Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 29 September 2019

Resepi Daging Goreng Sos tiram

ADA YG SUKA DAGING TAK? 🙋🏻‍♀️ NAK RESEPI? NAH.. 👇

RESEPI DAGING GORENG SOS TIRAM 😋😋

Bahan2 :
1. daging
2. bawang holland
3. cili padi
4. bunga lawang
5. kayu manis
6. bawang putih
7. halia

cara2 :
daging tu diperap dahulu dengan sos tiram, kicap manis, serbuk kunyit dan garam,  kemudian tumiskan bahan2 tadi dan letak daging. masak sampai nampak seperti dibakar. siap!

Selamat mencuba.

Resepi Puding Karamel Gula Hangus Tanpa Telur

Puding Karamel Gula Hangus TANPA TELUR dan TANPA PERLU DIKUKUS 😄

Bahan2 Untuk Karamel:
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air panas

Bahan2 untuk puding:
3 Sudu tepung kastad
1 Sudu essen vanilla
10g serbuk agar2
1 Tin susu cair
1/2 Tin susu pekat
1/4 Gula (Abaikan kalau x nak manis)
4 cawan air

Cara2:
Panaskan gula dan air di dalam kuali dengan api perlahan. Tunggu sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Inilah gula karamel.
Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang /acuan (saya guna bekas tupperware) dan ketepikan dulu.

Dalam periuk lain, masukkan tepung kastad, essen vanilla, dan susu cair. Kacau smpai tidak berketul. Kemudian masukkan serbuk agar2, susu pekat, gula dan air. Kacau semua bahan sampai sebati.

Bila dah sebati, panas kan di atas dapur gas dgn api yg perlahan sehingga menggelegak. Tutup api. Kemudian tuang kan bahan ke dlm acuan yg mengandungi gula karamel tadi.

Sejukkan. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam, apabila puding telah sejuk dan keras barulah boleh keluar kan puding drp acuan dan dihidangkan 😘

P/S: Tips nak keluarkan drp acuan:  guna bekas tupperware @ apa2 shj bekas plastik sbb senang nk regang2 kan kiri dan kanan bekas tersebut sebelum terbalikkan dlm pinggan.

Selamat mencuba 😘

Kuih Lopes Sedap

Resepi kuih lopes traditional yg sedap dan mudah!
zaman dulu takda santan yang di masak ketika proses menanak pulut utk kuih lopes. Resepi yang mak dan tok saya buat, saya ikut 100%. Sangat sedap dimakan. Lemaknya kuih kerana digaul dengan kelapa. Sederhana Manis dengan gula melaka serta berbau harum aromanya dengan daun pandan dan daun pisang. . Kalau di beli rasa tak sesedap kita buat sendiri...

KUIH LOPES PULUT TRADITIONAL
Resepi & Photo: Khadijah Abdrahman

Bahan-Bahan:

4 Pot Beras Pulut (Pot sukat Nasi Periok Rice Cooker)
5 Pot Jus Daun Pandan (dari 6 Helai Daun Pandan yang bersaiz lebar)
1 Sudu Makan Kapur Sireh
1/2 Sudu Teh Garam Halus
Beberapa Titis Pewarna Hijau Epal
Kelapa Untuk Di Gaul Dengan Kuih Yang Dicampur Dengan Sedikit Garam
Daun Pisang Secukupnya
Tali Untuk Mengikat Pulut

Cara Masak:

1. Daun pisang di layur diatas api, lap dan ketepikan.
2. Cuci bersih pulut, tos dan ketepikan.
3. Daun pandan diblend dan jadikan jus daun pandan. Tapiskan.
4. Sedikan periok. Masukkn jus daun pandan, kapur sireh dan garam. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih masukkn pulut. Kacau rata jangan tinggalkan proses ini. Nanti pulut hangus. Kacau dan masak sehingga air pandan kering spt memasak nasi. Matikan api dapor. Sejukkn.
6. Sementara menunggu pulut sejuk. Sediakn periok kukus dgn api yg perlahan.
7. Bentangkan daun pisang dan sapu sedikit minyak masak keatas daun pisang. Proses ini supaya pulut tidak melekat pada daun pisang dan senang diikat.
8. Sendukkn pulut dan letakkn diatas daun pisang yg trbentang. Golekkn pulut sambil kemaskan dihujung kiri dan kanan ketika membalut pulut.
9. Ikat dengan tali rafia kiri dan kanan sambil kemaskn ia. Bila siap di balut, gunting bahagian hujung kiri dan kanan. Balut pulut sehingga habis.
10. Kukus pulut selama 40min dan sejukkn trlebih dahulu sebelum di makan.
11. Sementara menunggu pulut sejuk. Boleh sediakan benang untuk memotong kuih. Proses ini agar kuih lopes cantik dan tidak melekat apabila dipotong.
12. Bila pulut telah betul-betul sejuk baru dibuka balutan pulut lopes tersebut dengan memotong dengan benang.
13. Gaul dengan kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam. Makan dengan air gula melaka...

