Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 11 Februari 2010

Lagi gambar kat pantai.....


Di Tepi Pantai Yang Indah by wanahfong™.Gambar nie kat pantai Seberang Takir...Lepas rindu pada kg halaman.....
berdiri aku di sini
bukan untuk seketika
berdiri aku
sebagai perindu......
 
 

Indahnya di waktu pagi

  Damainya hati melihat ciptaan Tuhan ini...Yang pasti rindu mengamit lagi pada insan-insan yang jauh di sana...Ombak dan pantai sentiasa berubah tetapi hati dan perasaan tetap sama.Pada mak , ayah ,serta ahli keluargaku yang jauh di sana...aku rindu pada kalian semua...Kuukir namamu di gigi pantai bersaksikan laut dan pantai.... Pantai.Batu Rakit akan sentiasa terukir di hati

Selamat Hari Ulangtahun Aimy (10 Feb 2010)

Happy Birthday Aimy...Selamat ulangtahun kelahiran 10 Feb 2010....SesungguhnAlya kehadiran Aimy penghibur hati mak,ayah ,kakak Alya ,abg Alif dan abg Adam.

Anak patung hadiah pertama yang Aimy dapat. Seronok sangat dia sampai tertidur dengan anak patungnya itu....
Pose menarik daripada Aimy buat Cheksu dan Acik.....Aimy tunggu hadiah kalian berdua tau.

Selasa, 9 Februari 2010

Andai bulan dapat bicara



[17678-bigthumbnail.jpg]
Andainya malam dapat berbicara.....pastinya akan dikhabarkan tentang perasaan seseorang....
Pastinya akan menceritakan 
Ada insan yang diulit lena dibuai oleh mimpi indah
Ada insan yang terganggu tidurnya kerana bayangan masalah
Ada insan yang sedang berduka menanti tiba nya siang kerana tidak mahu tinggalkan malam...
kerana malam baginya ada cerita disebaliknya....
Bagiku malam terlalu banyak ertinya...
Terasa begitu dekat diri ini dengan Yang Maha Esa
KeranaNyalah diri ini seperti ini sekarang
walaupun terkadang diri ini alpa oleh kebahagiaan yang Kau kurniakan
Malam juga bagiku amat bererti
kerana ku tahu
Ada insan yang mengingati diri ini
bila tibanya malam
Aku juga begitu terlalu rindu .......
Rindu pada semua yang aku sayangi 
Dan aku juga mengharapkan 
Sentiasa ada insan yang menyayangiku dan merinduiku... 

Ahad, 7 Februari 2010

Cinta Mu Terbenam Di Hati Ku “
  Fauziah Latiff

Biarpun Engkau
Jauh Dari Mataku
NaMun CintaMu
Masih Tetap Di Hati
 
Sanggup Diriku
Susah Payah UntukMu
Supaya Engkau
Menghargai Cintaku

Tidakkah Cukup
Segala Pengorbanan
Apakah Lagi
Yang Kau Mahu Dariku

KesilapanMu
Sering ku Maafkan
Dengan Harapan
Kasihkan Berpanjangan

Cuba Engkau
Mengerti Hati Ini
Cuba Engkau
Hargai Kesetiaan

Tahukah Engkau
Betapa Kasihnya Daku
CintaMu Terbenam Di Hatiku
 
Jangan Biarkan
Jiwaku Kehausan
Jangan Biarkan
Sepi Menjadi Api

Hari Ke Hari
ku Rasa Bagai Mimpi
Seolah Engkau
Sentiasa Di Sisi

Lirik Lagu Sembilu

Sembilu

Dulu suka sangat dengar lagu nie..ada sesuatu yang tersirat disebalik lagu ni.


