Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 7 Ogos 2011

Album keluarga-Santai di Spring





























Ragam Anak Murid Saya-Zizi dan Naliza










Aktiviti Buat Kad bersama PPKI 3


















Aktiviti kraftangan-Membuat Bunga daripada rempah ratus





Sebenarnya  pengajaran saya adalah Kemahiran manipulatif untuk kelas PPKI 2 iaitu kelas yang paling lemah dari pelbagai sudut.Rasanya pelbagai pengajaran dah saya buat.Fikir-fikir punya fikir saya ambil keputusan ajak dia pelajar-pelajar saya ni buat kraftangan.Gambar di ataslah hasilnya.

Kraftangan Manik-Menguji kesabaran saya


 Hari pertama saya belajar saya dapat siapkan bekas cenderamata.
 Hari kedua belajar,anak-anak murid PPKI menjadi guru saya dan Cikgu Safwan

 Hari kedua saya dapat siapkan beg hp saya
 Antara hasil kerja tangan pelajar-pelajar PPKI

Hari ketiga separuh je yang dapat saya siapkan..

Selasa, 2 Ogos 2011

White Rose 
Andai telah ditakdirkan
Terima dengan hati yang pasrah
walau kecewa
walau terkilan rasa.
hanya satu kupinta.
Jangan biarkan kenangan lalu itu pergi
Hanya itu menjadi sejarah 
Antara kita.


Jumaat, 29 Julai 2011

Hanya sekadar catatan

FlowerHari Jumaat yang penuh hening ...mata terbuka ..sayup ditelinga suara azan sayup berkumandang. Terasa jemari ingin menulis .pastinya mengharapkan sinar jumaat memberkati setiap perjalanan hidup dilalui dengan ketenangan.kelancaran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik untuk insan-insan istimewa...
Penantian satu penyiksaan..Tetamu tak diundang masih jua belum datang.Rombongan nazir ditunggu penuh debaran.mungkinkah ada teguran yang menghiris perasaan dan mengundang kritikan.
Selalunya itu yang menjadi kesimpulan apabila rumusan dibuat ..sekolah masih..bla..bla..bla...Hanya menegur dan tidak memberi cadangan.Terkadang sakit hati kerana masih menganggap masih tiada kemajuan kerana diminda telah lama tertanam SMKDB murid yang tiada masa depan.hakikatnya itu kisah dua tiga tahun dahulu.SMKDB sekarang jauh sudah melangkah...Banyak kemajuan telah dalam genggaman.Argg...kenapa aku fikir ini semua..aku bukan pentadbir yang harus sakit hati dengan ini semua...tapi bak kata orang"cubit pipi kanan,pipi kiri akan terasa jua pedihnya".kerana aku salah seorang warga SMKDB  pastilah aku jua fikirkan ...Nazir..oh nazir...tension.........aku dibuatnya.
Lupakan kisah nazir...buat hati tak keruan je..oh ya kecewa juga semalam Pasukan Harimau Malaya sudah terhenti perjuangannya...Nasib belum memihak pada Malaysia lagi untuk beraksi ke pusingan yang seterusnya.Pujian harus diberikan pada penjaga gol Khairul Fahmi yang bermain cemerlang malam tadi...
Hari ini rasanya kemeriahan pasti terasa kurangnya sebab 20 orang pelajar akan ke Pameran Kraftangan Malaysia di Waterfront,Kuching.Tapi takpelah..masa pengajaran dan pengajaran singkat je..Pukul 11.30 dah balik pasti masa berlalu terisi dengan kerja-kerja yang tak diundang..
Pada pasukan nasyid PPKI yang baru balik semalam .Tahniah diucapkan walaupun hanya mendapat tempat keempat di Pertandingan nasyid Pendidikan khas peringkat kebangsaan.Setiap tahun kita berjaya ke satu tangga ke hadapan..kejayaan tidak akan datang bergolek...terus kan perjuangan untuk tahun depan.Mungkin juara akan jadi milik kita.itu tak mustahil..
Jari jemari ini terpaksa berhenti....Masa dah lewat nak bersiap ke sekolah....

Lagi contoh pantun

Pink Rose
Padi pulut si padi bentan
Tanam secupak tumbuh segantang
Ilmu dituntut penuh di badan
Bekalan kita masa berjuang.

Pink Rose
Dari darat ke Padang Kota
Hendak membeli si ikan sari
Tuan ibarat batu permata
Bersalut emas manis dijari
Pink Rose

SMKDB tersohor indah
Tempat berteduh pelajar-pelajar istimewa
Selamat datang kata bermadah
 Terukir kata buat semua.
Pink Rose

Di langit berubah ditutupi mega
di sinar suria aneka warna
Rasa muhibbah seluruh warga
Tersohor negara di mana-mana