Cara Masak Air Gula Melaka:

1 Ketul Besar Gula Melaka (diketuk trlebih dahulu)
1 Pot Gula Merah Lembut
2 Pot Air Untuk Memasak Gula Melaka
1 Helai Daun Pandan (disimpulkan)

Masak bahan sambil di kacau kerap kerana air gula cepat meruap di atas dapor dengan api yang perlahan. Renehkan dan Masak sehingga pekat dan brtali..

Resepi Begedil ayam sedap

Resepi Begedil Ayam Sedap Sangat!

- 1 kg kentang.
- 3 tangkai daun sup diracik halus.
- 1 sdb lada sulah (lada putih) ditumbuk halus.
- 2 sdb bawang goreng (boleh tambah ikut suka).
- dada ayam, banyak ikut selera.
- garam secukup rasa.
* telur secukupnya.
* minyak untuk menggoreng

Cara Memasak Begedil Ayam
1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk.

2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk.

3. Goreng dada ayam, ditumbuk kasar dan disiat-siat.

4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *

5. Tambah perasa ikut selera sndri.

6. Mula bentuk begedil sesuai selera suka. Biasanya berbentuk bulat datar

7. Akhir sekali, celupkn begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam.

8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh.

Tips :
Jangan sesekali gunakan ayam kisar yang mentah kerana begedil boleh jadi hancur semasa digoreng sebab basah atau lembik dan juga ayam kisar yang mentah tidak sempat masak sempurna sebab begedil digoreng cuma sekejap.

Resepi Chicken Mango

CHICKEN MANGO IN THE HOUSE😍😍😍

RESEPI..

Ayam..
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng bestari
Minyak utk menggoreng

Cara
Panaskan minyak
Celup isi ayam dalam tepung bestari yg dibancuh dgn air...pastu golekkan atas tepung bestari sekali lg dan goreng hingga kekuningan(deep fry)

Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar

Sos
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali)...sukatan agak2 je.

Potong2 ayam gaul dgn mangga parut td...tuang sos atas ayam. Siap!!!

Resepi Nasi Marjerin

Nasi marjerin💓💓💓💓👍👍👍

Nak resepi? Nah.. Ni resepinya 💓

Bahan2 diperlukan👇
4 cawan beras
1 sendok besa marjerin
2 biji bawang merah dimayang halus
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1sendok kismis

Cara menyediakan dan memasak👇
Basuh Beras. Toskan.
Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
Goreng bawang hingga terbit bau.
Masukkan beras.
Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis.
Kacau sehingga sebati.

Ayam Panggang

Bahan👇
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah

Cara-caranya👇
Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang(✌️sy pilih grill)

Sambal Nasi Ayam👇

Bahan👇
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara-caranya👇
Blender semua bahan.
Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.siap!!

Kuah Kicap Nasi Ayam👇
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan Kuah Kicap:
Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja.
Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.

Sup Ayam👇

Bahan sup👇
air rebusan ayam
lada sulah
daun sup
garam secukup rasa
Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.
Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Taburkan daun sup diatasnya.

Motivasi Diri

Di sebalik bertalu-talu ujian,😥😥😥
Terselit berjuta pengharapan.☺

Sungguh, kita tak pernah pinta begini dan begitu. Tapi yakinlah, bahawa tiap-tiap perjalanan yang dihamparkan duri, pasti akan ada pertolongan dari Ilahi.🙏🙏

Senang ; Ujian.
Sakit ; Ujian.
Cantik ; Ujian.
Kaya ; Ujian.
Pintar ; Ujian.