Kelam malam sepi melamar kerinduan
Tak terpadam ingatanku terhadapmu
Dan pada siapa harus ku adukan
Resah ini kian menghimpit perasaan

Dan seandainya kasihmu mekar bagai dulu
Pasti tidak aku terbelenggu begini
Bukan salah aku retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah
Lalu punah

Tak dapat ku bayangkan
Tuturmu bagai sembilu
Mencakar hati ini
Tanpa simpati di hati
Ingin rasanya
Ku laungkan rasa kecewa

Kekasih lupakan sejarah
Cinta kita baja dulu
Di manakah kau campakkan
Cintaku yang pernah kau sanjungi
Oh mengapa
Semua ini berlaku
Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang
Terhadapmu

Khamis, 4 Februari 2010

Pelan Strategik PKBP

 
 
Hasil penat lelah cikgu-cikgu dan PPM ,akhirnya Pelan Strategik PKBP siap jugak akhirnya...nilah buktinya.

Memoriku memorimu jua....

Wajah Kekasih

Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur ke bumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari, awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti

Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur

Adakah mungkin untukku menghindari
Gurisan kasih luka di hati
Jiwaku resah apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia ooo...

Ku yakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Ooo... mimpi yang indah
Jelmalah dalam nyata
Wajah-wajah kekasih

Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Ku yakin padamu oh Tuhan

Aktiviti Kokurikulum

Tiap hari Rabu PKBP SMK Demak Baru akan berkawat...Seronok tengok dia orang berkawat.Penuh gelak tawa.

 
Orang kawat mana boleh sengih....senyum macho rahmat nie

masam je muka Kriste ,Fadilah,Naamah nie....

 
Uniknya latihan kawad pada hari tu adalah kerana tukang ajar kawat tu tukang kebun kat sekolah yang dulunya kerja askar....Terima kasih Pakcik atas kerjasama..Sememangnya pelajar istimewa ni memang istimewa .Ramai yang ingin bantu.

 
Cikgu Khadijah yang prihatin dan penyayang orangnya...Tengok je k cikgu..

 
 

Selasa, 2 Februari 2010

Kelasku Syurgaku...

Inilah kelasku tahun ni...Alhamdulillah dapat kelas yang pelajar-pelajarnya sejuk mata memandang..dengar kata,rajin....
Pasangan kembar Najmi dan Nazmi,Ariana,Qamarull ,Maxwell sebahagian anak-anak murid yang cikgu sayang..


Sebahagian sudut di belakang kelas...










 
  
 

Isnin, 1 Februari 2010

Semuanya tentang kita-

 

Peter Pan – Semua Tentang Kita

(Buat seorang teman yang kini jauh.....) 

sempena ulangtahun kelahiranmu.

waktu terasa semakin kelabu
tinggalkan cerita tentang kita

 
akan tiada lagi kini tawamu
tuk hapuskan semua sepi di hati


ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala


ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka, saat kita tertawa


teringat di saat kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita

Sempena Ulangtahun Kelahiran mu...

Teman....Selamat Ulangtahun kelahiranmu...Walaupun dikejauhan ingatan padamu takkan pudar..Diri ini masih mengingati setiap apa yang telah kita ciptakan antara kita.Kerana setiap memori yang tercipta dulu akan pasti diingati walau mungkin dirimu takkan bisa mengingati diri ini lagi..
Terkadang teramat rindu untuk diulangi setiap apa yang telah tercipta diantara kita.Tapi jarak dan waktu telah menghalang itu semua...
Semoga ulangtahun kelahiranmu ini...doaku sebagai seorang teman dan sahabatmu....
  • Sentiasa dimurahkan rezeki dan dibawah kerahmatannya.
  • Dipanjangkan umur
  • Cemerlang dengan apa saja yang dilakukan
  • Ketenangan dan sabar dalam segala ujian yang mendatang.
  • Senyum sokmo walau masalah sentiasa melanda
  • Yang terakhir....sentiasa ada ingatan untuk diri ini.....   

Happy Birthday Cheksu

Happy birthday Cheksu...Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki,cemerlang dalam apa jua yang Cheksu ceburi.

Alya.Alif ,Adam ,Aimy sentiasa rindu Cheksu.
Jangan lupa kami di Bumi Kenyalang nie...Sentiasa ada rindu yang tidak akan terhenti buat Cheksu dan semua di sana..

Hadiah tunggu bila balik ekk...