
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Jumaat, 10 Mac 2017
Hadiah Cabutan Bertuah dari MAMADIL
Alhamdulillah hari ini bungkusan pertama kerana mendapat cabutan hadiah bertuah dari produk MAMADIL telahpun di terima.bulan pertama sekotak Woman Love yang amat bermakna
dan pastinya akan diterima pada setiap bulan sehingga bulan 3 2018.
Terima kasih BFF zuliani hashim kerana dorongan dan nasihat dia untuk melihat kawan dia ni cantik
dirimu memang seorang sahabat yang akan kukenang hingga akhir hayat ku
-Anak Pantai-
Khamis, 9 Mac 2017
Andainya
Senja ini kuberdiri lagi disini
melewati kenangan-kenangan antara kita
lewat musim yang lalu
melihat ke kaki langit
warna merah menghiasi angkasa
suram dan semakin kelam
tiba-tiba air mata bergenang tika rindu ini tak dapat di tahan
mengusik hati tuk sekian kali
andainya kau tahu
tiap ruang hatiku merinduimu tiap detik dan waktu
andai kau tahu tiap langkahku teringat akan dirimu
walau terpisah tanpa khabar berita
tetap kutunggu cerita darimu
walau cerita itu hanya di alam mimpi
untukmu yang jauh di sana
mungkin cerita kita tidak akan lagi sama
tapi hanya ada satu rasa
rindu yang tak terungkap dengan kata-kata
berbahagialah walau dimana sahaja berada.
-nukilan-
Anak Pantai
melewati kenangan-kenangan antara kita
lewat musim yang lalu
melihat ke kaki langit
warna merah menghiasi angkasa
suram dan semakin kelam
tiba-tiba air mata bergenang tika rindu ini tak dapat di tahan
mengusik hati tuk sekian kali
andainya kau tahu
tiap ruang hatiku merinduimu tiap detik dan waktu
andai kau tahu tiap langkahku teringat akan dirimu
walau terpisah tanpa khabar berita
tetap kutunggu cerita darimu
walau cerita itu hanya di alam mimpi
untukmu yang jauh di sana
mungkin cerita kita tidak akan lagi sama
tapi hanya ada satu rasa
rindu yang tak terungkap dengan kata-kata
berbahagialah walau dimana sahaja berada.
-nukilan-
Anak Pantai
Rabu, 8 Mac 2017
Positif
Dalam keterbatasan waktu ,jemari ini tetap teringin mencatatkan sesuatu.
namun tak tahu apa yang ingin dititipkan..
adakala kita terlalu memikirkan kesempurnaan
kita bimbang jika yang diamanahkan untuk kita laksanakan tidak mencapai kepuasan orang lain
dan kita cuba berusaha,buat bersungguh-sungguh untuk melihat orang lain bahagia
waktu itu kita beri tenaga kita 200%
Kita korbankan masa,wang ringgit dan tenaga demi orang lain
tiba-tiba apa yang kita buatkan itu langsung tidak dihargai
adakah kita akan rasa kecewa
atau patah semangat untuk buat yang terbaik dan terbaik selepas itu
bagi saya
fikir positif je
hati tenang,dan rasa bahagia bila kita buat kita sendiri puas dengan kerja kita
yang penting IKHLASkan diri dalam semua perkara
Allah sentiasa ada bersama kita walaupun terkadang kita terlupa padaNya.
-Anak Pantai-
Langgan:
Catatan (Atom)