Kerana dunia ini medan untuk di uji.

Dunia ; Tempat kumpul pahala mahupun dosa.

Moga segala yang perit, moga apa yang sakit, di hujungnya terselit pengampunan dari-Nya. 🌹🌹🌹🌹💝💝💝

Sambal Belacan

Sambal belacan....

Anggaran 30org mkn

Bahan-bahan

Cili merah besar 20+ biji

Cili api merah 20+ biji

Cili api hijau 20+ biji

Tomato 3biji

Belacan tanjung dawai /separuh/bakaq

Garam cikit je Tau

Ajinamoto cikit

Gula 3sudu makan ...agak-agak je

Air Limau kasturi  10biji

Air Asam jawa ambil pati sahaja

Blender semua bahan-bahan guna pati air asam jawa + perahan air limau sja.... ( jangan guna air kosong)  simpan dlm peti insya Allah..lagi bertambah sedap

Pesan  Cintaku  Untukmu Sahabat 💗💗

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

Pesan  Cintaku  Untukmu Sahabat 💗💗

Hidup Ini Tak Lain Hanyalah Penantian...
Menanti Waktu Sholat Dan Waktu Di Sholatkan!

Hidup ini terlalu singkat dan sementara..justeru itu..lakukan kebaikan sebanyak mana yang mampu kau lakukan agar menjadi bekalan buat mu di sana..

Usah memikirkan kesilapan orang tapi fikirkan kesilapan sendiri agar kau akan sentiasa memperbaiki diri

-Anak Pantai-

Pedoman andai ada kematian

Penting Sangat... Simpan mesej ni sebagai pedoman Andai ada kematian di rumah kita.

1) Telefon ambulans.  Doktor akan sah kan kematian.  akan bagi beberapa surat/borang utk d bawa buat laporan ke balai polis.

2) Telefon org surau/jiran yang terdekat

3) bawa document yang dibagi doktor td. ic si mati.  sijil lahir.  segala surat perubatan jika ada ke balai polis utk buat laporan. 

4) Bahagi kan tugas.   Apabila di sah kan oleh doktor tentang kematian.  sebelum hadir nya jiran-jiran.

1) letak jenazah   atas tilam.  kaki ke arah kiblat. muka mengadap kiblat

2)chek seluar/ pampers jika ada tberak tkencing.  jika ada cuci dulu.

3) salin seluar baju yg bersih.

4) cari perca kain bersih .  Buat bberapa tali. 
sedia kan minyak zaitun/baby oil.  mula kan dr muka.  urut pelan2 muka. rapat kan mulut n ikat dr dagu ke kepala.

5) urut mata pelan-pelan .rapat kan.  jika tidak rapat.  letak duit syiling 50sen di kelopak. bila dah rapat.  keluar kan duit tu. 
6) tangan siku..urut pelahan -lahan.  kiam kan elok2.  ikat kan kemas-kemas. 

7) punggung peha rapat kan elok-elok. urut pelan-pelan

😎 lutut rapat kan  elok2.  ikat tali. 
9) betis rapat kan. ikat tali

10) pegelangan kaki urut ..dgan minyak rapat kan n ikat kemas2. 

11) 2 ibu jari d rapat kan n ikat kan. 

12) ambik kain tudung bawal putih jarang. tutup bahagian muka

13) ambik kain batik panjang. tutup keseluruhan nya.

14) siap kan dlm beg .  kain batik panjang 15)helai.  towel satu.

16) Daun pandan sepokok. d bersih kan d kerat2. buh dlm plastik.

17)  sebelum kedatangan jiran2 .  anak2 yg lain mesti tutup aib.  dgan cepat2 bersihkan rmh. 

18)Bila jenazah n rmh dah ready semua.  sementara tunggu urusan yg seterusnya. Cuba ambik kesempatan brehat  .  makan minum secukup nya . 

19)Tujuan urut. supaya segala sendi2 tetap lembut sehingga memudah kan waktu nak mandi/kapan.

20)Buat pelan2.  sambil sedekah al fatihah.  ni kerana jenazah yg tcabut nyawa nya ..dlm keadaan perit sakit. 

semoga bemanfaat utk semua.

