Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 31 Disember 2011
Khamis, 22 Disember 2011
Album Kenangan 27 Nov 2011...Detik menunggu kepulangan
Penantian Alif terhadap nenek....tak sabar nak merasa ketupat sotonglah tu..
Bergaya sakan Aimy apabila gambarnya di ambil...penat layan keletahnya
Senyuman Azib sampai ke telinga..mungkin dijiwa nya ada perasaan tak sabar juga HUHU..
Azib tak lepas dengan bantal busukknya..
Gambar kenangan sewaktu menunggu detik untuk pulang ke kg halaman.Setahun tidak bersua dengan insan-insan yang tersayang..Hati meronta gembira tak terkata..
Jumaat, 2 Disember 2011
Sabtu, 26 November 2011
Nukilan Rasa
Teman.
Saat itu tiba jua
kutinggalkan dirimu seketika..
Walaupun berat rasa
realiti seharusnya diakui..
Pertemuan dan perpisahan seringkali terjadi.
Kenangilah saat-saat tercipta memori bersama
Dikala ada rindu yang mencuit hatimu..
Suka duka,gurau senda dan airmata
kita telah dilalui.
Yang pasti
pergi ini membawa seguni rindu
Yang berat untuk disimpan dihati..
Andai suatu masa
kerinduanmu menganggu emosi
lihatlah langit yang terbentang luas
Yakinkan pada diri
di saat itu juga kerinduan itu ada untuk mu.
-Anak Pantai-
Kg halaman...esok kukembali.
Setahun meninggalkan kampung halaman,pastinya esok jika diizinkan olehNya pasti akan kujejaki lagi tanah tumpah darahku.
Dapat menatap seraut wajah ayah yang setahun kuabaikan..Mencium tangan emak yang kurindukan .Bersua dengan darah sedaging yang mengembirakan....Apa agak nya perubahan desa halaman adakah seperti mana yang ditinggalkan dulu.Atau mungkin banyak sekali perbezaannya seiring dengan putaran masa. Pastinya ada insan-insan yang telah pun pergi dan tak akan kembali...Bagaimana agaknya suasana pantai yang kutinggalkan.Musim tengkujuh begini,pantai rasanya kurang serinya lantaran dicemari timbunan sampah dan kayu-kayu yang dibawa ombak yang menganas memukul pantai.Apapun situasinya,diri ini amat merindukan ombak dan pantai.. Terfikir untuk kepulangan kali ini mungkinkah apa yang diimpikan menjadi kenyataan atau sebaliknya.Kerana kita hanya mampu merancang ketentuan pula adalah dariNya .Yang pasti pertemuan akan berlaku dan perpisahan jua akan berlaku lagi..Kerana tiba masanya kembali semula meninggalkan kg halaman.
Sesungguhnya. terlalu merindukan.segala yang ada di kg halaman ...ombak,pantai,daun nyiur yang melambai,air telaga,orang kampung serta insan-insan yang kusayangi..
Dengar lagu ni ..baru rasa tak sabar nak balik...huhuhu

Langgan:
Catatan (Atom)