Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 2 Mac 2011

Serikin Bersama Joe dan Sa

 Teruja nampaknya Sa bila pertama kali ke Serikin..Duit banyak habis beli barang untuk family..
 Suasana kat Serikin sama dengan Rantau Panjang...
Mengalas perut dengan nasi ayam penyek..Berselera dia orang makan

Isnin, 28 Februari 2011

Teks Pengacara Majlis Sempena Lawatan Dari Guru dan Pelajar PPKI SMK Tabuan Jaya,Kuching.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM,SALAM SEJAHTERA..DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Selamat datang kami ucapkan
Kepada rombongan SMK  Tabuan Jaya sekalian
DI SMK Demak Baru kita dipertemukan
Semoga sillahturahim dapat dijalankan

Pergi ke Pahang ke pantai Peramu
Membawa bekal kuih cara
Hari ini kita bertemu
Moga kekal menjalin mesra.


YANG DIHORMATI, CIK HAJAH NORIA BINTI GHANI,KETUA ROMBONGAN DAN PENYELARAS PPKI SMK TABUAN JAYA,EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ,PENYELARAS PPKI SMK DEMAK BARU,GURU-GURU,PPM,IBU BAPA SERTA RAKAN-RAKAN SEKALIAN...

ALHAMDULILLAH ,SYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA JUA ,KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL DI PAGI INI.SELAMAT DATANG DIUCAPKAN DAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR PPKI TABUAN JAYA KERANA SUDI MELUANGKAN MASA KE SMK DEMAK BARU KHUSUSNYA KE PPKI.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN

PPKI Tabuan Jaya aman sentosa
PPKI Demak Baru pun sama
Dengan tiada melengahkan masa
kita mulakan aturcara pertama


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA,MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH MEMOHON RESTU AGAR PERKONGSIAN ILMU ANTARA KITA DI BERKATI.
UNTUK ITU MAJLIS MENJEMPUT ADIK MOHD QAMARUL IZZAT BIN SABERAN UNTUK MEMBACAKAN DOA.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MOHD QAMARUL IZZAT BIN SABERAN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.SEMOGA MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN ROBBUL IZZATI.

UNTUK MENERUSKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN,PENOLONG KANAN PPKI SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN TAKLIMAT PROGRAM PPKI SMK DEMAK BARU.MAJLIS MEMPERSILAKAN...

Bersarang terkukur di daun palas
burung kelicap di daun selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.


TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ATAS TAKLIMAT YANG TELAH DISAMPAIKAN..


Anak dara duduk dibendang 
Tidak lupa  padi ditampi
Ilmu yang baik jadikan teladan
Segala yang buruk letak ke tepi.


Majlis seterusnya menjemput Cik Hajjah Noria binti Ghani Penyelaras program PPKI SMK Tabuan Jaya untuk menyampaikan sedikit ucapan ringkas.Dipersilakan.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIK HAJJAH NORIA ATAS UCAPAN ITU TADI.

HADIRIN DIHORMATI SEKALIAN..

Jangan kita bersukap malas
Buangkan juga sifat beragan
Kami memberi tidak minta di balas
Hanya umtuk kenang-kenangan..


SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA CIK HAJJAH NORIA BINTI GHANI .DENGAN HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ATAS PENYAMPAIAN CEDERAMATA ITU TADI.

DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA KAMI PPKI SMK DEMAK BARU.SEKALI LAGI,PPKI SMK DEMAK BARU MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SEKOLAH KAMI ANTARA DESTINASI LAWATAN.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Andai ada tersilap bicara
Ampun dan maaf kami pohonkan
Apa yang kurang di caci jangan
Ilmu yang baik jadikan panduan
Selepas ini jangan serik untuk datang
Kami sentiasa menanti kunjungan


DIJEMPUT SEMUA HADIRIN UNTUK SESI LAWATAN DAN AKTIVITI SETERUSNYA.


SEKIAN.TERIMA KASIH..




 


 

Khamis, 24 Februari 2011

Aktiviti Memasak PPKI- Membuat Cucur Bilis

 Sebenarnya hari ini tiada dalam perancangan untuk membuat aktiviti masakan.Memandangkan waktu pertama setiap minggu ada program bacaan Yassin oleh guru,PPM dan pelajar PPKI..Tapi syahdu pagi ini..Bacaan Yasin ini pastinya ditujukan khusus untuk Arwah Hadi..Semalam aku dah menitiskan airmata apabila Cikgu Dayang menunjukkan gambar-gambar aktiviti yang turut disertai oleh Hadi..Sesungguhnya hingga ke saat ini cikgu macam tak percaya Hadi dah tak de..