Kredit : Viral Johor

Sambal Hitam

Sambal Hitam

Bahan

Bawang besar + bawang kecik + bawang putih + cili api + belimbing + cili flakes PADU

blender dan blend.

Lepas tu tumis la bahan blend.

Sambil tu goreng la ikan bilis sampai rangup dan tumbuk jerr guna lesung tapi tak hancur sangat.

Campak garam + kicap + sos tiram + perasa.
Dah cukup masak.Masuk kan je la ikan bilis tadi

Kuih Lapis Tembikai

Kuih lapis tembikai .

2 cawan tpong beras
1 cawan tpong gandum
3 sudu besar tpong ubi
4 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan gula . x suke manis bleh kurangkan
Garam
Perisa pisang
Warna
Bijan hitam

# Satukan santan gula garam perisa pisang .kacau sehingga sebati
# campurkan tpong kacau sehingga x de ketul2..tapis
# bahagikam warna kesukaan anda .
Selalu tembikai kuning dngn merah jer ..
# sapu minyak pde acuan ...boleh la taburkan sedikit bijan tadi 
# letak warna tembikai tadi kukus d 10 minit atau ikut kesesuaian acuan masing2
# Letak warna putih kukus dlm 5init
#last sekali warna hijau lukus 15 minit ..
# angkat dh sejuk baru keluarkn dari acuan
## selamat mencuba ...

# tutup kukus mesti balut dngn kain ...

Sabtu, 28 September 2019

Donut Cheezy Ball

Donut Cheeezzzyyy ball

Bahan2 :
1. Sekilo tepung gandum
2. 500 liter air suam
3. Sepaket yis mauripan
4. 2 sudu teh susu pekat
5. 1 sudu teh garam
6. 1 sudu teh baking powder
7. Sesenduk majerin
8. Sepaket cheedar cheese yg setiap keping dipotong 4.
9. Gula ising (utk salut donat bila dah masak)
10. Susu tepung (utk salut donat bila dah masak)

Cara2 :
1. Campur dan satukan air suam, yis, susu pekat dan garam dalm 1 jug. Biarkan dalam 10min ke 15min. Tunggu sehingga yis naik dan berbuih.

2. Sementara tunggu yis naik mengembang, ayakkan tepung gandum dan baking powder.

3. Setelah yis dah naik dan mengembang, campurkan adunan dlm jug tadi ke dalam tepung gandum & baking powder tadi. Sebatikan. Masukkan majerin dan uli doh dlm 10min ke 15 min sehingga doh btol2 sebati. Jangan memandai tambah air yer...sbb doh ni nampak kental2 sikit.

4. Dah settle uli doh...biarkan doh dlm bekas uli tadi selama 30min ke 40min untuk proses doh mengembang.

5. Setelah 40min berlalu, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

6. Kepal2 kan doh...ambil doh sebesar bola pingpong. Dan masukkan 1/4 chedar cheese dan bulat2 kan. Jgn bulatkan doh besar sangat sbb nanti doh akan terus mengembang. Takut ball korang nanti besar sgt.😅

7. Dah siap bulatkan doh, goreng hingga kekuningan. Dan golek2kan dengan gula ising dan susu tepung. Sis suka rasa susu tepung sbb kurangkan manis dan rasanya lemak2 sikit😊

Roti bun

Tepung roti = 250g
Tepung gandum = 250g
Yis= 8g
Susu tepung= 1sudu besar
Cstor sugar= 60g
Garam= 10
Rpd = 3g (rfb 6g)
Kuning telur = 20g
Butter = 50g
Air sejuk + ais= 265ml

Basic bun.. selamat mencuba

Jumaat, 27 September 2019

Resepi Laksam

Resepi adunan Laksam untuk 20 orang makan.

Tepung beras cap 1gajah 6cawan.
Tepung gandum 1 cawan.
Sedikit garam.
Air suam 2.5 liter.
Campur sebati.

Panas air kukusan sehingga mendidih.
Masukkan 1 cawan adunan Laksam.
Kukus sehingga laksam menggelembung tanda laksam masak..
Biarkan sekejap sebelum digulung..

Selamat mencuba...🥰