
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 6 Mei 2014
Sesekali terkenang...

Dunia mereka dunia saya..
Hari ini pra sukan untuk PPKI SMK Demak Baru bermula..
Amat menarik,lucu semua ada.hanya gambar sesi memanaskan badan sahaja yang sempat terakam...
Pelbagai ragam pelbagai cerita...lucu sesekali diusik geram yang teramat...dalam sibuk berlangsung...ada yang keluar berlari stadium dan berlari lah ppm kami mengejar...ter tiba berlangsung acara 100 meter yang tak ingin dilihat...ada yg berlari mengganggu peserta..ada yg berlari sekerat jalan...dah dapat nombor tiba- tiba berhenti...itu lah uniknya anak- anak istimewa ini..dan diri sebagai guru istimewa tidak sesekali menyesal bersama dunia mereka..malah sentiasa bersyukur kerana saban waktu mereka mendoakan kesejahteraan serta kemurahan rezeki...menilai kebaikan kita dengan tulus ikhlas...itu sudah cukup membuatkan diri ini tidak pernah merasa bosan bersama mereka...sayang kamu ketat-ketat..
Bergambar itu terapi
Hari tu buat sesi bergambar...tapi aku memang selalu bergambar..kadang- kadang bukannya apa ,sekadar buat anak- anak murid PPKI aku ni happy cukup buat aku bahagia...cikgu buat apa yang kamu suka..cikgu cuba jadi sahabat yang paling baik buat kamu...doakan kita sahabat selamanya...sesungguhnya bergambar itu satu terapi yang menenangkan...
1 , 2 , 3 senyummmm...
Gaya santai dan kandid guru-guru dan ppm PPKI SMK Demak Baru ni jarang- jarang dapat dilihat...sesekali keluar juga perangai gila- gila mereka ni kan..
Sabtu, 3 Mei 2014
Hanya menulis
Dalam hidup ini jangan terlalu berharap kita akan mendapat apa yang Kita hajati dalam sekelip mata..terkadang tu hajat Kita tidak ditunaikan dalam serta merta kerana Allah nak uji Kita se jauh mana tahap kesabaran Kita dan keimanan Kita padaNya...
Orang yang berilmu pengetahuan tentang agama belum tentu dipraktikkan dalam diri dia..dia mampu menyampaikan apa yang harus di amalkan malangnya diri sendiri tidak mengamalkannya
.maki hamun sudah menjadi santapan setiap hari...Sayangnya ilmu tidak membentuk diri ya dengan sahsiah yang sempurna.
Jangan terlalu mudah percaya pujian yang di lontarkan pada Kita...anggaplah pujian itu Hanya sekadar ujian buat Kita.
Hindarilah insan- insan yang Suka berpura-pura baik dihadapan Kita tetapi di belakang Kita menikam dari belakang.
Anak Pantai....
Rabu, 30 April 2014
Projek perkebunan Aktiviti terbaru aku.....
Aktiviti perkebunan...projek yang baru dilaksanakan...projek ni lain dari yang dah Ada..projek Kebajikan yang aku sendiri yang buat ...cari penyakit orang kata...tambah Kerja yang Ada..tapi takpe yang penting Suka lihat Budak- Budak ni happy dengan Aktiviti yang dijalankan...idea ni cari barang terpakai dari segala yang Ada kat sekolah ni,..bodek dan buat baik sikit dengan Tukang kebun...hasilnya kerjasama yang mantap dengan dia orang amat memudahkan projek aku ni...
Langgan:
Catatan (Atom)