 Afiq menunjukkan kepakarannya mengoreng cucur ..Hayati siap bagi arahan lagi..


Kenapa laksampai terjelir lidah Zizie...gaya paling menawan ke nie.. 




Hati-hati Nariza minyak panas tu...Siapa kata budak down Sindrowm tak pandai masak...Cayalah..
 Abdul munif walaupun terketar-ketar tetapi semangat mencuba sangat tinggi...
 Akulah insan yang bergelar guru pada mereka...HIHIhi
 Lepas masak kita makan...Saat yang sangat ditunggu-tunggu...

-Anak Pantai-


Selasa, 22 Februari 2011

Aktiviti Memasak PPKI-Mengoreng keropok Udang(PPKI 3/PPKI 2)

 Gelagat pelajar PPKI 3/PPKI 2 apabila di beri peluang mengoreng keropok udang..Sebenarnya matapelajaran mereka Kemahiran Manipulatif.Namun sengaja ciptakan aktiviti memasak untuk mereka..Kemahiran vokasional perlu ada untuk mereka lantaran kesukaran untuk menguasai bidang akademik..

















Isnin, 21 Februari 2011

Buat Alin Dan Kerdipanbintang..

Thanks fo Add Graphic #43
Buat Alin Dan Kerdipanbintang.. Salam perkenalan untuk kalian berdua..Selamat mengikuti Bolg Memori Seseorang Guru..Kunjungan anda berdua serta rakan-rakan yang lain amat Anak Pantai hargai...Terima Kasih Sekalung Budi..
 
Thanks for becoming my Friend
 
-Anak Pantai-

Jumaat, 18 Februari 2011

Tekadku..

Red Rose 
Memulakan hari Jumaat dengan satu tekad di hati..Ku akui kursus semalam untuk semua guru amat berkesan..Dengan semangat dan gaya penceramah yang berjaya memikat dan menyentuh hati..
Ada azam baru yang mula menampakkan diri ini..Sesuatu yang baik itu perlu disegerakan..Sesuatu yang baik itu jangan dibiarkan..Tekadkan azam tinggikan matlamat.Ubahkanlah persepsi..Murid nakal harus didekati...bukan dibenci...  Ujikaji akan bermula hari ini...
Red Rose


-Anak Pantai-

Mengharap Sinarmu Jumaat


Roses 
Benarlah kata HAMKA yang berbunyi"hidup di dunia laksana lautan yang jarang tenang,airnya yang beriak,berombak dan bergelombang " Pada laut seringnya ada susah dalam senang,dan sesekali timbul senang dalam susah".
Semoga aku sentiasa tabah mengharungi segala liku dan lurah mencabar dalam menempuh arus kehidupan di alam fana ini 
Jika ingin dihitung ,barangkali kekuatan jiwa sudah cukup gah didirikan lewat musim-musim yang berlalu...Barangkali jua perlu ku akui...aku insan berjiwa batu...
Alhamdulillah...syukur pada Ilahi...hari ini masih di beri kesempatan menghirup udara pagi Jumaat penuh ketenangan ini..Jendela kamar kusingkap mata terus memandang langit yang berbalam...Ada fajar mula menyinar..Semoga sinarmu itu menyerikan hari Jumaat ku ...
Ya Allah..Hanya engkau yang Maha Mengetahui ketentuan ini.


Roses
-Anak Pantai_ 

Perlukah Kau Kembali


Red Roses 
Perlukah kau kembali
menyingkap semula memori
Setelah pintu kenangan kau dan aku tertutup kini...
Perlukah hati ini
Menerima mu lagi
Setelah hati ini kau lukai..
Dengan janji -janji yang tidak pernah terpatri..
Perlukah antara kita kini
Menyulam tali menyambung kembali
Untuk kedua kali
Menyubur hati yang telah mati...
Bukan tidak kuakui
Amat sukar mengusir kenangan itu pergi
Kerana ianya telah terpahat di hati..
Namun kesukaran itu berjaya jua kutempuhi
Kerana sedarku dirimu kini tidak seperti yang pernah kukenali....
Airmata menitis lagi
Pabila suaramu memujuk hati..
Dulu ,kini dan selamanya 
Aku ini tetap kau sayangi..
-Anak pantai-