Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 2 Jun 2010
Bayangan wajah duka
Dengar lagu ni je.pasti terbayang balik saat-saat duka kat kg dulu masa zaman remajaku...suka sangat duk depan pintu ,lepas tu nyanyi lagu ni..Nasier wahab penyanyi yang aku minat sebab lagu-lagu dia yang menyentuh perasaan..Banyak lirik lagu dia yang kena mengena dengan hidup aku..
Lestari"Rindu Di Puncak Mahligai"
Layan lagu nie..best tengok kata-kata yang tercoret dalam klip video yang dibuat...terusik minda dan jiwa..Ahaks..
Selasa, 1 Jun 2010
Me..& Jah & Kak Kam
Buat Jah dan Kak Kam..inilah hasil posing-posing yang kita ciptakan lewat hari semalam...semoga berpuas hati deh..Untuk JaH..kAK iTA dah tunaikan janji..
Gambar nie diambil ketika APC dan Majlis Persaraan Cikgu Mazlan & Cikgu Fatimah..
Ketika Majlis makan tengahari di Kelab Golf,Sarawak...
Lepas makan...kita ambil gambar..yang syoknya bunga pun sama dengan warna baju..
Kacak Kak Kam bergaya...kalah sidak model ya..cayak dengan kitak Kak Kam..kalah mek dengan Jah..
(Sahabat sejati akan sentiasa di sisi..TQ buat kalian berdua)
Sejenak di Bako (Sarawak)
Dalam meniti saki baki hari-hari mak dan joe di Bumi Kenyalang ni,sempat jua sempena cuti Gawai ,aku bawa mereka melihat keindahan sungai Bako ,tempat pelancong-pelancong ke Taman Negara..Semestinya tidak kunafikan indah permandangan di sini..
Hati cukup terpesona seketika melihat indahnya ciptaan Tuhan ni..
Sungai di sini memang terdapat buaya..pernah beberapa tahun lepas ,seorang pelajar tahun 2 telah menjadi mangsa haiwan tersebut...Hajat hati nak naik bot tapi mereka semua tak berani..Takutlah...apalagi..
Beberapa aksi yang sempat terakam,sebelum meninggalkan Sg Bako....
Kenangan Terindah Mak Dan Joe (Bumi Kenyalang 3)
Lawatan seterusnya membawa Mak dan Joe ke Pusat Membeli Belah (SPRING)
Tersenyum Mak apabila dipeluk oleh menantu...senyum tak terkata..
Kat Taman Buaya..tapi sayang..tak dapat menghayati betul-betul sebab hujan turun dengan lebatnya..
Sempat mandi di Chalet Talang-Talang,Sematan..selepas pergi membeli belah di Serikin..
Bergambar kenang-kenangan di Gua Angin,Bau,Sarawak
Kenangan Terindah Mak Dan Joe (Bumi Kenyalang 2)
Mak dan Joe sempat jugak melawat ke Telaga Air..
Gambar ni dirakamkan ketika dah hampir maghrib..di gigian Sungai Telaga Air.

Kenangan Terindah Mak dan Joe di Bumi Kenyalang
Tidak terasa masa berlalu begitu pantas sekali..sedar tak sedar lusa (3/6) mak dan joe akan balik ke kg..Terasa macam baru semalam kehadiran mereka berdua..Namun terubat sedikit rasa hati apabila 5/6 nanti aku sekeluarga pula menyusul meninggalkan Bumi Kenyalang nie..
Alhamdulillah..sempat juga sepanjang Mak dan di Sarawak nie dapat juga kuluangkan masa membawa mereka berjalan-jalan..
Masa ni bawa Mak dan Joe melawat DBKU ..meninjau keindahan Kuching dari atas puncak..Memang cantik tempat nie..
Dulu mak amat payah diambil gambarnya..Siap membebel lagi...Tapi kini mak cukup spoting bila gambarnya kuambil..
Berehat seketika di DBKU(atas bukit)
Ketika melawat Wisma Bapa Malaysia.
Sewa perahu tambang menyusuri sungai Sarawak..
Inilah pakcik yang membawa kami melihat persisiran Sg Sarawak..Tak mahalpun bayarannya RM 60.00 je.
Asalnya mak amat takut nak naik perahu..tapi bila dah naik bukan senyum lagi sampai ke telinga..
Sempat bergambar di Pantai Pasir Pandak,Santubong...Pantai di sini tidak sama dengan pantai di Terengganu yang pasir nya bersih ..
Tidak lepaskan peluang menulis sesuatu di pasir pantai...
