Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 22 Oktober 2011
Sesekali nak undurkan masa..
Mungkinkah waktu yang tercepat atau kita yang terlambat..
Haruskah ada satu penyesalan
Bila pertemuan di akhir cerita sebuah kehidupan.
Pertemuan pula pasti akan bertemu titik perpisahan
Hanya menunggu detik itu tiba !!
Sesekali ingin diundurkan masa
jangan biarkan perpisahan cepat tiba
jua mencipta segala yang belum sempurna.
Tetap diingati..
Hanya gambar ini yang sempat terakam..Ada kenangan di sebalik gambar ini.Suka dan duka di bawa bersama..Apapun segalanya telah menjadi memori yang diciptakan..
Terima Kasih Cikgu Lina dan Cikgu Selina
Rajin cikgu berdua ni buat sandwish untuk dijual.Yang syoknya pertama kali saya makan sandwish yang di dalamnya ada sawi pahit mengantikan salad.Rupanya sedap..
Saya dan Ustaz Badrol memerhati je ...
Cikgu Lina dan cikgu Selina tekun membungkus Biskut Kacang sebelum dijual.
Entah mimpi apa Cikgu Lina dan Cikgu Selina begitu komited dengan kedai keusahawanan PPKI.Apapun terima kasih daun keladi kerana kebaikan cikgu berdua ..
Diana,Azimah Azhar.dan Nurul.anak murid yang manja
Diana anak murid saya yang sukar untuk diramal mood dia.Rapat juga dengan saya.Dia ni suka dibelai dan suka bermanja.Kesian dia sudah kehilangan kasih ayah pada tahun ini.Tahun depan dia dah takde..walaupun ada pelajar baru yang masuk ,tapi saya pasti rindu pada dia..
Yang ini anak murid saya Azimah.setiap hari dari dulu hingga kini.,bila saya sampai di sekolah pasti dia akan berlari-lari anak mendapatkan saya.Siaplah pipi saya dicium kiri dan kanan hinggakan pipi saya basah dengan air liur dia.Dia sangat peka dengan saya .Kalau saya sakit dia kan datang tanya dan urut bahu saya.Hari tu dia tak sihat tertiba je dia baringkan badan dan letak kepalanya atas paha saya lalu tertidur.Perkara macam ini walau nampak biasa tapi semacam meninggalkan kesan di hati saya bila saya pasti akan meninggalkan mereka.Rindu pada gelagat anak-anak murid pasti sentiasa bertamu.
Anak murid saya Azhar ..Down Sindrom.setiap hari akan memanggil saya "sayang"bukan "cikgu".tekun mewarna.Hobi Azhar ni suka menyanyi
Nurul ,pelajar yang baru masuk tahun ni...juga semakin rapat dengan saya.Hari itu dia terpandang parut ditangan saya akibat terkena minyak panas.Habis parut tu dikupisnya..
Nurul ,pelajar yang baru masuk tahun ni...juga semakin rapat dengan saya.Hari itu dia terpandang parut ditangan saya akibat terkena minyak panas.Habis parut tu dikupisnya..
Jumaat, 21 Oktober 2011
Indahnya Hidup ini

Indahnya hidup ini
Andai kejujuran dan keikhlasan sentiasa ada..
bukan kepuraan semata-mata.
Indahnya hidup ini
Andai kasih sayang serta pengorbanan di hargai
tidak perlu memuji atau mengeji
jua memerli
sekadar cukup memahami
hati ini..
perjalanaan seorang insani
yang juga punya harga diri
untuk dimengerti..
-Anak Pantai-
Mak...Maafkan kami kerana terpaksa..

