Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 13 Ogos 2010

Kailan dan Bayamku Dimakan Ulat.

Sejak hadirnya Ramadan aktivitii pertanian dihentikan seketika. Namun begitu hati pasti tak tenang kalau mata tidak melihat segala benih yang disemai sebelum ini..Hari ini sedikit hampa bila melihat daun-daun kailan ,bayam serta sawiku di makan oleh tetamu yang tidak diundang.Justeru persetujuan antara aku dan Nillip tercapai.Tuai sahaja mana yang ada dan hasilnya aku bagi kat murid-murid buat balik.
Tak sempat nak besar sikit kailan nie terpaksa dituai.
Bayampun menerima nasib yang sama.
Senyum seindah suria dengan hasil....Yang penting amat membahagiakan aku.

Khamis, 12 Ogos 2010

Roti Jala buat Alif

Buat roti jala sebenarnya antara masakan yang paling aku suka.Bukannya apa roti jala nie seakan mengikat perut suamiku ..dan dia amat bangga kerana aku pandai buat roti jala.Banyak kali kalau giliran ku beraya di Kota Bharu,roti jala memang tak akan ketinggalan.Yang lucunya aku pulak yang ajarmak mertua dan adik ipar cara membuatnya..Kegemaran makan roti jala nie beralih pulak pada anak ku Alif..Bila aku buat roti jala ni pasti gambaran wajah Alif dulu yang bermain di depan mata dengan senyumam yang meleret dan kerakusan melihat dia makan satu persatu buat aku begitu teruja dan semangat untuk membuatnya..
Buat anakku Alif..suatu ketika nanti mungkin keadaan akan memisahkan kita kerana masa pastinya akan mengubah segalanya..Semoga Roti Jala mak ni akan Alif kenang sampai bila-bila.

Sambutan Hari Jadi Maxwell Dan Petrus

Sambutan hari jadi kali ini adalah giliran Maxwell dan Petrus.Seronok bukan main.Asalnya aku nak sambut birthday Maxwell sahaja tetapi bila ada cadangan untuk buat jamuan sempena kedatangan bulan Ramadan,Majlis menjadi meriah kerana Cikgu Dayang turut sama memasak bubur pedas.Dapatlah jugak pengalaman belajar memuat bubur pedas masakan tradisional Sarawak ni,

Kutip Hasil kebun

Pagi-pagi Isnin ajak anak murid melawat kebun pertanian mereka.Meninjau kalau-kalau ada hasil yang dapat dituai.

Ahad, 8 Ogos 2010

Buat Biskut lagi

Sejak beli periuk serbaguna nie aku rajin sungguh masak.Hari minggu yang kebosanan ni aku ambil peluang buat biskut untuk anak-anak..Memang seronok dia orang bila aku buat pelbagai jenis biskut untuk mereka..Biskut ni aku langsung tak tengok buku.Ciptaan aku sendiri..
Biskut-biskut yang aku buat nie ..bukan untuk rayapun..Untuk makan anak-anak aje..

Honey Dew sulungku

Tak sangka kali pertama makan honey dew yang lain sikit daripada biasa.Biji honey dew nie ku ambil daripada buah yang aku beli Kat Pasar Tani Gita.Memang rasanya sedap daripada honey dew biasa. Buahnya tak besar hanya sebesar jambu batu je Aku saja je ambil benih dia dan keringkan.Lepas tu kusemai..Rupanya betullah berbudi pada tanah nie pasti akan dapat hasilnya..Bila dihitung dah 10 biji honey dew tu keluar tunggu untuk dipetik.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Jumaat, 6 Ogos 2010

Biskut oh Biskut

Seronok sungguh buat biskut kat sekolah,sebenarnya buat biskut semperit kali pertama aku buat.
Teringat zaman kecik-kecik dulu,hanya membantu kakak membakar biskut untuk buat tak de peluang.Maklum ditakdirkan dapat ramai kakak jadi aku tak merasalah nak buat sendiri.Tapi ada satu peristiwa yang lucu jugak yang masih aku ingat hingga kini.Aku dan Kak Jan pernah buat biskut semperit nie.Tapi hasilnya baling ke dindingpun biskut tu tak pecah.Entah apa adunan yang Kak Jan letakkan.Akhirnya semua biskut tu menjadi mangsa kami baling dalam tong sampah..
Bersama Kak Dayang dan Ariana.Yang lucunya anak murid aku Ariana yang pandai dulu buat biskut ni dibandingkan dengan aku ..Siapa kata pelajar istimewa kurang segalanya..Adakalanya mereka lebih hebat daripada kita.

Khamis, 5 Ogos 2010

Aktiviti Pertanian

Lama tidak menitipkan apa-apa cerita beberapa hari nie..Kesibukan kerja mengatasi segalanya.walaupun hati meronta untuk menitipkan bicara kerana menulis ini dahsemacam sebati dalam diri..Seminggu berlalu banyak yang kulakukam bersama anak-anak murid .Ada yang sempat terakam dan yang berlaku dan berlalu begitu saja.Namun pasti diingatan telah simpan banyak memori..

Aktiviti wajib masa kini..berbudi pada tanah.
Mengisi tanah dalam plastik beg untuk semaian .
Lepas kebun bagi dia orang makan lak...psikologilah katakan..