Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 19 September 2015

Persiapan Pentas Penutupan Bulan Patriotisme

Resepi Shushi Paling senang

Bahan dan caranya
1 cawan beras pulut dimasak dengan secawan air
Gaulkan pulut yang telah dimasak bersama 3 sudu gula.2 sudu cuka dan sedikit garam.

Potong timun batang memanjang.
1 tin tuna mayonis
Sebungkus seawed

Hamparkan sehelai seawed .letakkan 1 senduk pulut dan dibahagian tengah sapukan tuna .timun dan gulung.
Potong seperti lemang.

Resepi ikan goreng berlada

Bahan dan cara membuatnya

2 ekor ikan disapu dengan sedikit garam.ajinomoto dan kunyit.
Goreng hingga masak dan toskan.
Separuh bawang besar ditumbuk
6 biji cili kering ditumbuk
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Tumis cili dan bawang hingga garing masukkan bahan yang lain.
Masukkan ikan dan biar seketika dan angkat

Resepi daging goreng kunyit

Bahan.
Beberapa hiris daging yang telah direbus terlebih dahulu bersama sedikit garam dan asam keping
1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih dimayang
2 biji lada halus dihiris
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Sebatang serai diketuk

Resepi kuih keria

1 1/4 cawan tepung gandum
600g ubi keledek
1 sudu teh garam

Bahan untuk sira
1/2 cawan gula
1cawan air.

Caranya
Rebus ubi dan letakkan sedikit garam
Lenyek ubi dan gaulkan bersama tepung.uli dan buatkan lubang di tengah.
Panaskan kuali
Goreng hingga warna kekuningan.

Panaskan gula dengan secawan air.
Masukkan kuih keria tadi dan goreng hingga kering dan bergula

Caraku

Sesekali dan kerap kali aku nak bergaya
Jangan jeles.....
Janganlah cemburu
I tak ganggu u..
Kwang2

Resepi Ondeh-ondeh

Bahan.
6 helai daun pandan diblender tapis ambil airnya.
Sebungkus tepung pulut
Sedikit garam diletakkan dalam tepung
Gaul tepung pulut bersama air pandan uli hingga tidak melekat

Panaskan periuk yang telah diletakkan air
Potong gula melaka kecil-kecil
Ambil adunan tadi getel dan di dalamnya diletakkan gula melaka
Masukkan ke dalam periuk rebus hingga timbul baru angkat
Toskan
Gaulkan bersama nyiur muda yang telah diletakkan sedikit garam

Kemudian......

Makanlah jawabnya .hihi

Hadiah dari Mr Budu

Terima kasih MR.BUDU..kerana memberikan hadiah ini buat saya...terima kasih atas ingatanmu...terima kasih

Salam senja

Salam senja teman.....semoga hadirnya malam-malam ini buat kalian bisa merencanakan satu kehidupan yang lebih baik untuk esok hari dan hari-hari yang mendatang
Doaku semoga Allah sentiasa merahmati setiap langkah yang diriku dan dirimu hayun demi sebuah kebahagiaan
Tidur lena malam ini ditemani mimpi yang indah namun jangan lupa berdoa agar kita dihidupkan kembali pada esoknya demi merialisasikan impian kita....
Kita insan dan hambaNya yang boleh merancang namun yang merencanakan adalah Dia...

-ANAK PANTAI-

Rindu

Rindu....
Tiap kali hadirnya rasa itu
Hati diulit pilu
Rindu tidak pernahpun hilang
Sekalipun hadir di depan mata
Rindu tak pernah kurang
Sekalipun masa berganjak bertambahnya hubungan kita
Rindu sentiasa kuat membatasi jemu
Biarpun tidak terluah selalu
Rindu aku tetap rindu
Rindu kamu
Yang sentiasa ada ...dulu..kini...dan selalu
Biarpun rindumu kini berlalu
Kerana cerita pilu dari mu
Yang kau hadiahkan buatku
Rindumu kini bukan hanya untukku
Tapi dia yang sedang kau tunggu

Rindu ini tetap seperti dulu
Sekalipun rindumu kini tiada lagi buatku..

-ANAK PANTAI-
...

Senja

Senja
Mengundang rindu.
Pada cerita-cerita nan lalu
Sendu membalut resah
Hati kian tersiksa
Pada alunan rindu
Yang sentiasa mengamit rasa nan syahdu
Pada sebuah cerita itu...
Aduhai senja
Tiap kali kau hadir
Aku tewas dengan rasa rindu
Penuh sarat cerita antara aku dan dirimu
Disuatu senja yang bertamu
Walau kini cerita itu telah berlalu
Kau dan aku mengusung rindu
Senja yang hadir tidakkan sama seperti dulu.
-ANAK PANTAI-