Renungan seorang yang kupanggil "mak" mungkin mengenangkan anak-anak yang di tinggalkan di Terengganu...
Ahad, 30 Mei 2010
Jangan Tunggu Esok
-Senyumlah untuk hari ini kerana belum pasti hari esok kita mampu tersenyum.kerana mungkin esok buat hati kita terluka..-
-Luahkanlah apa yang dirasa untuk hari ini...mungkin esok dirimu tak sempat untuk meluahkannya apabila dia telah tiada..-
-Andai ada terguris hati..jangan biarkan ia bermukim di hati...kongsilah dengan sesiapa yang memahami dan mengerti perasaanmu..
-Bahagiakan hidup insan yang kita sayangi...jangan sampai dia meluahkan perasaan terkilan dengan sikap kita yang tidak mengambil berat kehidupannya
-Anak Pantai-
Semoga Hari ini Hari Yang Indah..

Salam ......
Semoga perjalanan kehidupan kita pada hari ini penuh dengan kebahagian...Tempuhi dengan penuh keceriaan dan hadapi dugaan dengan menggunakan akal fikiran yang waras...- ita -
Netty,Nazeer,Fuad & Aizat (Kau Tetap Cikgu Ingati)
Buat bekas anak-anak muridku....
Maafkan cikgu andai didikan cikgu tidak sempurna untukmu
Maafkan jua cikgu andai gurauan cikgu menguris hati..
Semoga kalian tahu dan mengenali cikgu....
Seorang insan yang penuh dengan gurau senda..
Hanya ungkapan itu sahaja yang mampu cikgu ucapkan pada kalian...Terima kasih atas segalanya...
Maafkan cikgu andai didikan cikgu tidak sempurna untukmu
Maafkan jua cikgu andai gurauan cikgu menguris hati..
Semoga kalian tahu dan mengenali cikgu....
Seorang insan yang penuh dengan gurau senda..
Catatan kali ini buat empat orang insan yang pernah cikgu kenali,pernah cikgu didik di SMK Demak Baru.Insan yang bernama Fuad,Nazeer,Nety dan Awang Aizat.Sesungguhnya amat terasa tanpa ketiadaan lagi kalian di PKBP..
Hanya ungkapan itu sahaja yang mampu cikgu ucapkan pada kalian...Terima kasih atas segalanya...-Cikgu Ita-
Jumaat, 28 Mei 2010
Kerana Rindu Ini.
Kemanapun kaki ini melangkah "kerana rindu ini" ku akan kembali ke tempat asalku..Kg halaman yang meninggalkan seribu nostagia..
musim-musim berlalu...
kumasih menantimu
walau lama terpisah tiada khabar berita
kau tetap jua dihati ini bertahta...
Ku ingin melupakan...
pahitnya pengalaman...
tetapi hati ini amat sejuk sekali..
wajahmu jua yang datang menghampiri...
semenjak terjadi perselisihan...
engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan...
kerana bimbang diri hilangmu tak kucari..
sekali aku merinduimu tiap hari..
bila pemergianku tak kau peduli
sangkaku kau senangi..
perpisahan ini...
kerana harga diri
kutak bertanya lagi..sekalipun kau tetap kusayangi...
kerana rindu ini..sombongku letak ketepi...
mengatasi segala..biarlah cinta kita terpelihara dengan restu yang Esa....
musim-musim berlalu...
kumasih menantimu
walau lama terpisah tiada khabar berita
kau tetap jua dihati ini bertahta...
Ku ingin melupakan...
pahitnya pengalaman...
tetapi hati ini amat sejuk sekali..
wajahmu jua yang datang menghampiri...
semenjak terjadi perselisihan...
engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan...
kerana bimbang diri hilangmu tak kucari..
sekali aku merinduimu tiap hari..
bila pemergianku tak kau peduli
sangkaku kau senangi..
perpisahan ini...
kerana harga diri
kutak bertanya lagi..sekalipun kau tetap kusayangi...
kerana rindu ini..sombongku letak ketepi...
mengatasi segala..biarlah cinta kita terpelihara dengan restu yang Esa....
Aku Yang Kau Panggil Sayang
Lagu ini mengingatkan aku pada seorang teman...kita sama-sama menyanyikan lagu ini..kita ketawa bersama...tak tahu kenapa kita suka lagu ini....Kini hanya tinggal memori...
Kg Halaman Mengamit Kupulang...