Mak..
Semalam pastinya kau terluka
jua detik ini pastinya rasa tetap sama
Entah tidurkah dirimu malam tadi
atau..
Mata terpejam tapi mindamu berjaga..
resah..gelisah
sedih ..
antara sanggup dan terpaksa..
kerana diri ini jua seorang ibu ..
Semua yang lahir itu adalah permata..
walaupun kilauan nya tidak sama.
kasih sayang tiada beza.
Mak..
Maafkan kami kerana terpaksa
Demi sebuah kehidupan seterusnya...
Tindakan seharusnya diambil.
Bukan benci tapi..pengajaran buat "Dia" Mak..
Biar "dia' dapat berfikir
Biar "dia " beringat sebelum melakukan perkara.
Kerana kami sayang Mak..
Fahamilah Mak..
Jangan berprasangka kebencian kami semua pada "dia"
sebaliknya tanda sayang kami pada Mak
Dan
Darah daging kami sendiri..
Jangan kita menyesal dikemudian hari..
Mak..
Bukalah minda ..fikirkan jalan hadapan
"dia" dan kehidupan ...
Akhirkata..
Dalam doa kudus
Mak sentiasa diberikan ketenangan,kesabaran,
Kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..
Selasa, 18 Oktober 2011
Isnin, 17 Oktober 2011
Sinar mu Mentari
Tika sang mentari bercahaya
Nikmatilah sinar terang olehnya
Kerana pasti
Sinar itu belum tentu kemana
Terkadang
cahayanya hilang dek hujan ditengahari
Hargailah ketika ianya masih bersinar.
Namun sinarnya itu
ada perbezaannya
terkadang bercahaya
terkadang sinarnya pudar
tapi masih juga dapat merasa
bahang sinarnya menyentuh deria rasa.
.
Ahad, 16 Oktober 2011
Tekanan cepatlah pergi

Pagi yang begitu mendamaikan...Tenang setelah semalam rasa sedikit tekanan.Entah kenapa karenah anak-anak buat diri rasa tercabar.darah mungkin naik secara tiba-tiba.Alhamdulillah pagi ini dapat merasakan ada ketenangan di hati.Sayu bila menatap wajah Aimy kerana semalam aku begitu garang dengannya.entah kenapa sikap Aimy sekarang semakin menjadi -jadi. Terkejut tengok Azib ,rupanya tidur malam tadi tidak berbaju.Kesian dia.Satu malam ayahnya sahaja yang melayannya tanpa aku.Kenapalah aku buat tunjuk perasaan pulak..Kesian dengan anak-anak dan suami.Sesekali datang juga angin ribut barat nasib baik bukan puting beliung.Sebenarnya aku ni yang salah..Takde kesabaran.Nasib baiklah ada suami yang faham dengan sikap aku ni..
Pada suami dan anak-anakku..Maafkan mak ya!!
Selamat hari jadi Adikku Tinah Juki

Istimewa buat adikku Tinah Juki.
Hari ini pastinya hari yang begitu istimewa buatmu.Semoga hari ini dirimu akan tersenyum riang menikmati perjalanan hidup di samping insan-insan tersayang...Di blog usang ini pasti nya tidak lupa untuk mengucapkan

Semoga dipanjangkan umur,murah rezeki ,menjadi pendidik insan istimewa yang cemerlang dan disayangi semua.Menjadi isteri dan ibu yang dibanggakan oleh suami dan anak-anaknya.

Terima kasih atas sebuah persahabatan yang tulus ikhlas..

Lagu untuk Tinah...Layan!!


Sabtu, 15 Oktober 2011
Lumrah kehidupan

Seribu pengalaman mengajar kita pahit getir
mematangkan usia..
Suka duka datang tanpa dipinta
kerana
KetentuanNya yang tidak boleh dipinda-pinda
Merah,putih ,biru
aneka warna
aneka peristiwa
kehidupan perjalanan manusia..
Kita insan yang mampu berusaha
Serahkan segala padaNya
Pasti!!!
Kebahagiaan milik kita.
Hari ini,esok dan selamanya...
Tercipta buat kita
Langgan:
Catatan (Atom)