Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 22 Disember 2011
Album Kenangan 27 Nov 2011...Detik menunggu kepulangan
Penantian Alif terhadap nenek....tak sabar nak merasa ketupat sotonglah tu..
Bergaya sakan Aimy apabila gambarnya di ambil...penat layan keletahnya
Senyuman Azib sampai ke telinga..mungkin dijiwa nya ada perasaan tak sabar juga HUHU..
Azib tak lepas dengan bantal busukknya..
Gambar kenangan sewaktu menunggu detik untuk pulang ke kg halaman.Setahun tidak bersua dengan insan-insan yang tersayang..Hati meronta gembira tak terkata..
Jumaat, 2 Disember 2011
Sabtu, 26 November 2011
Nukilan Rasa

Teman.
Saat itu tiba jua
kutinggalkan dirimu seketika..
Walaupun berat rasa
realiti seharusnya diakui..
Pertemuan dan perpisahan seringkali terjadi.
Kenangilah saat-saat tercipta memori bersama
Dikala ada rindu yang mencuit hatimu..
Suka duka,gurau senda dan airmata
kita telah dilalui.
Yang pasti
pergi ini membawa seguni rindu
Yang berat untuk disimpan dihati..
Andai suatu masa
kerinduanmu menganggu emosi
lihatlah langit yang terbentang luas
Yakinkan pada diri
di saat itu juga kerinduan itu ada untuk mu.
-Anak Pantai-
Kg halaman...esok kukembali.
Setahun meninggalkan kampung halaman,pastinya esok jika diizinkan olehNya pasti akan kujejaki lagi tanah tumpah darahku.
Dapat menatap seraut wajah ayah yang setahun kuabaikan..Mencium tangan emak yang kurindukan .Bersua dengan darah sedaging yang mengembirakan....Apa agak nya perubahan desa halaman adakah seperti mana yang ditinggalkan dulu.Atau mungkin banyak sekali perbezaannya seiring dengan putaran masa. Pastinya ada insan-insan yang telah pun pergi dan tak akan kembali...Bagaimana agaknya suasana pantai yang kutinggalkan.Musim tengkujuh begini,pantai rasanya kurang serinya lantaran dicemari timbunan sampah dan kayu-kayu yang dibawa ombak yang menganas memukul pantai.Apapun situasinya,diri ini amat merindukan ombak dan pantai.. Terfikir untuk kepulangan kali ini mungkinkah apa yang diimpikan menjadi kenyataan atau sebaliknya.Kerana kita hanya mampu merancang ketentuan pula adalah dariNya .Yang pasti pertemuan akan berlaku dan perpisahan jua akan berlaku lagi..Kerana tiba masanya kembali semula meninggalkan kg halaman.
Sesungguhnya. terlalu merindukan.segala yang ada di kg halaman ...ombak,pantai,daun nyiur yang melambai,air telaga,orang kampung serta insan-insan yang kusayangi..
Dengar lagu ni ..baru rasa tak sabar nak balik...huhuhu

Jumaat, 25 November 2011
Selasa, 22 November 2011
Isnin, 21 November 2011
Persahabatan Tersimpul Rapi

Teman.
Adakala waktu menguji kita.
Pada sebuah tugu persahabatan
Tergoyah kah ia pada sedikit ujian mendatang...
Terkadang kita hampir tewas
Kerana tak mampu melawan gelodak perasaan.
Ego menguasai hilang semua janji yang terpatri..
Kesabaran diri dicari
Andainya jua tiada lagi
Sudah pasti hubungan kita ternoktah di sini
Walau jauh disudut hati
amat menyayangi pada sebuah persahabatan yang telah tersimpul rapi..
Teman..
Disini janji terukir lagi
Demi tegarnya perasaan saling menyayangi..
Kau dan aku
Tetap begini..
Seperti hari-hari yang dilalui
Semalam..hari ini..dan
esok
Kita masih mencipta memori.
-Anak Pantai-
Luahan Hati

BETAPA BERKOBARNYA SEMANGAT PERGURUAN YANG ADA PADA SEKEPING HATI TETAPI SELALU TERBANTUT OLEH SITUASI.
Sabor...je le!!!
Ahad, 20 November 2011
Stra TG : Kau Mutiara Segalanya (HQ Audio)
Ses
Sesetia ombak dan pantai...biarpun terhurai ke bintang kelautan api...
Sesetia ombak dan pantai...biarpun terhurai ke bintang kelautan api...
Steps - Tanpa kasihmu sepilah aku
Dengar lagu ni masa tahun 1987..Kak long yang suka sangat dengar semua lagu-lagu dari kumpulan ini..dan termasuk jugak aku...
STEPS - SEKIAN LAMA AKU MERINDUI MU
Terjumpa lagu ini..sememangnya ini antara lagu yang selalu meniti dibibir ketika remaja dulu,..
Langgan:
Catatan (Atom)