Salam....cuti persekolahan dahpun bermula di Malaysia Timur..Ini bermakna tinggal beberapa hari lagi aku akan menjejakkan kakiku di kg halaman yang aku tinggalkan....Tak sabar rasanya untuk menatap wajah-wajah kesayangan yang lama tidak bersua...Apa khabar jua orang kampung lama sudah tidak berjumpa...moga-moga semuanya di dalam sihat sejahtera..Anak-anak pun sama ,semuanya dah tak sabar untuk berjumpa dengan nenek-nenek mereka serta mak dan bapak saudara dan sepupu...Hakikatnya,aku lebih tak sabar berbanding anak-anakku...Aku tak sabar untuk melihat pondok buruk yang membesarkan aku.Walau kini aku tidak tinggal di situ lagi,tapi pondok yang banyak memberikan jasa kepadaku tetap kusimpan kemas dalam ingatan memoriku ...Kerana pondok buruk itulah mengajar aku erti sebuah ketabahan dalam melewati arus kehidupan..
Aku tak sabar nak dengar suara ayah aku...pelikkan..sedang hp boleh kuhubungi sepanjang masa...masalahnaya itu tak berlaku padaku...Ayah...andai kau tahu dalam hati kecil anakmu ini....dendam yang dulu kubuat telah lama aku kuburkan..Aku tahu kau sunyi dalam keriuhan..Pastinya jua catatan ku ini tak mungkin kau baca...sekadar menenangkan rasa hati ..
Aku tak sabar nak berjalan di tepian pantai,bermain digigian ombak dan menulis kata-kata di atas pepasir yang memutih.sambil sesekali mata memerhati nun jauh di sana Pulau Redang,Pulau Bidong ,dan pulau-pulau lain yang memukau pandangan mata..sesekali jua mata memerhati perahu-perahu nelayan yang datang dan pergi mencari sesuap nasi...Aku jua ingin berbicara isi hatiku dengan ombak dan pantai yang dulu menjadi teman setiaku melepaskan apa yang tersirat di hati...Tunggu ya..kepulangan aku walau ku tahu pantai sentiasa berubah ....
Aku tak sabar untuk bersua dengan seorang insan yang lama tidak berjumpa...moga kali ini adalah perjumpaan untukku dan dia..Teman yang sentiasa ada di saat susah dan senangku....
Aku tak sabar memeluk anak buahku yang baru..Aqil...selama ni hanya gambar yang menjadi bahan tatapan..Rindu jua pada anak-anak buah yang lain..satu keburukan berjauhan dengan anak-anak buah.apa yang aku perasan kemesraan mereka dengan diriku semakin kurang..Bermacam persoalan bermain diminda...kenapa mereka menjarakkan diri dariku..adakah malu,segan kerana hanya beberapa hari je dalam setahun berjumpa dengan Cekdanya ni...
Aku tak sabar sangat2 nak berjumpa dengan semua insan-insan sedarah dagingku...kerana aku tahu bila bersua,riuh rendah jadinya..langitpun boleh runtuh diibaratkan kerana keriuhan kami adik beradik..Kita semua berjaya membina hidup kita sendiri..kita sama-sama merasa kesusahan tapi kita lewati dengan ketabahan..menjadikan kita sekeluarga kini bahagia walau tidak kunafikan adakalanya ujian melanda..Buat insan Kak Long,Kak Aya,Mizie,Kak Jan,Rozi,La,Jo,Ja dan Ida..harta yang mak dan ayah kita hanyalah ikatan adik beradik agar pertaliannya kita jaga seeratnya dan supaya tali itu tidak akan putus walau dikerat dengan belati yang tajam...
Selasa, 25 Mei 2010
Kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
"You Mean a Lot To me"
Kita seringkali berkata "awak terlalu bererti untuk saya",bila.....- Dia hilang kita akan cari dia...tapi masa dia ada depan mata kita tidak hargai pengorbanannya selama ini...
- Bila diri dihimpit kesusahan kita baru mula terkenangkan dirinya,kerana hanya dia yang selalu hadir membantu kita ,tapi masalahnya bila di waktu kebahagiaan kita lupakan segala kebaikannya..
- Dia sentiasa ada di sisi kita tidak kira apa jua situasi .....
- ..Dia sentiasa bersedia mendengar luahan hati kita walau kadangkala luahan itu tidak menghiburkan hatinya.
- Dia sentiasa bimbang akan diri kita walau disaat itu ,sebenarnya dia sendiri berada dalam kesedihan..
- Kerana dirimu sahabat dan teman yang paling istimewa...
Langgan:
Catatan (Atom)











