Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 14 November 2015

PETUA AWET MUDA DAN CANTIK BERSERI

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
·         ambil air segelas
·         baca al-Fatihah sekali
·         Ayatul Qursi sekali
·         Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·         Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:
  Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Lagi Kenangan Joggathon

Anugerah Pelajar Cemerlang

Tugas-Protokol dan Sambutan...

Jumaat, 13 November 2015

Ujian itu perit

Hidup penuh senyuman
Jangan disangka tiada tanggisan
Hidup dalam kucar kacir
Sesekali ada juga bahagia menghampiri
Melewati hari-hari tersisa sebelum mati
Seringkali ujian datang silih berganti
Peritnya hadapi ujian hati
Terluka dan tersakiti
Disaat hati kita terlalu kuat menyayangi..
Somoga Allah memberikan ketabahan hati..

-Anak Pantai-

Khamis, 12 November 2015

HANYA ALLAH TAHU

HANYA ALLAH DAN KITA SAHAJA YANG TAHU...

Senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka. Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu.

Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Ya Rabb…Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb.. Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu.. Aamiin

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir

Selasa, 10 November 2015

Satu Sàat

Curahan Rasa


Teman
Tersedar dari lamunan...
Kini kau semakin jauh
Meninggalkan diri ini
Harapan tidak menjadi kenyataan
Yang tinggal cuma kenangan semalam
Bermusim kita bersama menyemai ikatan namun akhirnya tali itu terlerai kini.....
Suratan takdir yang telah menimpa kita...
Musnah segala impian.
Menghitung detik waktu kini...
Untuk aku melangkah pergi
Dan pergi ini tidak akan kembali lagi.....
Selamat tinggal teman
Walau berat disudut hati
Akam kukenangi suka duka memori tercipta antara kita selama ini..
Sukun memori terindah antara kita akan kukenang sampai bila-bila.
-Anak Pantai-

Saya juara...yeeahhh

Sungguh inilah antara kenangan paling manis selama 9 tahun lebih berada di Kuching.menjuarai jogathon katehori ibu bapa dan guru ibarat satu mimpi.syukur yang tidak terhingga pada Allah yang memberikan kemenangan ini...